Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah. Papar semua catatan

09 Mac 2016

Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Peringkat SMKA Sultan Muhammad 2016

Bermula jam 7.30 pagu para pelajar bersama warga SMKA Sultan Muhammad  berkumpul di Surau Al-Islah untuk sama-sama menghadiri Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Matahari. Majlis dimulakan dengan bacaan zikir munajat dan tilawah Al-Quran.

Setelah itu al-Fadhil Ustaz Zulkifly telah memberikan serba sedikit taklimat mengenai fenomena gerhana matahari dari aspek sains setelah selesai solat sunat dhuha. Kemudia program diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan khaifiat solat sunat gerhana.

Selesai solat al-Fadhil Ustaz Zakaria GPK HEM SMKA Sultan Muhammad telah tampil untuk membacakan khutbah berkaitan dengan gerhana matahari. Diharapkan program ringkas ini mampu menyuntik kesedaran ke dalam hati kita semua akan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, dan kita semua dapat terus istiqamah dalam mengabdikan diri terhadapNya.

24 Februari 2016

Sambutan Lawatan Pelajar Mesir

Hari ini SMKA Sultan Muhammad telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar dari Mesir di bawah program Unesco dan Melaka World Heritage.

23 Februari 2016

Latihan Kebakaran Kali 1 SMKA Sultan Muhammad 2016

Tepat jam 8.45 pg loceng kecemasan dibunyikan. Semua pelajar serta guru bergegas ke padang. Setelah seluruh warga Sultan Muhammad beratur dan mengambil tempat, enam orang pelajar didapati hilang...

Sejurus selepas itu sepasukan Jabatan Pertahanan Awam hadir bersama sebuah jentera dan ambulan. Dalam beberapa minit 6 orang dapat dikesan dan diselamatkan. Ada yang dipapah dan ada juga yang diusung dengan pengusung.

Rupanya apa yang berlaku hanyalah salah saru babak dalam simulasi pengosongan bangunan ketika berlaku kebakaran.

Setelah itu seorang pegawai JPAM memberikan taklimat keselamatan dan berharap dengan ilmu yang diberikan dapat meminimumkan kecedraan sekiranya berlaku kecemasan. Tahniah buat semua yang terlibat

10 April 2015

Majlis Penghayatan Peristiwa Israk wal Mikraj

Bermula jam 7.15 pagi dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah. Bacaan telah dipimpin oleh Saudara Sazwan Md Isa dan Sdr. Umar bin Redzuan. Setelah itu program diteruskan dengan tazkirah penghayatan Israk wal Mikraj.
Antara peristiwa penting yang disampaikan adalah kepentingan menjada solat bagi setiap umat Islam. Setiap manusia dicipta bersama-sama mereka nafsu yang menuntut kepada kerosakan jika tidak dikawal. Allah telah mencipta nafsu dengan sifat yang sukar dikawal. Bersama-sama nafsu, Allah kurniakan akal. Namun akal juga semata-mata tidak mampu mengawal nafsu, bahkan nafsu yang tidak terkawal akan menggunakan akal untuk mencapai kehendaknya. Nafsu perlu dikawal dengan iman dan amal. Ditundukkan dengan banyak berpuasa dan mendekatkan diri kepada Allah. Begitu juga solat yang dapat dilaksanakan dengan sempurna pasti akan mnghalang diri dari melakukan merosakan dan kemungkaran.
Perkukuh keimanan perkemas amalan dan ikhlaskanlah hati... pasti jiwa akan mutmain (tenang) dan kambali kepada Tuhan dengan keadaan salam (selamat)

21 Oktober 2013

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...