25 Mac 2009

Penghargaan di atas penghargaan



بسم الله الرحمن الرحيم و الصلاة ة السلام على رسول الكريم و على آله وصحبه أجمعين
Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Apa yang dapat digambarkan daripada kisah ini setiap manusia sebenarnya mempunyai peluang untuk dihargai dan dihormati.Setiap orang mempunyai peluang tersebut. Sekurang-kurangnya di waktu dia diijab kabulkan.
Untuk itu seharusnya pelajar-pelajar yang berada di bumi as-Sultan ini mampu berusaha untuk mereka dihargai dan dihormati dengan berusaha mengejar kecemerlangan. Kita perlu berusaha 10 kali ganda daripada mereka yang telah berjaya.

Mesyuarat Agong PIBG SMKASM 2009

Insyalah pada hari Sabtu ini 28 Mac 2009 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan mesyuarat agongnya untuk tahun ini. Semua ibu bapa dan guru dijemput hadir untuk menjayakan mesyuarat agong yang akan dijalankan ini. Semoga dengan kehadiran para ibubapa ke program ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan pelajar-pelajar ini.

24 Mac 2009

Selamat Berjuang

Judul : Untukmu Teman
Munsyid : Brothers

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

23 Mac 2009

BADAR SMKASM Kehilangan Pemimpin

Isnin 23 Mac 2009 merupakan hari sedih buat BADAR SMK Sultan Muhammad kerana salah seorang perancang Badan Dakwah ini telah melangkah pergi. Beliau adalah Ust Abdullah bin Jantan (mantan GKMP PAIBA SMSM). Walaupun kehadirannya di SMSM boleh dikatakan baru tapi sumbangannya bagi memartabatkan BADAR SMSM. Bermula daripada membina saf kepimpinan sehinggalah memantapkan dan merancang aktiviti BADAR. Beliau tidk pernah menghampakan anak-anak didiknya. Beliau sering turun padang bersama saf kepimpinannya walaupun jarak di antara rumah dan sekolah agak jauh. Tidak kira siang atau malam beliau sangguo hadir malah beberapa kali bersama tidur di surau sekolah bersama pelajar untuk menjayakan program qiamullail. Begitulah kesungguhnyanya untuk melihat geberasi as-Sultan yang akan datang lahir sebagai insan Rabbani. Kami berharap perpindaham beliau ke tempat baru (Maahad Tahfiz Cenderah, Jasin) tidak memutuskan ukhuwah yang telah terbina antara kita Usrah BADAR kerana tiada sempadan bagi ukhuwah islamiah dan jiwa-jiwa para pejuang. Sewaktu menerajui kepimpinan BADAR beliau sangat-sangat berharap agar bakal-bakal keluaran as-Sultan dapat menguasai ilmu-ilmu asas kepimpinan terutamanya asas-asas fardhu ain, bacaan al-Quran, azkar harian serta ilmu-ilmu yang diperlukan untuk bekalan menghadapi masyarakat. Beliau yang juga x-student SMSM sering mengungkapkan "apa yang cuba disediakan oleh BADAR adalah sesuatu yang penting untuk diri pelajar dan perkara ini tidak saya perolehi sewaktu saya pelajar di sini". Semoga beliau akan terus mencurah bakti dan terus memberikan sumbangan kepada SMKA Sultan Muhammad khususnya BADAR SMSM. Selamat berjuang di medan yang baru BADAR ucapkan kepada al-Fadhil Ust Abdullah bin Jantan. Salam perjuangan.

Kenangan Ust Abdullah Janatan sering bertemu dengan saf kepinpinan BADAR untuk memeriahkan lagi aktiviti BADAR.

Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang STPM 2008


Hari ini dua orang tokoh pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2008 yang lepas diraikan oleh pihak sekolah. Jika selalunya perhimpunan rasmi mingguan diadakan di dataran, hari ini ia dijalankan di dalam Dewan SMKA Sultan Muhammad. Bermula dari pintu pagar sekolah dua orang tokoh ini(Saudari Maisya dan Saudara Luqman Hakim) diiringi Ust Abd Hamid, beberapa orang guru dan pasukan kompang SMKA Sultan Muhammad telah dibawa ke Dewan SMKASM terus menaiki pentas utama. Di dalam majlis yang bersejarah ini kedua-dua tokoh tersebut telah diberikan peluang menyampaikan ucapan setelah penyerahan sijil penghargaan Jabatan Pelajaran Melaka dan sekolah oleh Tn Pengetua. Antara yang dapat disimpulkan dalam ucapan kedua-dua tokoh tersebut ialah kepentingan menjaga adab-adab menuntut ilmu, taat kepada ibubapa dan guru, menjaga kesucian hati dan menjaga hak Allah serta iltizam dengan amal agama. Semoga ianya mapu menyuntik semangat juang putera-putera as-Sultan untuk mencapai kecemerlangan.

18 Mac 2009

KUMPULAN NASYID "KONTROVERSI" WAKILI MELAKA KE FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


Inilah wajah-wajah Putera As-Sultan yang telah muncul juara dalam suasana kontroversi sempena festival Nasyid Maal Hijrah 1430H negeri Melaka. Seperti tidak dapat menerima keadilan dan ketelusan daripada 8 orang hakim, kontroversi pun bermula. Allah maha berkuasa atas segalanya. Putera As-Sultan dibawah bimbingan Ustazah Noraini Ismail dan Ustaz Khairilanuar Salim terus dipacu untuk terus mencapai kegemilangan di peringkat Kebangsaan Festival Nasyid 2009. Badar SMKASM mendoakan agar kumpulan Soutul Azim berusaha lebih gigih .

13 Mac 2009

BADAR SMKASM DAH ADA KEDAI !

Dalam sejarah....Begitulah luahan GKMP Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab apabila melihat mimpi menjadi realiti. Ini kerana selain daripada sekolah yang mempunyai Koperasi dan Persatuan Usahawan Muda kini SMKA Sultan Muhammad mempunyai sebuah lagi penjana ekonomi mereka yang dibangunkan oleh pelajar sendiri iaitu Kedai BADAR. Bersama gabungan guru-guru prihatin terhadap dakwah kepada pelajar keputusan untuk mewujudkan Kedai BADAR adalah bersesuaian kerana kedai ini akan menjual peralatan-peralatn sunnah seperti air mineral , serban , kopiah, tasbih. kismis doa, kitab agama dan sebagainya. Teruskan usaha murni ini agar BADAR SMKA Sultan Muhammad bergerak secara berwawasan iaitu mendidik Insan yang bersahsiah.

11 Mac 2009

Demam Ujian Pertama 2009

Bermula 5 Mac 2009 SMKA Sultan Muhammad mula dilanda demam peperiksaan. Walaubagaimanapun tidalah hangat sangat, maklumlah first exam. Harap-harap putera-putera Sultan dapat lakukan yang terbaik. Sesi ujian ini akan tamat pada 13 Mac 2009. Bagi putera-putera as-Sultan "Nak main, main sunguh-sungguh, nak belajar, belajar sungguh-sungguh dan nak menjawab, jawab sungguh-sungguh!".


Kelihatan sebahagian putera-putera as-Sultan sedang menjawap soalan dengan tekun.

Usaha Tangga Kejayaan. Kita perlu berusaha 10 kali anda daripada orang yang telah berjaya. Sultan no.1

Laporan Program Ceramah Keperitan Gaza

Petugas ISMA (merupakan bekas pelajar SMKASM) sedang menyediakan kaunter ualan buku dan bahan-bahan berkaitan Palestin.
Petugas ISMA sedang bertungkus lumus menyiapkan pameran untuk tatapan warga SMKA Sultan Muhammad.
Antara guru yang hadir bersama-sama dengan pelajar di dalam majlis ini iaitu Ust Mizam Osman, Ust Zulkifli Embong dan Ust Khairilanuar. Terima kasih atas sokongan anda kepada BADAR.
GKMP PAI&BA Ust Abdullah bergambar bersama penceramah sebelumceramah dimulakan. Terima kasih di atas tunuk ajar dan sokongan yang beliau berikan untuk menjayakan program ini.
Ust Abd Hamid Ashari (HEM) menyerahkan cek bernilai RM 3360.00 kepada wakil ISMA Ust Zaidi bin Jalil untuk disampaikan kepada AMAN Malaysia.

Sabtu, 28 Februari 2009. SMKA Sultan Muhammad telah dikunjungi oleh rombongan daripada Ikatan Saudara Muslim Malaysia (ISMA) sempena Program Kami Bersamamu Palestin yang telah dilancarkan pada akhir Januari lalu. Di dalam program ini warga SMKA Sultan Muhammad telah diberi taklimat dengan terperinci tentang kezaliman Rejim Zionis Israel bermula dari sejarah pencerobohon mereka hinggalah kekejaman yang mereka lakukan pada saat ini, terbarunya peristiwa di Kota Gaza. Sememangnya keperitan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Gaza adalah merupakan keperitan dan kesangsaraan umat Islam seluruhnya. Terlalu banyak pengaaran yang perlu kita ambil daripada kisah benar ini. Terlalu banyak rasanya kesalahan dan kekurangan untuk umat ini perbaiki sebelum ia kembali menjuari dunia. Mungkin ini pengajaran buat kita semua agar kita sadar dari lena yang panjang. pengajaran agar kita memperkukuh tali persaudaraan, pengajaran agar kita kembali berpegang kepada tali Allah, pengajaran agar kita sadar bahawa dunia ini adalah milik Tuhan dan kita ada tugas besar iaitu menajak manusia kembali kepada Tuhan dan menjauhkan kemungkaran.
Alhamdulillah dengan kupasan yang diberikan oleh wakil ISMA iaitu Ust. Zaidi bin Jalil sedikit sebanyak dapat menyadarkan warga SMKA Sultan Muhammad untuk membuat perubahan. Pelajar-pelajar dengan penuh semangat memberi tumpuan atas pembentangan beliau dan di akhir majlis Ustaz Abd Hamid bin Ashari (HEM) dengan diiringi oleh Ustaz Abddullah bin Jantan (GKMP Pendidikan Islam & B. Arab) telah menyerahkan wang kutipan Program Kami Bersamamu Palestin kepada pihak ISMA yang juga wakil kepada AMAN Malaysia. Jumlah kutipan yang dapat diserahkan adalah sebannyak RM3360.00. Walaupun jumlahnya tidak seberapa kami mengharapkan ianya menjadi lambang bahawa warga SMKA Sultan Muhammad juga bersama-sama saudara mereka di Gaza, Palestin.
Tahniah Saf kepimpinan BADAR SMKASM kerana telah berjaya mengendalikan projek ini. Semoga Allah sentiasa membantu usaha-usaha murni anda.

SMKA SULTAN MENGGEGAR DALAM STPM 2009


Tahniah..buat Adik Maisya atas kejayaan mengharumkan nama As-Sultan dengan kejayaan gemilang "Anak Melayu" mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan STPM 09 baru-baru ini. BADAR SMKASM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah semoga terus memacu kegemilangan. Buat pelajar-pelajar lain di SMKASM teruskan misi sekolah kita iaitu memacu kegemilangan SMKASM sekolah terbilang dan cemerlang....Ya Allah mohon hajat diqabulkan.

06 Mac 2009

Pelancaran Bulan Dakwah 2009

Ucapan Tn Hj Ariffin Omar sempena pelancaran program.
Hari : Jumaat
Tarikh : 6 Mac 2009
Masa : 8.00 pg
Tempat : Surau al-Islah SMKASM



Hari ini telh dilancarkan secara rasminya Program Bulan Dakwah sempena bulan Maulid Rasul s.a.w yang dirasmikan oleh Tn Hj Ariffin bin Omar Pengetua SMKA Sultan Muhammad.
Dalam ucapannya beliau menyeru seluruh wargaSultan bangun daripada lena untuk menghayati Sunnah yang dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w dan dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga mengingatkan ketika kita sibuk mengejar kejayaan dan kecemerlangan di dunia kita juga wajib mengejar kecemerlangan untuk akhirat. As-Sunnah menjanjikan kecemerlangan dan kejayaan serta mencapai keredhaan Ilahi.


.

04 Mac 2009

Nasib Si Pristo



السلام عليكم و رحمة الله


Teman-teman dan anak-anak didik yang dikasihi. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar SMKA Sultan Muhammad sentiasa cemerlang dan mencapai kegemilangan pada tahun 2010.

Sewaktu dalam perjalanan saya ke sekolah, sempat bagi saya untuk menyudahkan ma’thurat. Sewaktu itu saya teringat kisah “Pristo” (rahib/paderi) bersama pemandunya. Pristo adalah seorang yang gigih, tugasnya siang dan malam mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Senantiasa tempatnya di rumah-rumah Allah.

Untuk memendekkan cerita, suatu hari si Pristo dan pemandunya yang setia kembali ke hadrat Allah. Apabila meninggal kedua-duanya dan setelah selesai penghisaban maka si Pristo pun dipanggil untuk memasuki syurga. Tetapi tatkala kaki mahu melangkah masuk berseru suara agar menghalang si Pristo memasuki syurga. Suara itu menyatakan kamu tidak boleh masuk ke syurga ini selagi pemandu anda belum memasukinya. Si Pristo berasa hairan lalu bertanya mengapa pemandunya yang dapat memasuki syurga ini lebih awal sedang dia yang berperanan besar bertungkus lumus bekerja dan berdakwah serta mengabdi diri kepada Allah, si pemandu hanya bertugas membawanya ke tempat yang di tuju.

Maka berseru suara membenarkan apa yang dikatakan. Sambungnya tetapi tatkala ia memandu si pemandu sering mengingatkan penumpangnya mengingati Allah, dan setiap kali dia memandu dia memandu dengan begitu laju sehingga penumpangnya berasa takut dan ketakutan itu menyebabkan para penumpang sentiasa ingat kepada tuhannya, sedang si Pristo yang sering ke sana ke mari berdakwah mengingatkan semua pendengar kepada Allah tetapi pendengarnya ramai yang tidur. Untuk itu, si pemandu lebih baik daripada si Pristo dan untuk itu si Pristo akan masuk lewat setengah hari daripada pemandunya.

Kesimpulanya pelajar-pelajar perlu sadar sewaktu guru-guru mencurah ilmu jangan anda menjadi penyebab guru-guru anda lewat untuk masuk ke syurga.

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersedia apa yang akan dihadapinya dan dia perlu berusaha lebih daripada usaha yang disumbangkan oleh orang yang berjaya.

(Adabtasi ucapan Tn Hj Ariffin Omar 2 Mac 2009)