26 Februari 2013

Pelancaran Program Nilam 2013

    Nilam yang merupakan singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program yang dijalankan saban tahun untuk menggalakkan budaya membaca.
    Program galakan membaca ini perlu kesinambungan dengan budaya mencatat. Jika tidak ianya boleh dianggap sia-sia. Membaca adalah proses "in put" manakala menulis atau mencatat adalah proses "out put". Tanpa gabungan ini ianya tidak sempurna. Allah s.w.t memulakan kalamnya yang pertama dengan perintah untuk membaca. Seterusnya Allah memberi isyarat dengan mengajar manusia dengan "kalam" atau pena. Dua gabungan yang mempunyai kuasa hebat yang mampu merubah manusia daripada kejahilan kepada berilmu, daripada mundur kepada bertamadun dan sebagainya.
      Diharap kepada semua pelajar agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program yang dirancang......"Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menciptakan, Yang menciptakan manusia daripada a'laq, Bacalah dengan nama Tuhan mu yang memuliakan, yang mengajar dengan pena. yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya" (Surah al-A'laq)

Taklimat Perlaksanaan Daurah Mursyid 2013

Alhamdulillah hari ini dapat duduk hadir bersama sahabat-sahabat dalam taklimat perlaksanaan program Daurah Mursyid.
Melihat kepada rangka kasarnya ia merupakan rentetan kepada program Kursus Perdana GPI sebelum ini.
Takkimat yang disampaikan oleh wakil daripada BPI menunjukkan keseriusan pihak pengurusan dalam menyemarakkan program tarbiyah dan tazkiyah ahli-ahli GPI khususnya dan para pelajar muslim umumnya. Semoga matlamat yang digariskan akan dicapai dengan jayanya dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. Amin

18 Februari 2013

Tausyiah Mudir

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina.
Hakikat kehidupan kita. Kita ini adalah milik Allah. Bila-bila masa kita akan dijemput oleh Allah. Pengalaman ustaz menjaga bapa kandung ustaz yang sakit tenat, segala kemahuan dan keperluannya cuba dipenuhi dan ditunaikan. Itulah khidmat yang mampu kita usahakan disaat-saat akhir hayatnya. Setiap kita akan melalui perjalanan ini.
Pesan kepada anak-anak semua pergunakanlah peluang dan masa yang ada untuk berkhidmat kepada mereka serta menggembirakan hati mereka. Berusahalah untuk menggapai redha Allah dengan menggapai redha kedua ibu bapa.
Tahniah buat semua palajar tingkatan 5 serta guru-guru yang terlibat dengan program kecemerlangan, namun diperingatkan agar usaha kecemerlangan akademik tersebut perlu disertakan dengan akhlak dan peribadi yang tinggi. Kejayaan bukan sekadar dengan pencapayai cemerlang di dalam akademik tetapi kejayaan utama adalah berjaya di dalam melaksanakan tuntutan agama, berpribadi  tinggi dan berakhlak mulia.
Pihak guru dan pengurusan sering berfikir bagaimana untuk membina generasi yang cemerlang. Perkara ini jika tidak disusuli dengan kerjasama baik oleh para pelajar pasti tiada gunanya. Sikap dendam, sombong dan angkuh perlu dihapuskan dalam jiwa kita seperti yang diajar oleh Islam. Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik. Semoga perkara yang berlaku akan menjadi iktibar dan tauladan buat kita semua. Berfikirlah sebelum melakukan apa-apa tindakan. Pastikan apa yang kita lakukan membawa kepada kebaikan.
Akhirnya pesanan buat pelajar yang membawa telefon bimbit, membawa telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Semua telefon yang dirampas akan disimpan oleh Tuan Pengetua. Hanya ibu bapa atau penjaga sahaja yang boleh menuntut telefon yang telah dirampas.
Gunakanlah masa yang ada dengan baik khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum tahun ini. Jangan terjerat dengan angan-angan sehingga akhirnya kita tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.

13 Februari 2013

أيها الشباب Wahai Pemuda

Dr. Fathi Yakan rahimahullahi 'alaih berkata, " Sesungguhnya masyarakat pada hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi terdiri daripada pemuda yang mudah dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh golongan kufur dan syaitan, tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya. "

Pesanan AsSyahid Imam Hasan Al-Banna kepada kita, para pemuda Islam:

"Wahai pemuda! Seandainya kamu menyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat." 

"أنا سائح يطلب الحقيقة ، وإنسان يبحث عن مدلول الإنسانية بين الناس ، ومواطن ينشد لوطنه الكرامة والحرية والاستقرار والحياة الطيبة في ظل الإسلام الحنيف، أنا متجرد أدرك سرّ وجوده ، فنادى إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له ، وبذلك أمرت وأنا من المسلمين ". ( حسن البنا )