06 November 2013

MAJLIS JAMUAN MAULID NURUL MUSTOFA 2013

Kumpulan Maulid Nurul Mustofa merupakan cabang seni bagi Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR). Ia cenderong kepada mengembangkan kecintaan kepada Allah dan Rasul melalui qasyidah dan puji-pujian.
Perjuangan dalam menegakkan syiar Islam merupakan usaha yang tidak pernah kanal lelah. Para mujahid menggunakan segenap cara untuk menegakkan Islam.
Semoga dengan keikhlasan kita untuk membantu agama Allah s.w.t akan mendapat keredhaan dan bantuan-Nya. Tahniah buat Nurul Mustofa.

01 November 2013

JAMUAN BADAR HELWA 2013

Jamuan Akhir Tahun Badar Helwa 2013 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 01 November 2013 yang  telah dilaksanakan oleh ahli helwa yang baru bagi tahun ini. Majlis ini diadakan untuk mengeratkan ukhwah pelajar perempuan dengan guru-guru SMKASM. Selain itu, majlis ini diadakan bagi menghargai jasa pihak yang telah memberi kerjasama kepada badar Helwa. Semoga majlis ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun agar badar Helwa terus kukuh dan dapat membina sahsiah pelajar muslimat di SMKASM. InshaAllah. Diharapkan warga SMKASM dapat mendoakan kejayaan kami bersama.

30 Oktober 2013

MAJLIS ANUGERAH HAL EHWAL MURID (HAHEM) 2013

Majlis ini dijalankan untuk tahun yang ke-2. Ia bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah memberi sumbangan besar kepada sekolah dan komuniti dalam aspek Hal Ehwal Pelajar dan Syahsiah.

28 Oktober 2013

PERJUMPAAN BERSAMA PARA NUQABA'

Usrah merupakan komponen kecil dalam sesebuah komuniti. Teras bagi sesebuah usrah yang berjaya adalah naqib yang berkualiti dan berperanan. Dengan pengorbanan para murabbi dan komitmen para nuqaba' akan melahirkan ahli-ahli usrah yang terdidik.
Perjumpaan yang kerap bersama anak-anak usrah dan pengendalian usrah yang berkualiti amat penting. Kekerapan ini akan memecahkan benteng yang menghalang wujud persaudaraan Islam yant diredhai. Dengan hubungan persaudaraan yang bersandarakan kepada ukhuwah Fillah inilah akan lahir khaira ummah.

06 Oktober 2013

Majlis Perlantikan Sof Kepimpinan BADAR 2013/2014

 Sof Kepimpinan BADAR Shabab

Sof Kepimpinan BADAR Fatayat

06 September 2013

Majlis Perlantikan & Penghargaan BADAR 2012/2013

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على أشرف الأنبياء و  المرسلين و على آله ﻭصحبه أجمعين
Badan pengurusan BADAR SMKA Sultan Muhammad merafa'kan kesyukuran kerana dipermudahkan untuk mengadakan Majlis Perlantikan & Peghargaan BADAR 2012/2013.
Terima kasih barisan kepimpinan yang lepas atas pengorbanan yang telah diberikan. Tanpa pengorbanan dan keikhlasan semua yang terlibat pasti apa yang dilakukan akan menjadi hambar.
Tahniah buat barisan kepimpinan yang baru kerana terpilih menerajui BADAR, sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mewarnai aktiviti kerohaniah khususnya di SMKA Sultan Muhammad.

15 Julai 2013

Kecatatan Yang Membawa Kejayaan

Suatu kisah pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang hebat dan warak yang mengembara. Dalam pengembaraannya dia telah diuji. Dalam perjanannya dia sesat. Berbekalkan keyakinan dan tawakal dia meneruskan perjalanan sihingga dia kelaparan. Dalam keadaan lapar itu dia terus berjalan sehingga berjumpa dengan sebiji buah epal. Dia mengambilnya dan tanpa terus berfikir panjang dan siapakah pemilik epal tersubut. Setelah makan dan hilang kelaparannya dia tersedar milik siapakah epal ini.
Dia mengambil keputusan menyusuru jalan tersebut untuk mencari kebun epal yang berhampiran. Setelah menyusuri jalanan maka bertemulah pemuda itu dengan kebun epal dan tuan pemilik kebun. Diadukan halnya lalu tuan punya kebun telah meminta agar si pemuda menebus dosanya dengan bekerja di kebunnya selama sebulan.
Setelah sebulan berlalu si pemuda bertemu kembali si pemilik kebun untuk meminta izin mengundur diri. Pak tua menghalang dan menyatakan di akan bebas setelah berkahwin dengan anaknya yang cacat, buta, pekak dan bisu. Si pemuda pasrah dengan permintaan itu.
Pada hari yang ditetapkan bertemulah pemuda itu dengan isterinya. Namun apa yang tergambar mengenai isterinya jauh meleset. Apa yang dinyatakan oleh pemilik kebun sebenarnya maksud tersirat. Buta matanya daripada melihat maksiat, pekak telinganya daripada mendengar fitnah dan dusta. Begitulah kecatatan yang lain adalah kecacatan yang timbul dari terhalangnya dia dari melakukan kemaksiatan.
Kita harus berusaha menjaga panca indera kita serta seluruh tubuh badan kita daripada kemaksiatan. Itu merupakan asas kepada kejayaan kita.

09 Julai 2013

Majlis Perlantikan Pengawas

Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini.
Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika dahulu sekolah yang tidak mempunyai pengawas. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga disiplin masing-masing. Namun di sini, di SMKA Sultan Muhammad kita perlu kepada pengawas untuk melancarkan perjalanan pengurusan sekolah. Pengawas selain menjadi mata dan telinga pihak sekolah mereka merupakan penggerak kepada seluruh aktiviti pelajar khususnya aktiviti harian pelajar.
Oleh itu ribuan terima kasih kepada para pengawas sesi lepas yang telah menyumbang bakti dan tahniah buat para pengawas sesi 2013/2014 pertama kerana menerima tawaran yang diberikan serta bersedia untuk menjalankan amanah yang akan diberikan.
Pengawas juga harus berusaha sedaya upaya menjadi qudwah kepada para pelajar yang lain. Mereka perlu bijak untuk merancang dan membuat keputusan.
Tidak dilupakan jutaan terima kasih dan tahniah buat semua guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini malah terus membimbing dan mendidik para pengawas untuk berorganisasi dan berkepemimpinan.
Untuk menyahut seruan ke arah penigkatan akademik dan shahsiah pihak sekolah akan melancarkan program (BARA) Bantu Rakan. Pelajar akan digalakkan untuk memberikan maklumat mengenai salah laku rakan masing-masing. Dengan laporan yang berterusan diharap masalah yang dihadapi oleh para pelajar dapat di atasi. Ini juga akan memudahkan pihak sekolah untuk mengambil tindakan segera.

28 Jun 2013

Nilai Kecemerlangan

Kecemerlangan bukan sekadar memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bahkan ketentuan itu milik Allah s.w.t, tidak seorang pun mampu untuk mengatasi ketentuan Allah s.w.t. Kecemerlangan yang di nilai adalah cara hidup kita seharian. Bagaimana kita melalui kehidupan ini dengan cara yang cemerlang. Ini menjadi ukuran kecemerlangan seseorang.

Halangan-halangan dalam mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan amat banyak. Yang pertama tidak tunduk dan akur dengan titan perintah Allah s.w.t bahkan larangannya dikerjakan dan dilanggar. Ini adalah kegagalan pertama dalam hidup seorang insan apabila mereka gagal dalam mengawal diri dan hati. Nafsu yang dituruti membinasakan diri. Kegagalan menjalankan amanah sebagai hamba Allah s.w.t sudah pasti akan membuahkan halangan-halangan kejayaan yang lain.

Kegagalan ini akan menyeret individu tersebut kekancah kegagalan.Gagal dalam kehidupan. Gagal dalam berkeluarga. Gagal sebagai warganegara serta gagal sebagai seorang pelajar.

Semoga sadar kita atas pengertian kecemerlangan akan menjadi landasan kecemerlangab dunia dan akhirat.

28 April 2013

MAULID NURUL MUSTHOFA


Pada hari jumaat dan sabtu yang lepas, Kumpulan Maulid Nurul Musthofa telah dijemput untuk mengadakan persembahan selawat dan maulid di Kampung Padang Jambu Melaka. Kumpulan maulid ini telah dijemput bagi menyerikan lagi majlis perkhawinan yang diadakan oleh tuan rumah. Majlis pada hari jumaat malam telah dimulakan dengan berzanji oleh kumpulan berzanji dari kampung tersebut sendiri. seterusnya, semua hadirin dijemput untuk makan terlebih dahulu. seterusnya, setelah ketibaan pengantin maka kumpulan maulid Nurul Musthofa pun memulakan persembahan mereka. Pada hari setersunya juga pasukan maulid telah memberikan persembahan mereka di tempat yang sama bagi menyerikan majlis tersebut.


Semoga Kegemilangan Islam Akan Terus Berdiri Utuh Melalui Qasidah-Qasidah Yang Dialunkan Ini

KARNIVAL BADAR DAN MALAM KESENIAN MALAM ISLAM

Assalamualaikum wbt

Pihak pengurusan BADAR kini sedang merancang untuk mengadakan satu program yang dikenali sebagai karnival BADAR iaitu bermula daripada hari isnin sehingga hari khamis dan diteruskan pula dengan Malam Kesenian Islam pada hari seterusnya iaitu jumaat dan sabtu  sebagai acara kemuncaknya. Program ini dirancang untuk diadakan pada bulan jun ataupun julai dan juga dilihat sebagai suatu program yang terkahir untuk dijalankan oleh pihak pengurusan BADAR 2012/2013.

 
Program ini juga telah dibincangkan bersama guru penasihat BADAR dan juga ahli-ahli BADAR 2012/2013 dan telah dipersetujui bersama antara mereka. Semoga progam yang telah dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan sekolah,asrama dan pihak-pihak lain yang terlibat. InsyaAllah 

ALLAHU AKBAR

18 April 2013

SUKA DUKA AFGHANISTAN

Pada hari khamis yang lepas, BADAR SMKA Sultan Muhammad telah menerima kunjungan daripaa saudara Danny Fahmi bin Adam yang merupakan salah seorang bekas pelajar SMKA Sultan Muhammad  yang telah terlibat semasa misi kemanusiaan di Afghanistan pada Oktober 2001. Tujuannya bukanlah semata-mata sekadar sebuah ceramah bagi mengisi masa lapang tetapi ceramah ini penuh dengan peringatan mengenai kenikmatan yang terdapay di negara kita ini.

Pada permulannya, tuan penceramah telah menceritakan bagaimana beliau sendiri boleh berada di Afghanistan sana. seterusnya pula adalah berkaitan pahit getir serta suka duka yang dialami di sana. Afghanistan bukanlah seperti Malaysia yang ditumbuhi dengan hutan belukar namun hanya dikelilingi oleh gunung ganang dan padang pasir. secara jelasnya, memang ketara kesususahan yang dialami oleh penduduk di sana. namun begitu, suatu perkara yang amat hebat tentang penduduk di sana kesyukuran dan juga kesabaran mereka yang amat tinggi. antara kisah yang telah diceritakan adalah :

seorang penduduk telah ditanya mengenai kehidupannya terutama selepas daripada peristiwa serangan terhadap Afghanistan. maka jawapnya dengan penuh tenang " Kehidupan kami selepas daripada serangan adalah lebih baik. dahulunya kami mendirikan rumah kami daripada jerami dan juga lumpur. namun begitu, seranagn demi serangan yang telah bumi Afghanistan terima menyebabkan gunung- ganang pecah dan menyebabkan kami dapat mendirikan rumah batu pula"

perbandinagnnya antara bumi Afghanistan dan Malaysia ini adalah sangat ketara sebenarnya terutama dari segi kemudahan asas namun begitu kehebatan mereka serta ujian yang dialami mereka adalah jauh lebih hebat daripada kita yang berada di Malaysia ini. 

Semoga daripada ceramah yang telah diberikan dapat membantu para pelajar di sini untuk lebih bersyukur kepada Allah swt dalam setiap perkara. Ameeeennn Ya Rabbal A'lamin 

08 April 2013

Nilai sebuah Usaha

      Kejayaan adalah hasil dari usaha yang gigih dan istiqamah. Kepahitan dan keperitan yang dialami sewaktu mendaki tangga kejayaan akhirnya membuahkan kemanisan dan kerehatan buat jiwa.... Siapa yang sanggup menanggung derita kepayahan yang menjadi harga buat sebuah kejayaan pasti akan mendapat kesembuhan jiwa apabila kejayaan sudah berada di tangan.
     Tahniah buat semua pejuang as-Sultan pasti pengorbanan kamu mengharumkan dikenang dan terpahat dalam sejarah sekolah yang bertuah ini. Tahniah buat semua warganya.

09 Mac 2013

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama-Hari Terakhir


Bagi mengelakkan keletihan yang teramat  kepada para nuqaba, mereka semua telah dikejutkan untuk solat subuh dan dibenarkan untuk berehat semual dan seterusnya bersarapan pada jam 7.00 pagi. Setelah bersarapan, para nuqaba telah diberikan masa yang agak panjang untuk bersiap bagi aktiviti pada pagi tersebut. Kesemua nuqaba telah berkumpul semula di dewan pada jam 8.00 pagi. Aktiviti pertama hari tersebut adalah para nuqaba perlu meyelesaikan masalah yang diberikan iaitu mereka semua perlu membuat sebuah bulatan besar sambil berpegang tangan. Dalam tempoh setangah minit iaitu 30 saat, mereka perlu memastikan bahawa bulatan tadi sudah terbalik tanpa tangan  mereka terlepas antara satu sama lain. Ahamdulillah, mengikut masa yang telah ditetapkan mereka telah berjaya melakukannya.


Aktiviti bersambung dengan permainan Belon sentiasa diatas. Dengan menggunakan belon yang telah diberikan, 3 orang wakil daripada kumpulan masing-masing akan memastikan bahawa belon tidak jatuh ke tanah tanpa menggunakan anggota badan. Akhirnya, hanya dua pasukan sahaja yang kekal ke pusingan akhir iaitu kumpulan 7 dari rumah merah dan juga rumah hijau. Rentetan daripada aktiviti tersebut, para nuqaba telah beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Dengan peruaturan yang lebih mencabar, para nuqaba perlu meletakkan belon di hadapan dan belon perlu bergerak ke belakang dengan hanya menggunakan bahagian leher dan ke atas. Aktivit ini sangat menyeronokkan dan begitu mencabar  minda setiap peserta.


Seterusnya pula adalah LDK “Spider Web” dimana para nuqaba telah diberikan segulung tali rafia. Dengan menggunakan tali tersebut, setiap kumpulan perlu memastikan sebuah sarang labah-labah yang cantik akan terbina. Namun begitu, hanya beberapa kumpulan sahaja yang berjaya menyiapkannya. Seterusnya, secara mengejut para fasilitator telah mengarahkan sebuah belon diletakkan di dalam sarang labah-labah tersebut dan dibawa ke tengah padang . Daripada beberapa kumpulan berjaya membuat sarang labah-labah tersebut, hanya ada 6 kumpulan yang telah berjaya membawa belon tersebut dengan selamat.


Seterusnya adalah Majlis Penutup yang berlangsung pada jam 12.00 tengahari yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Abd Hamid bin Ashari. Disamping itu, diumumkan juga pasukan rumah sukan yang mengungguli  aktiviti Tamrin Nuqaba ini dengan mata yang tertinggi iaitu Rumah Merah sebagai juara keseluruhan.


“TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA RUMAH MERAH SEBAGAI PASUKAN TERBAIK”

:)



Selesai sahaja Majlis Penutup program Tamrin Nuqaba peringkat sekolah SMKA Sultan Muhammad, maka para pelajar bersama-sama makan tengahari dan seterusnya bergerak menaiki bas untuk pulang ke sekolah.


Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan nuqaba yang bersedia dan juga unggul kepada kumpulan usrah masing-masing di samping dapat membentuk mereka ke arah manusia yang berwawasan.

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013-Hari Ke 2



Hari seterusnya ini dimulakan dengan aktviti qiamullail. Para nuqaba telah dikejutkan seawal jam 4.30 pagi dan seterusnya bersiap untuk aktiviti qiamullail ini. Aktviti ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan telah diimamkan oleh saudara Muhammad Izzar bin Ishak. Aktviti ini diteruskan sehingga waktu subuh dan seterusnya para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktviti sendiri sehingga jam 7.00 pagi. Aktviti pagi ini diteruskan dengan sarapan dan seterusnya Slot Modul Usrah 2 yang telah disyarahkan oleh saudara Maz Efftikaf bin Hasbullah. Aktiviti tersebut kemudiannya dipanjangkan lagi kepada LDK mengenai apakah yang perlu dibawa semasa keadaan getir iaitu apabila kita terpaksa keluar daripada Negara ke sebuah pulau. Pelbagai ragam nuqaba dapat disaksikan semasa aktiviti ini.

Seterusnya pula adalah aktiviti Slot Ketrampilan Diri yang telah disampaikan oleh saudara Ahmad Waasil bin Zamri yang juga merupakan mantan presiden BADAR sesi 2010/2011. Aktviti ini banyak menyentuh tentang gaya pemakaian serta perwatakan setiap orang dalam kehidupan serta kepentingannya kepada nuqaba terutamanya. Setelah berakhirnya aktiviti-aktviti tersebut,para nuqaba telah makan tengahari dan bersolat zohor. Seterusnya merupakan aktviti yang sangat digemari oleh setiap orang iaitu aktviti lasak. Para nuqaba telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan juga kumpulan B dimana setiap kumpulan akan bergilir-gilir membuat aktviti-aktiviti lasak tersebut. Kumpulan memulakan aktiviti High Rope dan juga Flying Fox manakala kumpulan B melakukan aktviti Wall Climbing. Aktiviti ini diteruskan sehingga petang. Tidak lupa juga kepada guru-guru yangjuga melakukan aktiviti sukan ini iaitu permainan Paint Ball .

Aktiviti malam diteruskan pula kepada persembahan Qasidah Maulid Ad-Dibaei yang dipimpin oleh Kumpulan Maulid Nurul Musthofa SMKA Sultan Muhammad sehingga waktu Isyak. Setelah soat isyak,para nuqaba telah bergerak ke dewan untuk aktiviti usrah bersama-sama dengan guru murabbi masing-masing. Usrah bersama murabbi telah membincangkan mengenai pelabagi aspek untuk para nuqaba sendiri anatarnya kepentingan berusrah, topic perbincangan usrah, bagaimana untuk memahami ahli usrah dan lain-lain lagi.

Seterusnya merupakan aktivit Barbeque. Para nuqaba telah dibahagikan mengikut kumpulan rumah sukan masing-masing dan seterusnya mereka telah dibahagikan perlatan masing-masing serta daging yang peru dibakar. Masing-masing perlu berusaha untuk memastikan bahawa mereka mempu untuk membakar daging kumpulan rumah mereka sebaiknya. Aktiviti banyak berkait rapat dengan kerjasama antara ahli rumah sukan masing-masing. Kerjasama terbaik semasa aktiviti ini telah ditunjukkan oleh rumah merah. Di samping aktiviti BBQ yang dijalankan ini, para pelajar juga telah dihiburkan dengan persembahan maulid Dibaei yang dilakukan sehingga pagi.

Aktiviti ini telah menyaksikan rumah merah sebagai pasukan yang terawal menyelesaikan tugasan mereka(hehe.......) diikuti oleh rumah sukan kuning dan seterusnya adalah rumah sukan hijau dan kahir sekali adalah rumah sukan biru. Setelah selesai, para nuqaba telah pulang ke dorm untuk tidur.