Memaparkan catatan dengan label SUMUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUMUR. Papar semua catatan

17 Januari 2020

Majlis Pelancaran SUMUR (Berbudi Bahasa)

Alhamdulilah,syukur kepada Allah S.W.T kerana pada 17/1/2020 semua warga sekolah telah bersama-sama dalam majlis Pelancaran Program SUMUR (Berbudi Bahasa) tahun 2020 di Surau Al-Islah.Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi oleh Muhammad Amnan Bin Norsani dan Farhan Aidil Bin Faisal.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan bertemakan berbudi bahasa daripada pelajar Tingkatan 2 Abu Bakar di bawah kelolaan Pn.  Tzarfin Eidura dan Pn. Farah Adlina.Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian daripada pengetua SMKA Sultan Muhammad ,Puan Hajah Hatina Binti Yaakob yang mempunyai perisian seperti sejarah perlaksanaan SUMUR,kaedah perlaksanaan dan nasihat kepada para pelajar.Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran yang diketuai oleh pengetua dan barisan pentadbir serta kepimpinan  Badar.
Diharapara pelajar mendapat mengamalkan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian terutamanya di dalam persekitaran sekolah dan asrama.

10 Mac 2016

Lawatan Penanda Aras Imarah Surau SMK Syeksen 24 Shah Alam

Perjalanan ke SMK Syeksen 24 menaiki van KUDUS SMKA Sultan Muhammad bermula jam 8.00 pg. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Zakaria Ismail HEM SMKASM diiringi bersama Ust Tuba Nihrir dan empat orang guru PAIBA. Objektif lawatan adalah mencari rahsia ramuan kejayaan Musolla cemerlang yang pernah dinobatkan Johan Pertandingan Imarah Surau.

Setelah melihat sendiri hasil yang dipaparkan. Sememangnya tidak dildapat dinafikan di belakangnya jiwa-jiwa yang mempunyai keazaman yang tinggi, dan yang utama seorang pengetua yang berjiwa besar.

Bijak memerhati dan menganalisa setiap kekuatan dan kelemahan dilingkungannya lalu membuat kesimpulan bernas untuk digunakan buat meraih cita-cita bersama setiap warganya.

Bermula dengan niat, maksud dan tujuan, langkah diatur, kerja disusun, tugasan diagih. Setiap warga digembleng. Dengan kepercayaan bahawa setiap dari warganya punya kelebihan lalu dibiarkan mereka merekayasa, berinovasi lalu dibimbing dan dituntun. Lahirlah taman syurga yang harmoni buat seluruh warganya. Setiap warga menghargai hasilnya kerana setiap mereka punya saham dan sumbangan atas apa yang dibina. Katanya betul semuanya bukan dengan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Namun semuanya akan jadi mudah, akan jadi ringan apabila hati telah bersatu dan hati telah rela.

Syabas buat warga SMK Syeksen 24, Shah Alam. Anda semua berjaya membina sebuah warga. Membina sebuah keluarga bahagia.

24 Februari 2014

PEELANCARAN PROGRAM SUMUR 2014

     
     Shahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan program yang dicetuskan untuk mempertingkatkan dan mengukur pencapaian sahsiah pelajar di sekolah, khususnya sekolah-sekolah SMKA dan SABK di seluruh negara.
      Antara program yang dijalankan untuk pemantapan sahsiah pelajar SMKA Sultan Muhammad telah merancang dan melaksanakan pelbagai program sebagai program sokongan bagi memenuhi objektif yang digariskan di dalam SUMUR. Keseimbangan kecemerlangan pelbagai kecerdasan merupakan asas kejayaan setiap individu. Ia perlu dibangunkan secara berperingkat dan berterusan.
     Sewaktu merasmikan majlis ini Tn Ahmad Hamizi bin Abu Hassan menyentuh tentang syukur. Antaranya tahniah buat anak-anak tingkatan 1 kerana dalam ribuan yang memohon hanya 150 orang sahaja yang layak diterima. Harapan ibu bapa menghantar ke SMKA adalah untuk menjamin pendidikan agama anak-anak mereka. Semoga para pelajar yang telah dipilih akan menggunakan peluang yang terbaik ini untuk membina sahsiah unggul seperti yang diharapkan oleh Islam. Antara platformnya adalah Program SUMUR ini.
     Ini merupakan trakmark SMKS dan SABK. Pelajar-pelajar di kedua jenis sekokah ini diharap akan menjadi peneraju kepada yang lain di dalam bidak ini sama ada teori mahupun praktikal. Dengan usia SUMUR di sekolah ini yang sudah menjangkau 4 tahun sudah pastinya program yang dirancang dan dijalankan mampu melahirkan generasi yang diharapkan. Ini selari dengan apa yang dikehentaki oleh Allah s.w.t dan Rasul - Nya. Manusia sebagai makhluk Allah yang terbaik seperti yang dinyatakan di dalam Surah At-Tin. Allah telah menjadikan manusia dengan fizikal yang hebat berbanfing dengan makhluk yang lain. Sebagai pelajar gunakan fizikal yang hebat itu untuk mencapai kecemerlangan. Keduanya Allah menjadikan akal sebagai salah satu unsur kehebatan manusia. Menurut kajian orang yang paling hebat di dalam dunia sekarang ini pun baru menggunakan beberapa pratus daripada akalnya bagaimana kalau ianya digunakan sepenuhnya. Jangan kita gunakan akal yang hebat ini untuk menjana kecemerlangan dalam kehidupan kita. Tidak disia-siakan dan dirosakkan dengan anasir-anasir negatif.
     Seterusnya sebagai makhluk yang hebat Allah telah membekalkan manusia dengan nafsu. Nafsu atau keinginan ini sebenarnya kekuatan buat manusia. Namun kecenderungannya menurut Allah lebih kepada keburukan. Maka ia perlu dikawal dengan baik.
    Kekuatan luaran pula buat kita adalah ilmu. Ini merupakan unsur luaran yang perlu dicari dan diusahakan sehingga kita menjadi seorang yang berilmu. Sama ada dengan membaca atau dengan berguru atau sebagainya. Unsur yang lain pula adalah iman. Seseorang itu Islam namun tiada jaminan dia beriman. Iman atau keyakinan yang jitu ini perlu diusahakan dan dicari melalui cara-cara yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w.
    Dengan menggarapkan setiap kekuatan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ini kita akan lahir sebagai insan yang rabbani  dan bersahsiah unggul. Berbudi bahasa, beragama, berketrampilan dan mempunyai jati diri tinggi menjadi bekalan sebagai pemimpin, murabbi dan mursyid kepada  masyarakat di sekitarnya.
    Harapan Sektor Pendidikan Islam semoga sekolah ini berjaya untuk mencapai objektifnya untuk mencapai band 1 pada masa akan datang.

11 Januari 2013

Ucaptama Majlis Pelancaran SUMUR 2013

Misi SMKA Sultan Muhammad adalah untuk melahirkan khaira ummah selari dengan firman Allah s.w.t. Untuk menjadi yang terbaik kita perlu melalui proses tarbiyah dan sama-sama memperbaiki diri. Penampilan diri selain berpakaian kemas dan ber
adab sopan mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat kepemimpinan yang tinggi agar dapat menjadi uswah serta qudwah kepada yang lain insya Allah.

Majlis Pelancaran SUMUR (Program Penampilan Diri) 2013

Program dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Ustaz Tuba Nihrir bin Hasan sebagai penyelaras besar program SUMUR. Beliau menekankan tentang pentingnya setiap warga memberikan komitmen yang tinggi kepada program usrah yang menjadi tunjang kepada program SUMUR.
Seterusnya program diteruskan dengan penerangan program SUMUR aspek Penampilan Diri oleh penyelarasnya En Lokmanulhakim kaunseling SMKA Sultan Muhammad. BeliU menerangkan secara terperinci mengenai elemen-elemen penting di dalam aspek ini. Antaranya elemen berpakaian, adab sopan dalam berbicara dan pergaulan dan sifat kepemimpinan seseorang.
Akhirnya majlis disempunkan dengan ucapan perasmian program oleh Tn Hj Abd Hamid bin Ashari.

06 November 2012

Mesyuarat Pembentangan Laporan SUMUR & BADAR SMKA dan SABK

Program turun padang BPI dan SPI khususnya unit Dakwah untuk melihat secara terus perjalanan Program SUMUR di setiap sekolah SMKA dan SABK.






MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...