31 Ogos 2010

Diambang Merdeka & Qiyam Perdana II

Munajat yang diketuai oleh Sof BADAR dan diceriakan dengan kehadiran Ust Abd Hamid dan Cg Adnan
Bermula selepas solat fardhu Maghrib secara berjemaah warga as-Sultan telah sama-sama untuk melakukan Solat Sunat Hajat dan bacaan Yasin sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Selepas itu doa munajat telah dipanjatkan kehadrat ilahi semoga negara yang kita cintai ini terus berada di dalam keadaan aman sejahtera, makmur dengan limpahan rahmat, inayah serta mendapat keredahaan Allah s.w.t.

Selepas itu para jemaah telah bersama-sama menunaikan solat Isyak dan qiyam Ramadhan. Suasana yang mengembirakan solat Tarawikh yang dilakukan secara berjemaah itu diselangseli dengan tazkirah dan alunan selawat ke atas junjungan Rasululla s.a.w. Acara fasa pertama selesai pada jam 11.35 malam. Fasa yang ke dua pula akan bermula pada jam 3.30 pagi untuk qiyamullail. Semoga semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga as-Sultan khususnya Putera As-Sultan akan membuahkan natijah yang baik terutama syakhsiah pelajar.

21 Ogos 2010

بسم الله الرحمن الرحيم
لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنْفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
التوبة:43
"kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Memang tidak mudah berada di medan dakwah. Terlalu banyak liku liku dan kepayahan yang perlu  ditempuh. Tujuannya satu menguji keikhlasan. Kesibukan dunia juga salah satu bentuk ujian yang menghambat. Bahkan kecintaan kepadanya atau penyakit alWahnu (terlalu cinta pada dunia dan takut mati) merupakan racun yang bukan sahaja melumpuhkan bahkan membunuh roh dakwah. 
Kadang-kadang kita terlupa dengan fatamorgana dunia hingga kita mendahulukan benda yang tidak sepatutnya didahulukan dan menangguh nangguhkan benda yang sepatutnya disegerakan. Semoga Allah sentiasa membimbing kita dan menunjukkan kita jalan-jalanNya.


"Mujur ada teman seperjuangan
menyatakan kita harus teruskan,
Perjuangan ini demi mencari keredhaan Ilahi" 

14 Ogos 2010

BADAR bertukar Tampuk Kepimpinan Baru


Isnin, 2 September 2010. BADAR bertukar tampuk Sof Kepimpinan baru.. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran. Qari Sdr Yasir Atiqurrahman memetik beberapa ayat awal dari surah as-Sof. Setelah itu paparan ringkas multimedia berkaiatan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh BADAR '09/'10. Selepas itu majlis diteruskan dengan pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang BADAR '09/'10. Anugerah berkumpulan telah diberikan kepada Exco Usrah dan Exco Rehlah & Riadah manakala anugerah individu pula disandang oleh Sdr Ahmad Wasil iaitu Presiden BADAR sendiri, Sdr. Maz Effteekaf dan Sdr. Bendahari Agong iaitu Ahmad Hanafi. Mereka dipilih secara syuro oleh pihak pengurusan BADAR peringkat guru dan berdasarkan di atas sumbangan mereka untuk menggerakkan BADAR.
Selepas program penyerahan syahadah taqdiriah (penghargaan) kepada semua ahli-ahli BADAR, diumumkan pula sof kepimpinan BADAR yang baru untuk sesi '10/'11. Badan Dakwah ini akan diterajui oleh al-Fadhil Sdr. Muhammad Hazrul bin Sahak pelajar 6R Umar al-Khattab. Sebagai penambaikan juga pihak pengurusan telah bersetuju untuk mewujudkan BADAR HELWI. Ini untuk memudahkan aktiviti-aktiviti BADAR dijalankan dikalangan puteri-piteri as-Sultan. Kami mendoakan semoga beliau beserta sof  kepimpinan BADAR yang baru dapat meneruskan aktiviti dakwah di SMKA Sultan Muhammad. 
Wajah-wajah sof kepimpinan baru BADAR SMSM

Kenali Sof BADAR '10/'11

12 Ogos 2010

Program Qiamullail Perdana Kali Pertama

Pada pagi hari Rabu, 12 Ogos 2010 - BADAR SMK (A) Sultan Muhammad telah mengadakan Program Qiamullail Perdana buat pertama kali bagi sesi 2010/2011. Program ini telah dipimpin oleh Presiden BADAR, Muhammad Hazrul Bin Sahak dan dibantu oleh beberapa orang ahli Saf Kepimpinan BADAR yang lain bagi menjayakan program ini. Program Qiamullail ini telah disertai oleh pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3.

Alhamdulillah. Program Qiamullail ini telah dijalankan dengan jayanya. Antara motif utama Program Qiamullail ini diadakan adalah,
1.Memberi pendedahan tentang program qiamullail.
2.Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika program qiamullail.
3.Menghubungkan jiwa-jiwa pelajar dengan Allah s.w.t

Pelbagai aktiviti juga telah dimuatkan ke dalam Program Qiamullail Perdana ini bagi mengisi ruang-ruang masa yang ada untuk meningkatkan amal ibadat kepada Allah SWT. Antara aktiviti tersebut ialah,
1.Ta'limat adab beriktikaf di rumah Allah.
2.Bacaan hadis-hadis kelebihan qiamullail.
3.Tadarus Al-Quran
4.Bacaan Zikir secara berjemaah.
5.Solat-solat sunat.