04 Mei 2009

Kejayaanku atau Kejayaan Kita


Apabila merenung hadis Rasulullah s.a.w iaitu mafhumnya:
"tidak bersyukur seseorang kepada Allah mereka yang tidak berterima kasih kepada manusia"
seakan bermain-main di minda tentang pentingnya melakukan sesuatu yang besar dengan bersatu hati dan berganding bahu. Rasanya orang yang mendabik dada menyatakan ini adalah kejayaan aku adalah orang yang tidak sadar bahawa hakikat sebenarnya kejayaan itu adalah hasil saham orang yang disekelilingnya.

Yelah bukankah kejayaan pelajar itu hadil dari didikan gurunya. Bukankah kejayaan itu hasil doa kedua orang tuanya. Bukankah kejayaan itu hasil bantuan teman-temannya, yang mendorongnya untuk berjaya. Bukankah kejayaan itu ketentuan Allah yang Maha Esa. Tapi bagi orang yang gelap mata, buta hati pendek pandangan pasti dia dengan sombong menyatakan ini adalah usaha saya seorang.

Kadang-kadang rasa hairan juga bagaimana cara golongan ini berfikir sesolah-olah dia berada di alam ini tanpa perantaran sesiapa. Sedangkan sejak awal lagi dia di belai dan dibela oleh kedua ibu bapanya, dimanja dan dididik oleh guru-guru dan orang disekelilingnya. Tapi dia melakukan sesuatu semahunya. Yang dihujjahkan "kubur aku aku punya, kubur engkau engkau lah yang punya". Ungkapan yang sakit didengar telinga tetapi jelas menunjukkan kedangkalan orang yang mengucapkannya.

Harap-harap kita tidak tergolong dari golongan orang yang mendabik dada sedang orang lain mentertawakan kita.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...