27 April 2009

PERIT JERIH ERTI PERJUANGAN

Dalam memberikan maksud perjuangan banyak cerdik pandai telah mengungkapkan. Ada yang berkata "kalau takut dipukul ombak, jangan berumah ditepi pantai" Ada juga yang mengatakan "Jika takut dengan ugutan jangan sebut pasal perjuangan" Ada juga yang menyebut "Kepuasan dalam perjuangan ialah melihat perubahan di hadapan mata".
Kesimpulannya setiap perkara amar makruf nahi mungkar yang kita perjuangkan tempias yang akan kita terima ialah ugutan , dipulau , tidak disukai , ditawarkan dengan kemewahan , hilang pangkat dan sebagainya. namun jika Sirah Rasulullah S.A.W dijadikan panduan dimana Rasulullah S.A.W dalam perjuangannya menegakkan Kalimah Allah telah ditawarkan dengan pangkat , ditawarkan dengan harta serta ditawarkan dengan wanita cantik. Lebih hebat daripada itu baginda pernah di pulau , di hina , di fitnah serta yang lebih mencabar ialah baginda yang digelar Al-Amin ini pernah diugut untuk dibunuh.
Fahimilah erti perjuangan. Tiada contoh selain perjuangan Rasulullah dan para Sahabat baginda. Jika kita berundur dalam perjuangan 1000 maksiat akan bermaharajalela. Jika kita berputus asa dalam memahami erti perjuangan 1000 bala bencana akan menimpa kita. oleh itu bangunkan Saff perjuangan yang jitu. Isikan nurani dengan amal yang berterusan. Jangan mudah putus asa. Jadikan Allah dan Rasulullah sebagai jaminan kualiti kita dalam perjuangan Amar Makruf & nahi Mungkar. berusaha menyebarkan dakwah islam ini agar semua cuping telinga warga SMKASM mendengar risalah ini. Gunakan pelbagai cara agar variasi perjuangan ini mewarnai bumi As-Sutan yang dicintai. Jangan berundur dengan kemungkaran. Jangan gentar dengan hukuman. Jadikan ini sebagai satu cara Allah menguji Iman para pejuang agama Allah. Ingat Imam Hanafi dalam perjuangannya dipenjara, Imam Nawawi dalam perjuangan di bunuh, Imam Hassan al-Banna dalam perjuangannya dibunuh dan Imam Sayyid Qutb dalam perjuangannya digantung sampai mati. Semoga Allah memberkati roh mereka.....Amin Ya Rabbal Alamin.

16 April 2009

Kegembiraan dan Kesedihan

Kegembiraan dan kesedihan dua perkara yang sering dialami oleh manusia. Ia bersilih ganti di dalam hidup manusia. Begitulah rumlah kehidupan yang harus di harungi oleh setiap insan. Jika kita telah untuk menerima nikmat pertemuan, seharusnya kita juga bersedia untuk menerima ujian perpisahan. Jika kita telah bersedia untuk menerima imbuhan kita juga harus bersedia mengalami susutan. Jika kita gembira melihat kesempurnaan kita harus bersedia menghadapi kekurangan dan kecacatan. Begitulah imbangan kehidupan dunia yang sementara ini.
Minggu lepas warga SMKA Sultan Muhammad diberitakan dengan dua perkara. Sebuah berita gembira dan sebuah berita duka. Usth Noredah bte Ibrahim salah seorang guru BADAR telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata dan alhamdulillah kedua-duanya selamat, manakala Usth Anisah bte Ali juga guru BADAR dan merupakan pemangku ketua bidang PAI/BA kita telah diuji dengan kehilangan ayahadanya yang tercinta. Semoga Allah memberi ketabahan kepada beliau. al-Fatihah.
"Sesungguhnya setiap sesuatu milik Allah (datang dari Allah), dan kepadaNya jua segalanya akan kembali"

13 April 2009

Menyemarakkan Bulan Maulid

Pada 12 April 2009, hari Ahad yang lalu pihak pengurusan BADAR telah mengadakan latihan pembacaan Maulis Daibai' di Surau al-Islah Sultan Muhammad. Ia diaturnkan oleh Presiden BADAR sendii dengan dibantu oleh Ketua Exco Keceriaan dan Surau. Program ini mensasar pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2. Sebelum ini SMKA Sultan Muhammad telah mengundang kumpulan Maulid Daibai' dari Madrasah Paya Ikan dan Madrasah Tmn Cempaka untuk memimpin pelajar-pelajar kita membaca Maulid Daibai'. Rentetan daripada itu pihak pengurusan BADAR berpendapat aktiviti seumpama ini perlu diteruskan dan diperpanjangkan di peringkat sekolah. Untuk itu BADAR bercadang untuk mewujudkan kumpulan Maulid Daibai'nya sendiri. Semoga hasrat murni ini mendapat restu dan sokongan daripada pihak pentadbiran.

Apa yang perlu kita lakukan!


الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و على آله وصحبه و سلم


Pada minggu yang lalu kita telah menjalankan aktiviti memperelok dan mempertingkatkan keceriaan kelas. Kebanyakan kelas telah dibersihkan dan diceriakan. Namun masih lagi terdapat beberapa kelas yang belum berbuat demikian. Dinding belum selesai di cat, susunan di dalam kelas belum teratur dan sebagainya. Ada juga yang menyedihkan cat yang digunakan tertumpah di lantai dan kelas yang dicat warnanya agak menakutkan.

Insyalah sekolah kita satu-satunya sekolah yang dicalonkan di Melaka sebagai sekolah klaster pada sesi ini. Penilaiannya akan bermula pada 24 April 2009 hingga 15 Mei 2009 akan datang. Penilai-penilainya adalah penilai-penilai peringkat kebangsaan dan kedatangan mereka tidak akan dimaklumkan bila.

Kita telah dimaklumkan dan mendengar kejayaan-kejayaan pelajar-pelaar kita dalam aktiviti kokurikulum. Kita ucapkan tahniah. Namun apa yang kita harus faham kejayaan-kejayaan itu semua tidak akan bermakna tanpa kejayaan kita di dalam akademik.

Apa yang perlu kita lakukan? Yang pertama kita perlu mencapai kejayaan dalam bidang akademik kerana itu telah menjadi fokus sekolah ini dan fokus orang luar terhadap sekolah ini. Yang kedua kita perlu berusaha untuk mencapai kecemerlangan syakhsiah kerana itulah fokus Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), ini membezakan sekolah kita dengan sekolah lain dan ia adalah merupakan foundation penubuhan SMKA.

Dua perkara ini perlu seiring di dalam diri kita. Semuanya kita haruskan terjemahkan dalam perlakuan kita. Di dalam tutur kata, kita perlu beradab sopan dan bertutur mengikut kesesuaian. Adakala kita perlu meninggikan suara contohnya sewaktu bercakap dikhalayak ramai dan adakala kita tidak perlu begitu. Begitulah sewaktu kita membuat aktiviti-aktivi yang lain perlu selaras dengan apa yang dianjurkan dengan agama.

Sifat tidak berpuas hati adalah sifat biasa seorang manusia. Contohnya kita tidak berpuashati dengan guru, sebagai yang bersifat manusiawi ia adalah fitrah. Namun ia harus dikawal dan di tuntun kerana kita terikat dengan adab-adab berguru dan menuntut ilmu. Kita diajar bagaimana contohnya Imam Syafie r.a begitu menjaga akhlaknya dihadapan gurunya. Pernah sekali beliau ditegur mengpa begitu perlahan menyelak lembaran bukunya. Katanya dia takut bunyi selakan helaian bukunya akan mengganggu konsentrasi gurunya. Imam al-Ghazali r.a telah menerangkan dengan terperinci berkaiatan dengan adab berguru dan menuntut ilmu, antaranya di dalam kitab Ihyak Ulumuddin. Saya yakin tidak akan berjaya manusia yang menzalimi gurunya.

Dr Agus Mustafa pernah menyatakan di dalam bukunya bahawa al-Quran merupakan sifir hidup manusia dan perjalanan hidup kita adalah bukti kebenaran al-Quran itu sendiri. Kita akan menjadi saksi akan kebenaran al-Quran (kalamullah). Jadi marilah sama-sama kita membina sahsiah diri kita dengan nilai-nilai adab.
(Adaptasi daripada ucapan Tn Hj Ariffin Omar di perhimpunan mingguan 13 April 2009)

12 April 2009

Jamuan Makan Beradab Asrama kali 1 SMKASM

11 April 2009, Sabtu selepas solat maghrib, Badan Pengawas Asrama dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah telah menganjurkan proram makan beradab pelajar-pelajar asrama buat kali pertama. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelajar Penerusi BADAR saudara Hazrul bin Sahak mewakili ketua umum. Di dalam ucapannya beliau banyak menyentuh tentang perlunya warga asrama menjaga tingkah laku untuk menjamin kesejahteraan dan keselesaan hidup di asrama. program diteruskan dengan ucapan wakil dari 2 orang warden ustaz Muhd Syawal dan Ust Khairilanuar yang menyentuh serba sedikit berkaitan syahsiah pelajar dan kepentingan mewujudkan suasana kasih sayang antara kita.Antara guru-guru dan warden yang sudi hadir memeriahkan program ini ialah ust Syamsudin, ust Zulkifli, ust Mizam dan guru-guru praktikal. Sesi ucapan diakhiri dengan ucaptama yang disampaikan oleh Ustaz Abd Hamid Ashari selaku HEM dan wakil pentadbir. Selepas itu majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah untuk program-program asrama yang telah dialankan. Setelah itu majlis diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan acara bersalam-salaman antara warga asrama SMKA Sultan Muhammad.
Setelah itu semua warga asrama bergerak ke dewan makan asrama untuk jamuan. Menu pada kali ini ialah Nasi Beriani. Alhamdulillah secara umumnya program berjalan dengan lancar walaubagaimanapun terdapat sedikit masalah di bahagian air minuman di mana sebahagian pelajar tidak dapat merasai air bandung yang disediakan. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, segala kekurangan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

08 April 2009

Masa menghambat kita.


Salam mahabbah buat semua. Masa adalah kehidupan. Ada yang diberi masa 60 tahun ada yang 70 tahun ada yang panjang dan ada yang singkat. Sering kita dengar ungkapan "masa mencemburui kita" tetapi begitulah hakikat kehidupan ini keta harus mengejar masa atau setidak tidaknya berjalan seiringmasa.
Benar apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam keadaan yang rugi, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Justeru itu kita sebagai mukmin yang mendokong kalam suci ini harus meletakkan diri kita selari dengan apa yang digariskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.
Ya Allah tiada upaya hamba-hamba Mu yang lemah ini melaikan dengan bantuan dan keizinan daripada Mu. Janganlah kau biarkan kami walaupun dalam sekelip mata.

اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَ شُكْرِكَ وَ حُسْنَ عِبَادَتِكَ

اَللَّهُمَّ لاَ تَكِلْنَا أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ

Lawatan BADAR ke Madrasah Miftahul Ulum.

Peserta khusuyuk membaca di sepanjang perjalanan.

Alhamdulillah dengan keizinan-Nya BADAR dapat mengadakan sebuah lawatan sambil belajar buat kali pertama pada tahun ini. Iaitu pada 3 April 2009 tempoh hari. Walaupun lawatan ini persediaannya agak kurang lengkap kerana dibuat dengan agak tergesa-gesa, namun ia dapat dijalankan dengan jayanya.
Dengan kerjasama semu pihak antaranya pihak pentadbiran yang memberi kelulusan segera, pihak pengerusan Asrama, PIBG SMKASM, guru-guru, perserta rombongan dan tak dilupakan pihak Maahad Miftahul Ulum, Sri Petaling sendiri program yang kami rancang dapat dijalankan.
Peserta rombongan ini adalah seramai 25 orang, dua diantaranya adalah guru pengiring. Antara yang menyertai rombongan ini adalah sebahagian daripada exco BADAR, para naqib dan diiringi oleh Tn Hj Abdurrzzaq dan Ustaz Khairilanuar.
Di sana kami didedahkan dengan input-input baru khususnya keutamaan dakwah dan cara menjalankan dkwah infiradiah yang berkesan. Kami juga berkesempatan melihat seasana pembelajaran di maahad tersebut serta beberapa aktiviti pelajar yang dijalankan di sana secara terus.
Kami merasakan suasana ilmu yang wujud di maahad itu serta keindahan akhlak pelajar-pelajarnya yang begitu menghormati guru-guru mereka. Pelajar-pelajar di sana juga dididik untuk memuliakan ilmu serta bersifat tawaduk. Ini tergambar dengan keadaan mereka yang sangat-sangat memuliakan tetamu dan tekun di dalam pembelajaran mereka. Kami mendapat layanan yang begitu istimewa daripada pihak maahad dan hubungan yang terjalin antara kami dan pelajar-pelajar maahad itu sangat mesra.
Kami berharap input-input baik yang kami perolehi disana dapat kami terjemahkan dalam kehidupan seharian di SMKA Sultan Muhammad. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Jauh perjalanan luas pemandangan banyak pengalaman.
Diharapkan dengan rehlah ini banyak istifadah yang dapat kita ambil.