19 Mei 2009

Qanaah Ubat Hati Yang Memberontak

Qanaah sifat mulia sering menjadi perbualan bagi para penuntut kesejahteraan jiwa.Qanaah ialah rasa dapat berpada dengan apa harta atau kehidupan yang ada pada mereka, sifat ini dapat di rasa oleh mereka yang berhati suci. Adapun mereka yang hatinya penuh dengan penyakit-penyakit jiwa jauh sekali daripada dapat mengecap rasa sifat seumpama itu. Oleh itu jauhlah bezanya hati kita yang bersifat tamak kepada keduniaan ini dengan hati orang yang bernafsu mutmainnah (tenang). Dengan hal demikian maka Qanaah bukanlah suatu sifat yang dapat di tiru-tiru oleh sebarang orang kerana ia datang daripada pohon hati yang bersih dan suci. Dan yang hati suci umpama ini memanglah memandang kehidupan dunia ini sebagai perkara biasa sahaja. Oleh sebab itu mereka tiada berasa susah, tidak sebagai mana hati kotor yang bersifat tamak. Demikianlah pula Qanaah suatu sifat budi yang mulia dan sangat berharga. Kepada orang Qanaah bukanlah bererti terhalang kepada mencari harta benda tetapi mereka pun mencari harta tiada kerana lain melainkan untuk memenuhi kehendak kebajikan dan keredhaan Allah, berlainan dengan kehendak kita untuk memenuhi kehendak-kehendak kepuasan nafsu. Ketandusan seumpama sifat ini di dalam hati-hati kita akan melahirkan suatu ketidak puasan atas setiap kurnian Tuhan. Hal seumpama ini yang akhirnya akan mewujudkan persengketaan dan permusuhan serta pemberontakan. Letusan ketidak puasan hati, ledakan pemberontakan yang berlaku di dalam hati seorang insan yang diterjemahkan di dalam perbuatan dan tingkah laku mereka.
Kebersihan jiwalah ubatnya. Usaha kearah itu perlu dibuat untuk membendung penyakit-penyakit yang sedang menular. Selagi tiada siraman nur kalam-kalam suci dan amalan-amalan rohani pada jiwa-jiwa ini selagi itulah kita akan berhadapan dengan ancaman pemberontakan manusia-manusia berpenyakit hati.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...