22 April 2011

Skuad NKI as-Sultan tiba di SMKA Durian Guling

Ust Zaaba bersama guru-guru pengiring
Skuad NKI menjamu selera minum petang
Setelah penat duduk di dalam bas Skuad NKI berhenti berehat minum air petang di kedai keropok lekor Kg Kelulut, Marang. Guru pengiring beruntung di belanja Ustaz Zaaba air nyira (tuak) dan keropok goreng. Sedap balik kena singgah utk oleh-oleh.
Peserta mendafatar setelah mendengar taklimat program
Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah kami tiba di SMKADG lebih kurang jam 5.00 ptg. Setelah selesai menurunkan barang-barang kami terus diminta menghadiri sesi taklimat program. Selesai sesi taklimat daripada Kem Komandan dan Ketua Unit Dakwah Negeri Terengganu barulah kami mendaftar dan dibawa ke tempat penginapan masing-masing. Program selajutnya barsambung selepas maghrib.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah...semoga mndapat manfaat selepas melalui program NKI...selepas ini,datanglah melawat SMKA Durian Guling lagi..kami alu-alukan kedatangan anda...

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...