05 Mei 2009

Jika Anda Tidak Malu Buatlah Sekehendak Hatimu


DOSA MENGHILANGKAN SIFAT MALU

Maksiat yang kita lakukan akan menghilangkan sifat malu pada diri kita sedangkan sifat malu adalah antara unsur yang menghidupkan hati dan punca segala kebaikan. Kita boleh katakan hilangnya sifat malu ini bererti lenyapnya segala kebaikan. Rasulullah s.a.w menyatakan perkara ini :
اَلْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلَّهُ
“Sifat malu itu asas segala kebaikan”
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
Juga Nabi telah bersabda: “Malu itu tidak hadir kecuali untuk kebaikan”
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ
Baginda bersabda lagi: “sesungguhnya daripada apa yang telah diperolehi oleh manusia dari kata-kata kenabian yang pertama (terdahulu), “jika engkau tidak malu lakukanlah sesuatu sekehendak hatimu.” (sunan Abi Daud)
Hadis-hadis di atas memberikan dua pengertian, pertama ia mengandungi ancaman siksa daripada Allah. Iaitu sesiapa yang tidak mempunyai sifat malu akan melakukan apa sahaja perbuatan keji sedangkan antara sifat yang mampu menegah seseorang daripada terjebak ke dalam melakukan maksiat adalah sifat malu.
Kedua, mana-mana perbutan baik yang dituntut kita lakukan janganlah kita malu untuk melakukan, contohnya belajar, sedangkan perbutan yang maksiat sepatutnya kita malu melaksanakan perlulah kita tinggalkan.
Kesimpulannya dosa dan maksiat akan melemahkan sifat malu pada diri seseorang bahkan mampu membinasakan sifat itu secara mutlak. Lebih dahsyat lagi apabila sifat ini telah binasa, maka tidak bermanfaat lagilah teguran walaupun teguran itu datang dari sumber yang hak (benar). Segala teguran akan menjadi sia-sia. Pada tahap ini tiada lagi kebaikan yang boleh diharapkan daripada peribadi seumpama ini.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...