21 Mei 2009

Demam Peperiksaan di SMKASM

Hari ini bermula peperiksaan untuk penilaian pertengahan tahun. Suasana mengulangkaji pembelajaran dapat dirasai. Demam peperiksaan ini lebih di rasai bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Kemampuan mereka diuji melalui kertas yang dibekalkan oleh JPN Melaka. Ini bermakna keputusan mereka diukur setara dengan seluruh pelajar di Negeri Melaka. Harap-harap mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang disamping menjaga status as-Sultan di peringkat negeri.
Bagi putera-putera as-Sultan yang lain jangan pula menjawab dengan sambil lewa. Anggaplah ini sebagai kayu pengukur sejauh mana penguasaan kita terhadap ilmu pengetahuan yang telah kita timba sejak awal tahun ini. Siapa yang berusaha pasti mereka akan mengecap apa yang mereka usahakan insya Allah taala. Buat putera-putera as-Sultan buatlah sehabis baik, all the beast.


Ujian yang datang mematangkan kita dan mengjar kita untuk lebih memahami erti kehidupan. Yang terlebih utama iman di dada, terus beramal dan ikhlas di dalam berjuang. Balasan dan hasil yang paling bermakna datang dari Allah yang Maha Kaya..... Renungan buat pejuang-pejuang agama.

20 Mei 2009

Kerisauan Yang Menyelesaikan Kekusutan


Daripada Abdullah bin Masud r.a (beliau) telah berkata : “Aku telah mendengar nabimu bersabda : Barang siapa yang menjadikan kerisauannya pada kerisauan yang satu, (iaitu) kerisauan (kehidupan) akhiratnya Allah akan mencukupkan kerisauan dunianya. Barang siapa yang kerisauannya dipenuhi dengan (kerisauan tentang) hal-hal kedunian, Allah s.w.t tidak akan menghiraukannya walaupun dia bagaimana keadaannya ia dalam kebinasaan."
(Sunan Ibnu Majah)
Melihat gelagat manusia kekadang kita merasa hairan mereka ercari formula bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang sering mereka hadapi. Rupa-rupanya penyelesaian bagi masalah yang mereka hadapi itu ada di dalam diri mereka sendiri. Rupa-rupanya masalah itu datang dari dalam diri mereka, tatkala mereka berpaling daripada objektif hidup mereka. Kehidupan dunia yang menjadi persinggahan ini disalah ertikan sebagai tempat tujuan dan dijadikankan sebagai matlamat hidup sebenar hidupnya sedangkan hakikatnya hanya sekadar tempat berteduh sementara pintu khirat terbuka untuknya.

Kerisauan mereka terhadap kehidupan dunia ini menjadikan manusia bermati-matian mengejar nama, pangkat, harta dan kedudukan sehingga sanggup menginjak injak saudara sendiri dan meniti di atas perit jerih orang lain untuk menempa namanya agar dilihat dan dipuja. Apabila kezaliman telah berleluasa maka timbullah masalah-masalah yang akhirnya menghantui kehidupannya.

Kerisauan yang sebenar yang perlu ada pada diri kita hanyalah kerisauan yang satu iaitu kerisauan tentang kehidupan kita di akhirat, negeri yang kekal abadi. Kerisauan yang sebegini yang akan menjernihkan hati dan mampu menumbuhkan benih-benih mahmudah (sifat-sifat murni) yang akhirnya akan terpancar daripadanya keimanan dan amal-amal kebaikan.

Kekacauan disekeliling kita adalah lahir dari hati kita yang terlalu mengejar ganjaran dunia tanpa kita menghiraukan dan mementingkan aspek-aspek keimanan dan amalan. Benarlah apa yang telah disabdakan...... Islam can solve the problem.







19 Mei 2009

Qanaah Ubat Hati Yang Memberontak

Qanaah sifat mulia sering menjadi perbualan bagi para penuntut kesejahteraan jiwa.Qanaah ialah rasa dapat berpada dengan apa harta atau kehidupan yang ada pada mereka, sifat ini dapat di rasa oleh mereka yang berhati suci. Adapun mereka yang hatinya penuh dengan penyakit-penyakit jiwa jauh sekali daripada dapat mengecap rasa sifat seumpama itu. Oleh itu jauhlah bezanya hati kita yang bersifat tamak kepada keduniaan ini dengan hati orang yang bernafsu mutmainnah (tenang). Dengan hal demikian maka Qanaah bukanlah suatu sifat yang dapat di tiru-tiru oleh sebarang orang kerana ia datang daripada pohon hati yang bersih dan suci. Dan yang hati suci umpama ini memanglah memandang kehidupan dunia ini sebagai perkara biasa sahaja. Oleh sebab itu mereka tiada berasa susah, tidak sebagai mana hati kotor yang bersifat tamak. Demikianlah pula Qanaah suatu sifat budi yang mulia dan sangat berharga. Kepada orang Qanaah bukanlah bererti terhalang kepada mencari harta benda tetapi mereka pun mencari harta tiada kerana lain melainkan untuk memenuhi kehendak kebajikan dan keredhaan Allah, berlainan dengan kehendak kita untuk memenuhi kehendak-kehendak kepuasan nafsu. Ketandusan seumpama sifat ini di dalam hati-hati kita akan melahirkan suatu ketidak puasan atas setiap kurnian Tuhan. Hal seumpama ini yang akhirnya akan mewujudkan persengketaan dan permusuhan serta pemberontakan. Letusan ketidak puasan hati, ledakan pemberontakan yang berlaku di dalam hati seorang insan yang diterjemahkan di dalam perbuatan dan tingkah laku mereka.
Kebersihan jiwalah ubatnya. Usaha kearah itu perlu dibuat untuk membendung penyakit-penyakit yang sedang menular. Selagi tiada siraman nur kalam-kalam suci dan amalan-amalan rohani pada jiwa-jiwa ini selagi itulah kita akan berhadapan dengan ancaman pemberontakan manusia-manusia berpenyakit hati.
Guru diiringi untuk masuk ke Dewan SMKASM
Persembahan pelajar-pelajar persembahan yang menghiburkan.
Guru-guru terhibur menonton persembahan pelajar.
18 Mei 2009, Isnin. SMKA Sultan Muhammad dierikan dengan sambutan hari guru yang dianjurkan oleh Badan Pengawas SMKASM. Pengarahnya Saudara Mursyid Junaidi. Alhamdulillah segala berjalan dengan lancer. Dimulakan dengan perhimpunan pelajar pada waktu pagi. Dengan bertemakan Kesultanan Melayu Melaka, masing-masing memakai pakaian baju melayu berseluar sleek dan berselimpang kain sarung mirip seperti rakyat jelata Kesultanan Melayu dahulu kala.

Jam 8.00 pagi semua warga SMKA SM berhimpun di padang sekolah untuk meneruskan acara sukanika yang dirancangkan. Ada 10 kaunter disediakan dan di setiap kaunter sediakan sejenis permainan. Antaranya baling selipar, boling buah kelapa, masukkan bola dalam keranjang, sepak bola ke dalam gol kecil, menyusun puzzel, permainan bahasa dan radio rosak. Semua permain-perminan itu menguji kesepakatan dan kerjasama anggota setiap pasukan. Setelah itu acara diteruskan dengan permainan bola sepak persahabatan.


Selepas rehat program disambung dengan acara dewan. Acara dimualakan dengan kemasukan warga yang diraikan iaitu guru-guru ke dalam dewan bersama pengiring masing-masing setelah itu disusuli dengan kemasukan Sultan Melaka. Sorak sorai penonton menggamatkan suasana dewan. Persembahan demi persembahan ditontonkan oleh setiap pelajar mengikut tingkatan masing-masing untuk menghiburkan para penonton yang hadir. Setelah 2 jam berlalu program yang meriah itu diakhiri dengan pemotongan pulut kuning oleh Tn Pengetua bersama guru-guru. Majlis seterusnya ditangguhkan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan jamuan.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ia mampu menjadi mangkin penghubung kasih antara pelajar dan guru.



07 Mei 2009

Tidakkah kita fikirkan!

Agama Islam adalah agama yang menghubungkan manusia dengan penciptanya dan ciptaan-ciptaannya. Salah satu tanda-tanda kebesaran Allah adalah alam ini. Menerusi ilmu-ilmu yang ada maka akan terungkaplah rahsia kejadian dan keagungan penciptanya. Ilmu falak merupakan cabang daripada cabang-cabang ilmu itu.
Manusia tela dikurniakan akal untuk berfikir, walaubagaimanapun menurut kajian sebijak-bijak manusia dia hanya menggunakan 11% daripada otak yang dikurniakan itu. Keadaan akal dan jasmani berbeza jasmani yang digerakkan, semakin banyak digunakan semakin penat dan letih, tetapi minda yang digunakan semakin ia digunakan semakin hebat dan kuat minda tersebut.
Manusia septutnya berada dalam keadaan senantisa mengingat Allah s.w.t ini dibuktikan dengan ayat 190 dan 191 surah Ali Imran.

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Di dalam ayat ini menurut Rasulullah celakalah mereka yang membaca ayat-ayat ini tetapi tidak mengambil pengajaran daripada ayat-ayat tersebut.

Samada kita sedar atau tidak kita senantiasa diingatkan dengan pencipta kita dengan kehadiran ciptaan-ciptaanNya di sekeliling kita. Bagi yang berfikir akan hadir di hatinya kehebatan ciptaan Allah pada udara yang bergerak, pada matahari yang bersinar tanpa henti, bumi yang berputar yang putarannya hamper 30 km sesaat tanpa penat, siang dan malam yang silih berganti yang pergantian keduanya memberi pengharapan kepada hidup seorang insan. Tidakkah kita fikirkan! Amat lemah pemikiran manusia untuk menghutung segala ciptaan Tuhannya.

Untuk apa kita di sini? Kemana kita akan pergi? Apa yang sepatutnya kita lakukan dan apa perlu kita cari?

Jawapannya semua terkandung didalam kitab suci (Al-Quran) dan Sunnah Nabawi. Ambillah kedua-duanya sebagai panduan dan hasinya janji Allah anda tidak akan sesat selama-lamanya walau di mana kita berada.

05 Mei 2009

Jika Anda Tidak Malu Buatlah Sekehendak Hatimu


DOSA MENGHILANGKAN SIFAT MALU

Maksiat yang kita lakukan akan menghilangkan sifat malu pada diri kita sedangkan sifat malu adalah antara unsur yang menghidupkan hati dan punca segala kebaikan. Kita boleh katakan hilangnya sifat malu ini bererti lenyapnya segala kebaikan. Rasulullah s.a.w menyatakan perkara ini :
اَلْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلَّهُ
“Sifat malu itu asas segala kebaikan”
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
Juga Nabi telah bersabda: “Malu itu tidak hadir kecuali untuk kebaikan”
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ
Baginda bersabda lagi: “sesungguhnya daripada apa yang telah diperolehi oleh manusia dari kata-kata kenabian yang pertama (terdahulu), “jika engkau tidak malu lakukanlah sesuatu sekehendak hatimu.” (sunan Abi Daud)
Hadis-hadis di atas memberikan dua pengertian, pertama ia mengandungi ancaman siksa daripada Allah. Iaitu sesiapa yang tidak mempunyai sifat malu akan melakukan apa sahaja perbuatan keji sedangkan antara sifat yang mampu menegah seseorang daripada terjebak ke dalam melakukan maksiat adalah sifat malu.
Kedua, mana-mana perbutan baik yang dituntut kita lakukan janganlah kita malu untuk melakukan, contohnya belajar, sedangkan perbutan yang maksiat sepatutnya kita malu melaksanakan perlulah kita tinggalkan.
Kesimpulannya dosa dan maksiat akan melemahkan sifat malu pada diri seseorang bahkan mampu membinasakan sifat itu secara mutlak. Lebih dahsyat lagi apabila sifat ini telah binasa, maka tidak bermanfaat lagilah teguran walaupun teguran itu datang dari sumber yang hak (benar). Segala teguran akan menjadi sia-sia. Pada tahap ini tiada lagi kebaikan yang boleh diharapkan daripada peribadi seumpama ini.

04 Mei 2009

Kejayaanku atau Kejayaan Kita


Apabila merenung hadis Rasulullah s.a.w iaitu mafhumnya:
"tidak bersyukur seseorang kepada Allah mereka yang tidak berterima kasih kepada manusia"
seakan bermain-main di minda tentang pentingnya melakukan sesuatu yang besar dengan bersatu hati dan berganding bahu. Rasanya orang yang mendabik dada menyatakan ini adalah kejayaan aku adalah orang yang tidak sadar bahawa hakikat sebenarnya kejayaan itu adalah hasil saham orang yang disekelilingnya.

Yelah bukankah kejayaan pelajar itu hadil dari didikan gurunya. Bukankah kejayaan itu hasil doa kedua orang tuanya. Bukankah kejayaan itu hasil bantuan teman-temannya, yang mendorongnya untuk berjaya. Bukankah kejayaan itu ketentuan Allah yang Maha Esa. Tapi bagi orang yang gelap mata, buta hati pendek pandangan pasti dia dengan sombong menyatakan ini adalah usaha saya seorang.

Kadang-kadang rasa hairan juga bagaimana cara golongan ini berfikir sesolah-olah dia berada di alam ini tanpa perantaran sesiapa. Sedangkan sejak awal lagi dia di belai dan dibela oleh kedua ibu bapanya, dimanja dan dididik oleh guru-guru dan orang disekelilingnya. Tapi dia melakukan sesuatu semahunya. Yang dihujjahkan "kubur aku aku punya, kubur engkau engkau lah yang punya". Ungkapan yang sakit didengar telinga tetapi jelas menunjukkan kedangkalan orang yang mengucapkannya.

Harap-harap kita tidak tergolong dari golongan orang yang mendabik dada sedang orang lain mentertawakan kita.

01 Mei 2009

Berita as-Sultan


Minggu ini seperti minggu-minggu yang sudah SMKASM sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti dalaman dan luaran. Pada hujung minggu lepas seramai 34 orang pelajar dan beberapa orang guru ah pergi ke Tapak Aktiviti Kokurikulum Lambaian Danau, Chincin untuk menyertai Mukhayyam Akbar 2009 peringkat Negeri Melaka. Beberapa aktiviti-aktiviti akademik juga turut dijalankan pada minggu ini seperti program teknik menjawab tingkatan 3 dan kelas tambahan.
Pada 1 Mei 2009 seramai hampir 20 orang pelajar dan beberapa orang guru pula akan pergi berkhemah di Pahang. Pada 3 Mei 2009 pasukan nasyid Shoutul Azim pula akan menyertai Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan di Melaka Mall. Tahniah buat semua yang gigih menaikkan nama sekolah. Harap-harap semua warga SMKASM dapat sama-sama mendoakan kejayaan setiap aktiviti yang dijalankan. Para pentadbir, guru-guru luang-luangkanlah masa anda. Sokongan anda merupakan hadiah yang tidak ternilai.

Hidup Menabur Manfaat


Apabila kita mula melangkah kesesuatu tempat kita perlu memasang niat, apakah tujuan kita berada di situ. Kerana kebiasaannya begitulah manusia tingkah lakunya adalah gambaran cermin hatinya dan sudah pasti niat adalah puncanya.

Teringat saya kepada mafhum sebuah hadis "sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain". Walau di mana kita berada atau posisi apa pun yang kita pegang atau jawatan apa pun yang kita sandang kita masih hamba Tuhan. Kita harus berperanan dan sentiasa memberi khidmat dan menabur manfaat kepada yang lain. Roh seumpama ini yang sepatutnya ada dalam diri kita. Senantiasa merasa senang dan tenang untuk menghulurkan bantuan dan berasa sempit dan gelisah kerana tidak menyumbang.

Di zaman kebanjiran fahaman madiah (fikir kebendaan) bermaharaja lela roh (semangat ) ini kian terhakis dan pudar. Marilah kita suburkan kembali agar kesan dari penamalannya mampu merubah susana madiah menjadi suasana sakinah (ketenangan). Salam perjuangan.