09 Mac 2013

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama-Hari Terakhir


Bagi mengelakkan keletihan yang teramat  kepada para nuqaba, mereka semua telah dikejutkan untuk solat subuh dan dibenarkan untuk berehat semual dan seterusnya bersarapan pada jam 7.00 pagi. Setelah bersarapan, para nuqaba telah diberikan masa yang agak panjang untuk bersiap bagi aktiviti pada pagi tersebut. Kesemua nuqaba telah berkumpul semula di dewan pada jam 8.00 pagi. Aktiviti pertama hari tersebut adalah para nuqaba perlu meyelesaikan masalah yang diberikan iaitu mereka semua perlu membuat sebuah bulatan besar sambil berpegang tangan. Dalam tempoh setangah minit iaitu 30 saat, mereka perlu memastikan bahawa bulatan tadi sudah terbalik tanpa tangan  mereka terlepas antara satu sama lain. Ahamdulillah, mengikut masa yang telah ditetapkan mereka telah berjaya melakukannya.


Aktiviti bersambung dengan permainan Belon sentiasa diatas. Dengan menggunakan belon yang telah diberikan, 3 orang wakil daripada kumpulan masing-masing akan memastikan bahawa belon tidak jatuh ke tanah tanpa menggunakan anggota badan. Akhirnya, hanya dua pasukan sahaja yang kekal ke pusingan akhir iaitu kumpulan 7 dari rumah merah dan juga rumah hijau. Rentetan daripada aktiviti tersebut, para nuqaba telah beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Dengan peruaturan yang lebih mencabar, para nuqaba perlu meletakkan belon di hadapan dan belon perlu bergerak ke belakang dengan hanya menggunakan bahagian leher dan ke atas. Aktivit ini sangat menyeronokkan dan begitu mencabar  minda setiap peserta.


Seterusnya pula adalah LDK “Spider Web” dimana para nuqaba telah diberikan segulung tali rafia. Dengan menggunakan tali tersebut, setiap kumpulan perlu memastikan sebuah sarang labah-labah yang cantik akan terbina. Namun begitu, hanya beberapa kumpulan sahaja yang berjaya menyiapkannya. Seterusnya, secara mengejut para fasilitator telah mengarahkan sebuah belon diletakkan di dalam sarang labah-labah tersebut dan dibawa ke tengah padang . Daripada beberapa kumpulan berjaya membuat sarang labah-labah tersebut, hanya ada 6 kumpulan yang telah berjaya membawa belon tersebut dengan selamat.


Seterusnya adalah Majlis Penutup yang berlangsung pada jam 12.00 tengahari yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Abd Hamid bin Ashari. Disamping itu, diumumkan juga pasukan rumah sukan yang mengungguli  aktiviti Tamrin Nuqaba ini dengan mata yang tertinggi iaitu Rumah Merah sebagai juara keseluruhan.


“TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA RUMAH MERAH SEBAGAI PASUKAN TERBAIK”

:)



Selesai sahaja Majlis Penutup program Tamrin Nuqaba peringkat sekolah SMKA Sultan Muhammad, maka para pelajar bersama-sama makan tengahari dan seterusnya bergerak menaiki bas untuk pulang ke sekolah.


Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan nuqaba yang bersedia dan juga unggul kepada kumpulan usrah masing-masing di samping dapat membentuk mereka ke arah manusia yang berwawasan.

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013-Hari Ke 2



Hari seterusnya ini dimulakan dengan aktviti qiamullail. Para nuqaba telah dikejutkan seawal jam 4.30 pagi dan seterusnya bersiap untuk aktiviti qiamullail ini. Aktviti ini telah dimulakan pada jam 5.00 pagi dan telah diimamkan oleh saudara Muhammad Izzar bin Ishak. Aktviti ini diteruskan sehingga waktu subuh dan seterusnya para pelajar dibenarkan untuk melakukan aktviti sendiri sehingga jam 7.00 pagi. Aktviti pagi ini diteruskan dengan sarapan dan seterusnya Slot Modul Usrah 2 yang telah disyarahkan oleh saudara Maz Efftikaf bin Hasbullah. Aktiviti tersebut kemudiannya dipanjangkan lagi kepada LDK mengenai apakah yang perlu dibawa semasa keadaan getir iaitu apabila kita terpaksa keluar daripada Negara ke sebuah pulau. Pelbagai ragam nuqaba dapat disaksikan semasa aktiviti ini.

Seterusnya pula adalah aktiviti Slot Ketrampilan Diri yang telah disampaikan oleh saudara Ahmad Waasil bin Zamri yang juga merupakan mantan presiden BADAR sesi 2010/2011. Aktviti ini banyak menyentuh tentang gaya pemakaian serta perwatakan setiap orang dalam kehidupan serta kepentingannya kepada nuqaba terutamanya. Setelah berakhirnya aktiviti-aktviti tersebut,para nuqaba telah makan tengahari dan bersolat zohor. Seterusnya merupakan aktviti yang sangat digemari oleh setiap orang iaitu aktviti lasak. Para nuqaba telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan juga kumpulan B dimana setiap kumpulan akan bergilir-gilir membuat aktviti-aktiviti lasak tersebut. Kumpulan memulakan aktiviti High Rope dan juga Flying Fox manakala kumpulan B melakukan aktviti Wall Climbing. Aktiviti ini diteruskan sehingga petang. Tidak lupa juga kepada guru-guru yangjuga melakukan aktiviti sukan ini iaitu permainan Paint Ball .

Aktiviti malam diteruskan pula kepada persembahan Qasidah Maulid Ad-Dibaei yang dipimpin oleh Kumpulan Maulid Nurul Musthofa SMKA Sultan Muhammad sehingga waktu Isyak. Setelah soat isyak,para nuqaba telah bergerak ke dewan untuk aktiviti usrah bersama-sama dengan guru murabbi masing-masing. Usrah bersama murabbi telah membincangkan mengenai pelabagi aspek untuk para nuqaba sendiri anatarnya kepentingan berusrah, topic perbincangan usrah, bagaimana untuk memahami ahli usrah dan lain-lain lagi.

Seterusnya merupakan aktivit Barbeque. Para nuqaba telah dibahagikan mengikut kumpulan rumah sukan masing-masing dan seterusnya mereka telah dibahagikan perlatan masing-masing serta daging yang peru dibakar. Masing-masing perlu berusaha untuk memastikan bahawa mereka mempu untuk membakar daging kumpulan rumah mereka sebaiknya. Aktiviti banyak berkait rapat dengan kerjasama antara ahli rumah sukan masing-masing. Kerjasama terbaik semasa aktiviti ini telah ditunjukkan oleh rumah merah. Di samping aktiviti BBQ yang dijalankan ini, para pelajar juga telah dihiburkan dengan persembahan maulid Dibaei yang dilakukan sehingga pagi.

Aktiviti ini telah menyaksikan rumah merah sebagai pasukan yang terawal menyelesaikan tugasan mereka(hehe.......) diikuti oleh rumah sukan kuning dan seterusnya adalah rumah sukan hijau dan kahir sekali adalah rumah sukan biru. Setelah selesai, para nuqaba telah pulang ke dorm untuk tidur.




 




















08 Mac 2013

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013


Pada 8, 9 dan 10 Mac 2013, telah dijalankan program tamrin nuqaba peringkat asrama SMKA Sultan Muhammad Melaka yang dianjurkan oleh BAdan Dakwah dan Kerohanian(BADAR) dan juga SPUS. Kem ini adalah lanjutan daripada kursus yang pernah diadakanb sebelum ini pada tahun ini.

Program ini telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Lanchang Melaka ini telah disertai oleh para naqib yang telah dilantik oleh pihak pengurusan BADAR di bawah Lujnah Usrah. Secara keseluruhannya, Ketua Koordinator bagi program ini adalah saudara Muhamamd Zaid bin Hj. Roslan manakala ketua fasilitator adalah saudara Muhamamd Syazwan bin Mokhtar dan juga saudara Ahmad Nur Amsyar bin Azman sebagai ketua Urusetia.

Hari Pertama -8 Mac 2013
Para nuqaba telah tiba di Kem Lanchang Melaka pada jam 4.00 petang. seterusnya para pelajar diberikan  taklimat program oleh Jurulatih di situ. seterusnya para pelajar telah diberikan kumpulan masing-masing dan seterusnya para pelajar telah bergerak untuk mendirikan khemah masing-masing dan juga menguruskan keperluan masing-masing.
Seterusnya para pelajar telah melakukan solat asar secara berjamaah di surau. Pada jam 6.30 petang, para pelajar telah segera mandi dan membersihkan badan dan seterusnya solat maghrib. Slot pertama dimulakan dengan aktiviti tazkirah maghrib oleh saudara Muhammad Hasif bin Md Kamar selaku Naib Presiden BADAR dan juga mewakili rumah biru. Namun begitu, semasa program pertama sedang dijalankan para pelajar telah dikejutkan dengan hujan lebat yang mula mencurah-curah tanpa henti. Para pelajar tingkatan 6 telah membantu para urusetia untuk mengalihkan barang-barang para naqib ke tempat yang lebih selamat

"Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 tersebut"

Seterusnya, para pelajar telah bergerak untuk aktiviti pertama iaitu "Tidak Kenal Maka Taaruf". Para fasilitator telah memperkenalkan diri masing-masing dalam slot ini dimana para fasilitator dan juga urusetia adalah terdiri daripada bekas -bekas pelajar SMKA Sultan Muhamamd sendiri. 

Aktiviti seterusnya adalah "Modul Usrah 1" dan juga "Modul Usrah 2 " di mana para nuqaba telah didedahkan dengan kaedah-kaedah usrah serta kepentingannya dan juga kepentingan untuk memahami setiap ahli usrah anda. Seterusnya para nuqaba juga telah didedahkan dengan Latihan Dalam Kumpulan  (LDK)yang telah diketuai oleh fasilitator masing-masing. 

Tidak dilupakan juga pada malam tersebut, Pengetua SMKA Sultan Muhammad, Tn.Hj. Muhd Hairi bin Tamam telah turit sama hadir bagi meberikan semangat kepada para nuqaba dari SMKASM ini mengenai kepentingan mereka terhadap usrah dan juga kerohanian setiap pelajar. Di samping itu, tuan pengetua juga turut merasmikan pembukaan program tersebut.

Program akhir adalah para nuqaba telah membaca bersama-sama surah Al-Mulk dan kemudiannya para pelajar dibenarkan untuk mengemaskan barang masing-masing dan juga tidur. Namun begitu, para nuqaba akan diberikan tugas untuk sentri malam secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh urusetia .