01 Mei 2022

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan sebagai penutup kepada segala program yang telah dianjurkan sepanjang bulan Ramadan ini antaranya solat terawih berjemaah,iftar,pertandingan takbir raya,qiamulail dan sebagainya.Tentatif majlis adalah seperti berikut:

1. Bacaan Surah Al-kahfi

2.Ucapan Pengerusi Majlis

3.Ucapan Penutupan  oleh YDP PIBG

4.persembahan Video montaj

5.Persembahan Selawat dan qasidah

6.Penyampaian Sumbangan Ramadan Asnaf,Anak Yatim ,Pertandingan Ramadan 

7.Penyampaian cenderamata kepada imam,bilal dan pentazkirah terawih

8.Penyampaian cenderamata kepada imam dan bilal solat Jumaat sepanjang PKP

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM:


BACAAN SURAH AL-KAHFI
AHMAD ASYRAF BIN AZRA'IE

PERSEMBAHAN QASIDAH DARIPADA LUJNAH MAULID NURUL MUSTHOFA

BARISAN PENTADBIR DAN YDP PIBG

PENGERUSI MAJLIS
ENCIK KAMARULZAMAN

UCAPAN PERASMIAN YDP PIBG
DATUK AMZAH BIN OTHMAN

UCAPAN ALU-ALUAN
TUAN HJ. IBRAHIM BIN MD. NOOR

ANTARA PENERIMA SUMBANGAN IMAM,BILAL,PENTAZKIRAH TERAWIH


PERSEMBAHAN QASIDAH DARIPADA LUJNAH MAULID NURUL MUSTHOFA



AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG RAMADAN

 

1.0 PENDAHULUAN

 

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan.

 

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini bakal  diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

 

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektifobjektif yang di rancang. 

 

2.0 MATLAMAT

 

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini dijalankan adalah untuk:

 

2         .1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..

 

2.2   Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan insan yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

 

2.3   Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu.

 

3.0 OBJEKTIF

 

3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

 

3.2 Melahirkan individu yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

 

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

 

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

 

3.5 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

 

3.6 Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

Sehubungan dengan itu,pelbagai program telah diaturkan oleh pihak BADAR SMKASM untuk memeriahkan lagi ibadah pada bulan ramadan ini,antaranya:

1.PERTANDINGAN TAKBIR RAYA DAN KAD RAYA
2.MAJLIS IFTAR JAMAIE
3.TADARUS AL-QURAN
4.MAJLIS KHATAM AL-QURAN
5.SOLAT TERAWIH BERJEMAAH
6.BADAR KUBRO
7.TAZKIRAH RAMADAN
8.SUMBANGAN DAN INFAQ RAMADAN
9.QIAMULAIL PERDANA

Ramadan tahun ini juga diserikan dengan pelbagai program harian yang telah ditetapkan oleh pihak BADAR,secara rumusannya,Ramadan pada tahun ini telah memberikan seribu satu makna yang mendalam terhadap sanubari setiap para pelajar.Setiap program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya,Diharapkan kita semua dapat mengambil ibrah dan pengajaran daripada pengisian yang telah diaturkan agar menjadi hamba allah yang syumul ibadahnya.


GAMBAR SEPANJANG RAMADAN:



MAJLIS KHATAM AL-QURAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

SOLAT TERAWIH BERJEMAAH

SOLAT TERAWIH BERJEMAAH

SOLAT TERAWIH BERJEMAAH


PENTAZKIRAH RAMADAN

MAJLIS MAULID


MAJLIS KHATAM AL-QURAN (BADAR HELWA)









QIAMULAIL PERDANA






BADAR KUBRO


MAJLIS IFTAR/BERBUKA PUASA



TADARUS AL-QURAN


TADARUS AL-QURAN



01 April 2022

MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADAN DAN PENUTUP ORIENTASI TINGKATAN 1 2022/1443 HIJRAH

 MAJLIS PERASMIAN IHYA RAMADAN DAN PENUTUP ORIENTASI TINGKATAN 1 2022/1443 HIJRAH


 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ

 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Penghulu segala Rasul, pembawa rahmat sekalian alam.

3. Sebagaimana kita maklum bulan Ramadhan adalah satu bulan yang mulia lagi barakah, bulan utama dari bulan – bulan yang lain di mana. “Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan yang lain”. Ini jelas dari sabda Rasulullah SAW maksudnya :Dialah (bulan Ramadhan) bulan kesabaran danpengajaran. Ganjaran kesabaran ialah Syurga. Di awal Ramadhan disediakan kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan diakhirnya dibebaskan dari api neraka

. 4. Ramadhan yang datang kepada kita setahun sekali membawa berbagai - bagai keberkatan dan kerahmatan dari Allah S.W.T. Sesungguhnya para muslimin, muslimat yang ikhlas kepada Allah S.W.T. akan berasa sangat gembira dengan kedatangan bulan yang mulia lagi berakah ini.

 5. Ini kerana pada bulan ini, umat islam berpeluang untuk melaksanakan berbagai- bagai amal ibadat yang sunat dan fardhu dengan menghayati semaksima mungkin bagi mengumpulkan pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Hadirin hadirat sekalian,

6.Sehubungan dengan itu,pelbagai pengisian dan program telah dirancang oleh Jawatankuasa pengelola antaranya program solat terawih secara berjemaah,program tadarus al-quran,program solat dhuha,program sumbangan khairul husna dan pelbagai pertandingan yang telah disediakan.

7. Oleh itu, marilah sama - sama kita meletakan ramadhan ini sebagai medan yang terbaik untuk memperhambakan diri dengan sebaik - sebaiknya. Jadikan ramadhan pada kali ini ramadhan yang sangat berkualiti dari yang sebelumnya agar kita mencapai tahap “Mardhatillah”.

8. Gunakanlah peluang yang ada ini untuk meningkatkan amalan seperti bertadarus, bersedekah, qiyamullail dan sebagainya. Amatlah rugi sekiranya Ramadhan yang mempunyai banyak kelebihan kita sia -siakan dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

9. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada semua jawatankuasa yang akan menjayakan setiap aktiviti Ramadhan. Terima kasih juga kepada Pihak BADAR  yang yang menjadi nadi kepada setiap program sepanjang ramadhan dan sentiasa memberi komitmen yang terbaik bagi memastikan setiap program berjalan dengan lancar.

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

10. Sebagai pengakhir kata marilah kita renung bersama pantun ini ,semoga ramadhan ini dapat meningkatkan iman kita.

 


UCAPAN PERASMIAN DARIPADA PUAN HAJAH ZAITUN BINTI ISMAIL




PERSEMBAHAN SELAWAT DAN QASIDAH DARIPADA AHMAD FARID SAFWAN BIN AHMAD SANUSI





TAKLIMAT PROGRAM SEPANJANG RAMADAN





07 Mac 2022

RUMUSAN AKTIVITI BADAR 2021

 RUMUSAN AKTIVITI BADAR 2021

-dari segi keberjayaan dilaksanakan atau tidak berjaya dilaksanakan.

-faktor utama terdapatnya aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan adalah faktor kekngan masa akibat kejadian semasa (COVID-19) dan s.o.p yang perlu dipatuhi.

PELAKSANAAN AKTIVITI BADAR 2021

 

Bil

Aktiviti

Status

1

Skuad subuh

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari 40 minit sebelum subuh

2

Bacaan al-quran selepas subuh dan roll call subuh

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari sehingga jam 6.30

3

Solat berjemaah lima waktu

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari mengikut waktu

4

Bacaan al-quran

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari sehingga jam 6.30 pagi

5

Majlis taklim bacaan satu hari satu hadis

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari selepas solat asar

6

Khidmat surau (gotong royong setiap tingkatan)

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari selepas majils taklim

7

Bacaan al-ma'thurat

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari sebelum maghrib

8

Bacaan Yasin dan ratib al-at-athos

Berjaya Dilaksanakan

Setiap Hari Khamis

Selepas maghrib sehingga azan isyak

9

Maulid dan qasidah

Berjaya Dilaksanakan

Setiap Hari Jumaat

Selepas maghrib sehingga azan isyak

10

Bacaan Doa sebelum dan selepas prep

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari

11

Bacaan al-quran sebelum tidur

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari jam 11.00 malam

12

Baccan adab tidur

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari sebelum tidur

13

Jualan Dhiyaul Badar

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari selepas isyak

14

Ziarah malam

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari jam 10.50 malam

15

Usrah pelajar online

Berjaya Dilaksanakan

24 September 2021

1 Oktober 2021

8 Oktober 2021

16

Usrah pelajar bersemuka

Berjaya Dilaksanakan

22 Oktober 2021

5 November 2021

19 November 2021

17

Qiamulail Pelajar Asrama

Berjaya Dilaksanakan

14 November 2021

28 November 2021

18

Gotong-Royong Perdana Badar

Berjaya Dilaksanakan

3 November 2021

19

Tayangan Islamik

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari Sabtu

Selepas maghrib sehingga azan isyak

20

Jualan amal (dewan makan B)

Berjaya Dilaksanakan

Setiap hari sabtu

Selepas Isyak

21

Majlis Apresiasi Badar (Penyerahan Kuasa)

Berjaya Dilaksanakan

8 September 2021

22

Majlis Pelantikan Naqib dan Naqibah Usrah Badar

Berjaya Dilaksanakan

26 November 2021

23

Minggu Penghayatan dan Kesenian Islam

Berjaya Dilaksanakan

6 hingga 10 Disember 2021

24

Ceramah Maulidur Rasul

Berjaya Dilaksanakan

12 November 2021

25

Pemeriksaan dan penilaian fail lijnah Badar

Berjaya Dilaksanakan

6 hingga 10 Disember 2021

26

Program Ihya’ Ramadhan

Berjaya Dilaksanakan

13 April hingga 7 Mei 2021

27

Program Kem Bahtera Ibadah

Tidak berjaya dilaksanakan

28

Tafaqquhfiddin

Tidak berjaya dilaksanakan

29

Program sambutan israk mikraj

Tidak berjaya dilaksanakan

30

Ijtima’ Lujnah Dakwah Sekolah-sekolah Negeri Melaka

Tidak berjaya dilaksanakan

31

Rehlah Dakwah

Tidak berjaya dilaksanakan

32

Bulan Penghayatan Islam

Tidak berjaya dilaksanakan

33

Seminar Ilmu

Tidak berjaya dilaksanakan

34

Tamrin Qiyadi Nuqaba'

Tidak berjaya dilaksanakan

35

Majlis Khatam Al-Quran dan Takrim Huffaz Al-Quran

Tidak berjaya dilaksanakan


MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...