28 Mac 2016

Johan Pertandingan Festival Nasyid Jubli Emas MARA 2016

Tahniah buat Pasukan Soutul Azim SMKA Sultan Muhammad kerana telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut. Semoga terus cemerlang.

Mabruk Buat Barisan Guru Anugerah Cemerlang 2016

BADAR mengucapkan mabruk buat semua guru yang terlibat. Semoga terus gigih berjuang.

Majlis Ceramah Perdana Kelebihan Berselawat

Pada 25 Mac 2016 bersamaan hari Sabtu yang lepas pihak BADAR dengan kerjasama PIBG, PAIBA dan pengurusan Sekolah telah berjaya menganjurkan ceramah perdana berkaitan dengan Kelebihan Berselawat.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil ringkas buat Allahyarhamah ibu kepada Pn Suhana bt Tumin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sebelumnya. Seterusnya majlis diteruskan dengan Bacaan Maulid Dibaie dan Qasyidah. Kemuncak program ini ialah penyanpaian ceramah daripada penceramah undangan kita iaitu Al-Fadhil Syeikh Abdul Razak Misri. Ceramah beliau berkisar berkaitan kelebihan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Majlis diakhiri dengan Musofahah dan Selawat bersama tetamu kita.

10 Mac 2016

Lawatan Penanda Aras Imarah Surau SMK Syeksen 24 Shah Alam

Perjalanan ke SMK Syeksen 24 menaiki van KUDUS SMKA Sultan Muhammad bermula jam 8.00 pg. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Zakaria Ismail HEM SMKASM diiringi bersama Ust Tuba Nihrir dan empat orang guru PAIBA. Objektif lawatan adalah mencari rahsia ramuan kejayaan Musolla cemerlang yang pernah dinobatkan Johan Pertandingan Imarah Surau.

Setelah melihat sendiri hasil yang dipaparkan. Sememangnya tidak dildapat dinafikan di belakangnya jiwa-jiwa yang mempunyai keazaman yang tinggi, dan yang utama seorang pengetua yang berjiwa besar.

Bijak memerhati dan menganalisa setiap kekuatan dan kelemahan dilingkungannya lalu membuat kesimpulan bernas untuk digunakan buat meraih cita-cita bersama setiap warganya.

Bermula dengan niat, maksud dan tujuan, langkah diatur, kerja disusun, tugasan diagih. Setiap warga digembleng. Dengan kepercayaan bahawa setiap dari warganya punya kelebihan lalu dibiarkan mereka merekayasa, berinovasi lalu dibimbing dan dituntun. Lahirlah taman syurga yang harmoni buat seluruh warganya. Setiap warga menghargai hasilnya kerana setiap mereka punya saham dan sumbangan atas apa yang dibina. Katanya betul semuanya bukan dengan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Namun semuanya akan jadi mudah, akan jadi ringan apabila hati telah bersatu dan hati telah rela.

Syabas buat warga SMK Syeksen 24, Shah Alam. Anda semua berjaya membina sebuah warga. Membina sebuah keluarga bahagia.

09 Mac 2016

Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Peringkat SMKA Sultan Muhammad 2016

Bermula jam 7.30 pagu para pelajar bersama warga SMKA Sultan Muhammad  berkumpul di Surau Al-Islah untuk sama-sama menghadiri Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Matahari. Majlis dimulakan dengan bacaan zikir munajat dan tilawah Al-Quran.

Setelah itu al-Fadhil Ustaz Zulkifly telah memberikan serba sedikit taklimat mengenai fenomena gerhana matahari dari aspek sains setelah selesai solat sunat dhuha. Kemudia program diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan khaifiat solat sunat gerhana.

Selesai solat al-Fadhil Ustaz Zakaria GPK HEM SMKA Sultan Muhammad telah tampil untuk membacakan khutbah berkaitan dengan gerhana matahari. Diharapkan program ringkas ini mampu menyuntik kesedaran ke dalam hati kita semua akan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, dan kita semua dapat terus istiqamah dalam mengabdikan diri terhadapNya.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...