01 April 2022

MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADAN DAN PENUTUP ORIENTASI TINGKATAN 1 2022/1443 HIJRAH

 MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADAN DAN PENUTUP ORIENTASI TINGKATAN 1 2022/1443 HIJRAH


 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ

 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Penghulu segala Rasul, pembawa rahmat sekalian alam.

3. Sebagaimana kita maklum bulan Ramadhan adalah satu bulan yang mulia lagi barakah, bulan utama dari bulan – bulan yang lain di mana. “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan yang lain”. Ini jelas dari sabda Rasulullah SAW maksudnya :Dialah (bulan Ramadhan) bulan kesabaran danpengajaran. Ganjaran kesabaran ialah Syurga. Di awal Ramadhan disediakan kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan diakhirnya dibebaskan dari api neraka

. 4. Ramadhan yang datang kepada kita setahun sekali membawa berbagai - bagai keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya para muslimin, muslimat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. akan berasa sangat gembira dengan kedatangan bulan yang mulia lagi berakah ini.

 5. Ini kerana pada bulan ini, umat islam berpeluang untuk melaksanakan berbagai- bagai amal ibadat yang sunat dan fardhu dengan menghayati semaksima mungkin bagi mengumpulkan pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Hadirin hadirat sekalian,

6.Sehubungan dengan itu,pelbagai pengisian dan program telah dirancang oleh Jawatankuasa pengelola antaranya program solat terawih secara berjemaah,program tadarus al-quran,program solat dhuha,program sumbangan khairul husna dan pelbagai pertandingan yang telah disediakan.

7. Oleh itu, marilah sama - sama kita meletakan ramadhan ini sebagai medan yang terbaik untuk memperhambakan diri dengan sebaik - sebaiknya. Jadikan ramadhan pada kali ini ramadhan yang sangat berkualiti dari yang sebelumnya agar kita mencapai tahap “Mardhatillah”.

8. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedekah, qiyamullail dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihan kita sia -siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

9. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua jawatankuasa yang akan menjayakan setiap aktiviti Ramadhan. Terima kasih juga kepada Pihak BADAR  yang yang menjadi nadi kepada setiap program sepanjang ramadhan dan sentiasa memberi komitmen yang terbaik bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

10. Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama pantun ini ,semoga ramadhan ini dapat meningkatkan iman kita.

 


UCAPAN PERASMIAN DARIPADA PUAN HAJAH ZAITUN BINTI ISMAIL




PERSEMBAHAN SELAWAT DAN QASIDAH DARIPADA AHMAD FARID SAFWAN BIN AHMAD SANUSI





TAKLIMAT PROGRAM SEPANJANG RAMADAN





MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...