09 Mac 2013

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama-Hari Terakhir


Bagi mengelakkan keletihan yang teramat  kepada para nuqaba, mereka semua telah dikejutkan untuk solat subuh dan dibenarkan untuk berehat semual dan seterusnya bersarapan pada jam 7.00 pagi. Setelah bersarapan, para nuqaba telah diberikan masa yang agak panjang untuk bersiap bagi aktiviti pada pagi tersebut. Kesemua nuqaba telah berkumpul semula di dewan pada jam 8.00 pagi. Aktiviti pertama hari tersebut adalah para nuqaba perlu meyelesaikan masalah yang diberikan iaitu mereka semua perlu membuat sebuah bulatan besar sambil berpegang tangan. Dalam tempoh setangah minit iaitu 30 saat, mereka perlu memastikan bahawa bulatan tadi sudah terbalik tanpa tangan  mereka terlepas antara satu sama lain. Ahamdulillah, mengikut masa yang telah ditetapkan mereka telah berjaya melakukannya.


Aktiviti bersambung dengan permainan Belon sentiasa diatas. Dengan menggunakan belon yang telah diberikan, 3 orang wakil daripada kumpulan masing-masing akan memastikan bahawa belon tidak jatuh ke tanah tanpa menggunakan anggota badan. Akhirnya, hanya dua pasukan sahaja yang kekal ke pusingan akhir iaitu kumpulan 7 dari rumah merah dan juga rumah hijau. Rentetan daripada aktiviti tersebut, para nuqaba telah beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Dengan peruaturan yang lebih mencabar, para nuqaba perlu meletakkan belon di hadapan dan belon perlu bergerak ke belakang dengan hanya menggunakan bahagian leher dan ke atas. Aktivit ini sangat menyeronokkan dan begitu mencabar  minda setiap peserta.


Seterusnya pula adalah LDK “Spider Web” dimana para nuqaba telah diberikan segulung tali rafia. Dengan menggunakan tali tersebut, setiap kumpulan perlu memastikan sebuah sarang labah-labah yang cantik akan terbina. Namun begitu, hanya beberapa kumpulan sahaja yang berjaya menyiapkannya. Seterusnya, secara mengejut para fasilitator telah mengarahkan sebuah belon diletakkan di dalam sarang labah-labah tersebut dan dibawa ke tengah padang . Daripada beberapa kumpulan berjaya membuat sarang labah-labah tersebut, hanya ada 6 kumpulan yang telah berjaya membawa belon tersebut dengan selamat.


Seterusnya adalah Majlis Penutup yang berlangsung pada jam 12.00 tengahari yang telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Abd Hamid bin Ashari. Disamping itu, diumumkan juga pasukan rumah sukan yang mengungguli  aktiviti Tamrin Nuqaba ini dengan mata yang tertinggi iaitu Rumah Merah sebagai juara keseluruhan.


“TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA RUMAH MERAH SEBAGAI PASUKAN TERBAIK”

:)



Selesai sahaja Majlis Penutup program Tamrin Nuqaba peringkat sekolah SMKA Sultan Muhammad, maka para pelajar bersama-sama makan tengahari dan seterusnya bergerak menaiki bas untuk pulang ke sekolah.


Diharapkan program yang telah dijalankan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan nuqaba yang bersedia dan juga unggul kepada kumpulan usrah masing-masing di samping dapat membentuk mereka ke arah manusia yang berwawasan.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...