01 Mei 2022

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN

 

1.0 PENDAHULUAN

 

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

 

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini bakal  diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

 

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektifobjektif yang di rancang. 

 

2.0 MATLAMAT

 

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini dijalankan adalah untuk:

 

2         .1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..

 

2.2   Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan insan yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

 

2.3   Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu.

 

3.0 OBJEKTIF

 

3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

 

3.2 Melahirkan individu yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

 

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

 

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

 

3.5 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

 

3.6 Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

Sehubungan dengan itu,pelbagai program telah diaturkan oleh pihak BADAR SMKASM untuk memeriahkan lagi ibadah pada bulan ramadan ini,antaranya:

1.PERTANDINGAN TAKBIR RAYA DAN KAD RAYA
2.MAJLIS IFTAR JAMAIE
3.TADARUS AL-QURAN
4.MAJLIS KHATAM AL-QURAN
5.SOLAT TERAWIH BERJEMAAH
6.BADAR KUBRO
7.TAZKIRAH RAMADAN
8.SUMBANGAN DAN INFAQ RAMADAN
9.QIAMULAIL PERDANA

Ramadan tahun ini juga diserikan dengan pelbagai program harian yang telah ditetapkan oleh pihak BADAR,secara rumusannya,Ramadan pada tahun ini telah memberikan seribu satu makna yang mendalam terhadap sanubari setiap para pelajar.Setiap program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya,Diharapkan kita semua dapat mengambil ibrah dan pengajaran daripada pengisian yang telah diaturkan agar menjadi hamba allah yang syumul ibadahnya.


GAMBAR SEPANJANG RAMADAN:



MAJLIS KHATAM AL-QURAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

SOLAT TERAWIH BERJEMAAH

SOLAT TERAWIH BERJEMAAH

SOLAT TERAWIH BERJEMAAH


PENTAZKIRAH RAMADAN

MAJLIS MAULID


MAJLIS KHATAM AL-QURAN (BADAR HELWA)









QIAMULAIL PERDANA






BADAR KUBRO


MAJLIS IFTAR/BERBUKA PUASA



TADARUS AL-QURAN


TADARUS AL-QURAN



Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...