31 Ogos 2012

MESYUARAT AGUNG SMEXSA DAN JAMUAN HARI RAYA

Assalamualaikum. pada hari sabtu 1 september 2012 jam 9.00 pagi akan diadakan mesyuarat agung smexsa (sultan muhammad ex student association). 9.00 - 9.30 pagi pendaftaran.9.30 - 10.30 pagi mesyuarat.10.30 - 12.30 tgh jamuan hari raya. sesiapa yg ex smkasm dijemput hadir sambil jumpa geng2 lama dan menyumbang sedikit kutipan.semoga diberkati Allah.

15 Ogos 2012

Melazimi Al-Quran

Raid Abu Sya'ban berumur 22 tahun pelajar akaun. Bertugas dengan Pertubuhan Gabungan Pemuda Islam. Sangat gembira dengan pertemuan ini dapat bersama-sama pelajar yang belajar yang belajar Al-Quran dan bahasa Al-Quran.
Rasul adalah Al-Quran yang bergerak. Di bulan Ramadhan kita menjaga Al-Quran di waktu lain juga kita perlu melazimi Al-Quran. Gaza dianggarkan terdapat 20 ribu penghafaz Al-Quran daripada lebih 2 juta penduduk Gaza.
Bahagian Tarbiah menyediakan pusat-pusat menghafaz Al-Quran antaranya Mukayyam Tajul Waqar. Bersempena dengan janji Allah kepada ibu bapa para penghafaz AlQuran. Ahli Gaza senjata yang paling ampuh bagi kita adalah Al-Quran. Sebab kegagalan Israel sehingga kini untuk menguasai Gaza adalah kerana Al-Quran.
Peringkat kedua adalah peringkat melazimi Al-Quran hingga Al-Quran bukan sahaja berada di ingatan tetapi sampai ke hati.
Langkah untuk menghafaz Al-Quran seseorang pelajar menhghafaz sekurang-sekurangnya 1 helai dan 10 helai dalam 6 jam.
Al-Quran perlu dihafaz dengan keikhlasan. Jika kita dapat menghafaz 4 ayat dalam sehari insyalah kita akan menghafaz keseluruhannya dalam masa 5 atau 6 tahun.
Para ikhwan di Gaza berharap agar semua muslim dapat menjaga Al-Quran. Kamu boleh bantu kami dengan melazimi dan menghafaz Al-Quran.
Bermula dan hafazlah Al-Quran pada waktu Suboh. Pergunakanlah masa untuk melazimi Al-Quran.
Orang-orang yang menjaga Allah, Allah akan menjaganya. Golongan yang akan membebaskan Aqso adalah generasi Al-Quran.

Published with Blogger-droid v2.0.6

14 Ogos 2012

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan 2012/1433

Majlis Penutup Ihya'Ramadhan Perdana 2012/1433.
Bermula seawal jam 5.00 ptg dengan solat Asar berjemaah, bacaan selawat & qasidah dan majlis kahatam Al-Quran.
Program diteruskan dengan ucaptama perasmian penutup Program Ihya' Ramadhan. Tahniah buat semua pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis yang gilang gemilang ini. Berkat usaha dan kerjasama program dapat dijalankan dengan baik. Tidak dilupakan juga kepada pihak PIBG kerana memberi sokongan yang padu dalam menjayakan setiap program yang dirancang oleh pihak sekolah.
Esok insyalah kita akan didatangi oleh wakil daripada Gaza. Insyalah kita akan mula bercuti pada hari Khamis 16 Ogos 2012. Pesanan kepada semua pelajar agar meneruskan momentum program Ihya' di sekolah agar diteruskan dirumah masing-masing sehingga menjelang hari raya.
Buat pelajar-pelajar STPM,SPM & PMR agar bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan umum yang bakal tiba.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sekitar Majlis Perlantikan Pengawas

14/08/2012 SMKA Sultan Muhammad hari ni mengadakan Mahlis Perlantikan Pengawas Sesi '11-'12.
Majlis bermula seawal jam 8.00 pg. Semua pelajar kecuali pelajar kelas-kelas peperiksaan berhimpun di Dewan Ibnu Battutah bersama-sama meraikan majlis ini.
Setelah nyanyian lagu patriotik dan ucapan alu-aluan majlis diteruskan dengan mendengar ucaptama daripada Tun Hj Muhd Hairi bin Tamam. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih buat barisan kepimpinan pelajar yang lalu kerana telah dengan jayanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Selain itu beliau menharapkan agar barisan kepimpinan yang dilantik untuk menerajui kepimpinan pelajar sesi akan datang akan meneruskan agenda yang telah disepakati untuk menjulang kecemerlangan SMKA Sultan Muhammad pada masa akan datang.
Setelah penyampaian sijil penghargaan dan watikah perlantikan majlis bersurau pada  9.30 pg.

Published with Blogger-droid v2.0.6

07 Ogos 2012

Taqarrub Ramadhan

Taqarrub Ramadhan anjuran Unit HEM Jabatan Pelajaran Melaka. Bermula jam 6.15 ptg dengan bacaan Maulid dan Qasyidah al-Madaih an-Nabawiyah. 6.45 Tetamu hadir dan disambung dengan majlis Tahlil dan doa selamat. 7.00 ptg Tazkirah ringkas daripada Ust Nor Hisyam bin Miswan.
Antara yang disentuh berkaitan peraediaan kita di pusingan kedua di bulan Ramadhan. Kerinduan menghadapi Ramadhan perlu dipupuk 
dan disuburkan dalam diri kita. Bulan dilimpahi dengan barakah dan nikmat. Ganjaran dilipat gandakan. Selain itu kita perlu bermuhasabah sejauhmana cinta kita pada Rasulullah. Sejauh mana kita menghayati dan mengamalkan Islam sebagau ad-Din. Bagaimana juga kita harus menginsafi hidup ini dengan kehidupan saudara kita di tempat lain. Bagaimana kita harus menjadi seseorang yang menyumbang kepada Islam dan manusia sejagatnya.

MIMBAR MUDIR MADRASAH


MIMBAR MUDIR MADRASAH

Ucapan Tuan Pengetua menjurus kepada memahami sajak Tok Janggut yang disampaikan oleh Sdr. Amsyar Zainal. Perjuangan pelajar-pelajar perlu digandakan. Tarikh ujian percubaan semakin hampir dan sudah dekat. Apa yang diharapkan adalah keputusan yang lebih baik daripada apa yang telah diperolehi pada ujian yang lepas. 
Berhubung dengan tema hari kebangsaan "Janji Ditepati" ini bertepatan dengan sifat seorang mukmin yang berpegang kepada janji. Janji kita untuk menjadikan seluruh kehidupan ini untuk Allah. Ini adalah apa yang sering kita ungkapkan dalam setiap solat kita.
Orang yang ungkapannya berbeza dengan perbuatannya ini orang munafiq. Orang munafiq menghuni di dasar neraka. Semoga Allah menjauhkan diri kita dari azab neraka.

Ust Ahmad Fahim bin Rabani
Ceramah sempena Nuzul al-Quran dan Badar Qubra. Seronok berada di SMKA Sultan Muhammad. Walaupun mendapat tawaran di tempat lain tetapi dia memilih untuk berada di sini selama 7 tahun.
Mari renungi surah Al-Baqarah berkaitan dengan ayat yang menerangkan tetang penurunan Al-Quran. Kandungannya merangkumi keseluruhan kehidupan Tauhid, Syariah, Akhlak, Sirah dan i'jaz ilmi. Ayat al-A'laq 1-5 menyuruh agar kita menuntut ilmu. Musuh utama manusia adalah kejahilan. Maka datang Islam untuk memerangi kejahilan. Manusia perlu menimba ilmu dan berusaha untuk mendapatkan petunjuk Allah dengan menjernihkan hati kita.