26 Jun 2015

Tazkirah Ramadhan I

     Alhamdulillah bersyukur kepada Allah diatas nikmat yang diberikan. Dengan  nikmat itu kita berpeluang untuk melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi kita berada di dalam bulan yang mulia ini bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan dibukakan padanya rahmat, keampunan dan maghfirah dari Allah.
     Berapa ramai orang yang diuji oleh Allah dengan pelbagai musibah sehingga dia terhalang untuk melaksanakan tuntutan Allah ke atasnya. Puasa atau shoum merupakan satu ibadah yang penuh dengan perkara -perkara yang tersirat. Menyembunyikan hakikat si hamba di hadapan penciptanya. Rahsia antara Allah dan seorang mukmin. Sejauh mana seseorang hamba itu melaksanakan tuntutan puasa tanpa dilihat dan diketahui oleh orang disekelilingnya.
    Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan istiqamah serta ikhlas dalam mengabdikan diri kepada Allah.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

10 April 2015

Majlis Penghayatan Peristiwa Israk wal Mikraj

Bermula jam 7.15 pagi dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah. Bacaan telah dipimpin oleh Saudara Sazwan Md Isa dan Sdr. Umar bin Redzuan. Setelah itu program diteruskan dengan tazkirah penghayatan Israk wal Mikraj.
Antara peristiwa penting yang disampaikan adalah kepentingan menjada solat bagi setiap umat Islam. Setiap manusia dicipta bersama-sama mereka nafsu yang menuntut kepada kerosakan jika tidak dikawal. Allah telah mencipta nafsu dengan sifat yang sukar dikawal. Bersama-sama nafsu, Allah kurniakan akal. Namun akal juga semata-mata tidak mampu mengawal nafsu, bahkan nafsu yang tidak terkawal akan menggunakan akal untuk mencapai kehendaknya. Nafsu perlu dikawal dengan iman dan amal. Ditundukkan dengan banyak berpuasa dan mendekatkan diri kepada Allah. Begitu juga solat yang dapat dilaksanakan dengan sempurna pasti akan mnghalang diri dari melakukan merosakan dan kemungkaran.
Perkukuh keimanan perkemas amalan dan ikhlaskanlah hati... pasti jiwa akan mutmain (tenang) dan kambali kepada Tuhan dengan keadaan salam (selamat)