Memaparkan catatan dengan label MyUsrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MyUsrah. Papar semua catatan

10 Januari 2014

PROGRAM MyUsrah Kali Pertama

Perjumpaan kali pertama di Surau al-Islah untuk program MyUsrah dapat dijalankan al-hamdulillah. Namun sedikit masalah teknikal yang perlu diperbaiki segera agar ianya dapat berjalan dengan lebih lancar. Ini menguji pihak penyelaras dan pengendali untuk menjalankan program ini.
Ukhuwah di dalam usrah berteraskan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah). Jalinan ukhuwah ini akan melahirkan attaa'wun (kerjasama) semata-mata kerana Allah s.w.t dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.

08 Januari 2014

PERJUMPAAN NAQIB BERSAMA MURABBI

Isu yang pertama yang perlu difahami oleh setiap pelajar dan warga SMKA Sultan Muhammad adalah persoalan mengapa kita menganut Islam.
Mungkin persoalan ini akan melahirkan pelbagai jawapan. Mungkin kerana keturusan dan mungkin juga kerana tiba-tiba. Tidak kurang juga yang beralasan kerana Islam merupakan agama rasmi kerajaan yang memberikan keistimewaan kepada penganutnya.
Namun jika kita lihat kepada jawapan-jawapan tersebut, kita akan dapati semua jawapan tersebut hanya sekadar faktor-faktor luaran yang sangat rapuh. Mungkin sahaja apabila seorang muslim yang seperti ini akan goyah imannya apabila faktor luaran ini berubah. Sewajarnya seseorang itu menganut Islam bersumber daripada faktor dalaman yang bertunjangkan kepada kefahaman dan penghayatan yang mengkar di dalam hati.
Keimanan serta islamnya seseorang itu wajib didasari oleh sumber yang benar serta jelas. Sama ada bersumber dari dalil aqli dan naqli.
Keislaman secara taqlid (mengikut membabi buta tanpa faham) tidak menjamin seseorang untuk selamat daripada kesesatan. Selain daripada itu kefahaman berkaitan kesesatan sesuatu ajaran dan aliran juga perlu difahami dengan jelas supaya ajaran-ajaran tersebut dapat dihindari.
Kehidupan yang berteraskan kefahaman dan penghayatan yang jelas akan mendorong seseorang itu hidup berpedoman dan menjadi insan yang kamil, seimbang kehidupannya duniawi dan ukhrawi.
Melihat Islam sebagai cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia perlu dilihat daripada pelbagai sudut. Bukti-bukti serta dalil perlu dihayati dengan baik. Dengan penghayatan tersebut akan melahirkan amalan-amalan baik serta akhlak yang mahmudah. ISLAM adalah cara hidup bukan sekadar teori dan maklumat.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...