Memaparkan catatan dengan label Mudir SMSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mudir SMSM. Papar semua catatan

18 Februari 2013

Tausyiah Mudir

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina.
Hakikat kehidupan kita. Kita ini adalah milik Allah. Bila-bila masa kita akan dijemput oleh Allah. Pengalaman ustaz menjaga bapa kandung ustaz yang sakit tenat, segala kemahuan dan keperluannya cuba dipenuhi dan ditunaikan. Itulah khidmat yang mampu kita usahakan disaat-saat akhir hayatnya. Setiap kita akan melalui perjalanan ini.
Pesan kepada anak-anak semua pergunakanlah peluang dan masa yang ada untuk berkhidmat kepada mereka serta menggembirakan hati mereka. Berusahalah untuk menggapai redha Allah dengan menggapai redha kedua ibu bapa.
Tahniah buat semua palajar tingkatan 5 serta guru-guru yang terlibat dengan program kecemerlangan, namun diperingatkan agar usaha kecemerlangan akademik tersebut perlu disertakan dengan akhlak dan peribadi yang tinggi. Kejayaan bukan sekadar dengan pencapayai cemerlang di dalam akademik tetapi kejayaan utama adalah berjaya di dalam melaksanakan tuntutan agama, berpribadi  tinggi dan berakhlak mulia.
Pihak guru dan pengurusan sering berfikir bagaimana untuk membina generasi yang cemerlang. Perkara ini jika tidak disusuli dengan kerjasama baik oleh para pelajar pasti tiada gunanya. Sikap dendam, sombong dan angkuh perlu dihapuskan dalam jiwa kita seperti yang diajar oleh Islam. Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik. Semoga perkara yang berlaku akan menjadi iktibar dan tauladan buat kita semua. Berfikirlah sebelum melakukan apa-apa tindakan. Pastikan apa yang kita lakukan membawa kepada kebaikan.
Akhirnya pesanan buat pelajar yang membawa telefon bimbit, membawa telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Semua telefon yang dirampas akan disimpan oleh Tuan Pengetua. Hanya ibu bapa atau penjaga sahaja yang boleh menuntut telefon yang telah dirampas.
Gunakanlah masa yang ada dengan baik khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum tahun ini. Jangan terjerat dengan angan-angan sehingga akhirnya kita tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.

14 Januari 2013

Tausyiah Mudir

       Selepas ucapan tasbih dan syukur para pelajar dinasihatkan agar serius dalam pembelajaran.
       Pelajar-pelajar yang sakit diminta tidak menjadikan alasan sakitnya untuk tidak masuk ke kelas. Pelajar-pelajar luar yang sakit diharap tidak perlu hadir ke sekolah. Memadai ibu bapa masing-masing menghantarnya sendiri untuk mendapatkan rawatan.
        Selain itu para pelajar diingatkan agar komited untuk membudayakan mencatat dan merekod. Untuk itu para pelajar wajib membawa buku catatan dan memcatat setiap maklumat yang disampaikan khususnya di dalam perhimpunan. Tanpa mencatat setiap maklumat yang disampaikan sia-sia. Kemungkinan besar ianya ia tidak akan diambil peduli dan dilupakan begitu sahaja. Penumpuan dalam mendengar apa yang disampaikan merupakan kemahiran penting dalam menyeral ilmu pengetahuan.
         Untuk meningkatkan impak aktiviti P&P di bilik darjah pihak sekolah akan menyediakan borang keberkesanan P&P. Borang ini akan disimpan dan dijadikan bahan bukti. Para guru diminta mengambil tindakan kepada pelajar yang sambil lewa dalam belajar lebih-lebih lagi tidur ketika belajar. Diharap para pelajar dapat membuat perubahan sikap sebagai usaha untuk maju kehadapan agar menjadi golongan yang terus kehadapan dalam semua aspek. Wasallam

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...