Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina.
Hakikat kehidupan kita. Kita ini adalah milik Allah. Bila-bila masa kita akan dijemput oleh Allah. Pengalaman ustaz menjaga bapa kandung ustaz yang sakit tenat, segala kemahuan dan keperluannya cuba dipenuhi dan ditunaikan. Itulah khidmat yang mampu kita usahakan disaat-saat akhir hayatnya. Setiap kita akan melalui perjalanan ini.
Pesan kepada anak-anak semua pergunakanlah peluang dan masa yang ada untuk berkhidmat kepada mereka serta menggembirakan hati mereka. Berusahalah untuk menggapai redha Allah dengan menggapai redha kedua ibu bapa.
Tahniah buat semua palajar tingkatan 5 serta guru-guru yang terlibat dengan program kecemerlangan, namun diperingatkan agar usaha kecemerlangan akademik tersebut perlu disertakan dengan akhlak dan peribadi yang tinggi. Kejayaan bukan sekadar dengan pencapayai cemerlang di dalam akademik tetapi kejayaan utama adalah berjaya di dalam melaksanakan tuntutan agama, berpribadi tinggi dan berakhlak mulia.
Pihak guru dan pengurusan sering berfikir bagaimana untuk membina generasi yang cemerlang. Perkara ini jika tidak disusuli dengan kerjasama baik oleh para pelajar pasti tiada gunanya. Sikap dendam, sombong dan angkuh perlu dihapuskan dalam jiwa kita seperti yang diajar oleh Islam. Segala masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan baik. Semoga perkara yang berlaku akan menjadi iktibar dan tauladan buat kita semua. Berfikirlah sebelum melakukan apa-apa tindakan. Pastikan apa yang kita lakukan membawa kepada kebaikan.
Akhirnya pesanan buat pelajar yang membawa telefon bimbit, membawa telefon bimbit adalah dilarang sama sekali. Semua telefon yang dirampas akan disimpan oleh Tuan Pengetua. Hanya ibu bapa atau penjaga sahaja yang boleh menuntut telefon yang telah dirampas.
Gunakanlah masa yang ada dengan baik khususnya pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum tahun ini. Jangan terjerat dengan angan-angan sehingga akhirnya kita tidak bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang akan menjelang.
18 Februari 2013
Tausyiah Mudir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Ucapan Tn Pengetua Tn Hj Muhd Hairi bin Taman Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sehinggalah dia berusahaengubah dirinya sendiri. ...
-
Jamuan Akhir Tahun Badar Helwa 2013 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 01 November 2013 yang telah dilaksanakan oleh ahli helwa yang...
-
Ust Ahmad Fahim bin Rabani Ceramah sempena Nuzul al-Quran dan Badar Qubra. Seronok berada di SMKA Sultan Muhammad. Walaupun mendapat tawa...
-
Program pemantapan Tahfiz Al-Quran. Beberapa orang pelajar huffaz telah dipanggil untuk diuji hafazan mereka. Setiap pelajar diminta untuk m...
-
Ceramah bulanan oleh al-fadhil Ust. Zamzam. Program bermula pada jam 6.00 ptg di Surau al-Islah. Antara yang disentuh oleh tuan penceramah a...
-
1.0 PENDAHULUAN Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu...
-
Majlis perlantikan dan penyerahan watikah Kepimpinan Pelajar telah disempurnakan oleh Encik Abdul Halim bin Abdul Malek, Pegawai Pendidikan ...
-
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا Sesungg...
-
Tazkirah Jumaat Hari ni tiba giliran al-Fadhil Ust Dahlan Suramin. Beliau menyentuh kronologi pembukaan Kota Yathrib (Madinah). Kota ini me...
-
Jumaat, sebagai tanda keperihatinan, Panitia Bahasa Arab SMKASM telah menjalankan Peperiksaan Pra Percubaan PMR. Ini adalah rentetan daripad...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan