30 Julai 2010

Gegar PraCuba PMR Bahasa Arab

Jumaat, sebagai tanda keperihatinan, Panitia Bahasa Arab SMKASM telah menjalankan Peperiksaan Pra Percubaan PMR. Ini adalah rentetan daripada perubahan format PMR yang mendadak untuk peperiksaan tersebut pada tahun ini. Melalui ujian yang dijalankan ini kita berharap ianya dapat memberi gambaran sebenar kepada para calon seterusnya daripada natijah yang diperolehi kita akan dapat membuat analisa kekuatan dan kelemahan mereka.

Pelajar yang menjadi harapan SMKSM untuk mecatat sejarah yang belum kecapaian. 100% lulus BA
Program susuluan care and coching akan dijalankan untuk mengatasi aspek-aspek menjadi masalah kepada para calon. Semoga para calon tidak berputus asa untuk terus mendaki ke puncak jaya. Sememangnya jalan yang dilalui itu berliku liku.

Malam Kesenian Islam & Kecemerlangan Huffaz di SMTAQ

Khamis malam Jumaat SM Tafhiz Cenderah di limpahi cahaya lampu untuk sambutan Malam Kesenian Islam dan & Kecemerlangan Huffaz. Majlis bermula sujurus selepas azan Maghrib dengan solat berjamaah seterusnya solat hajat dan bacaan Yasin dan solat Isyak berjemaah. Kemuncak program tersebut bermula sejurus selepas solat Isyak di dataran SMTAQ yang telah diubah dan digubah dengan penuh kreativiti dan inovasi. Sebuah pentas persembahan.

Persemnbahan Nasyid & Nazam dari Pasukan Soutul Azim SMKASM
Pasukan Nazam SMKA Sultan Muhammad (Shoutul Azim) antara kumpulan yang diberi penghormatan untuk membuat persembahan. Selain itu pihak pengelola juga menjemput Kumpulan Qasidah Paya Ikan. Mengiringi pasukan Soutul Azim adalah Sof kepimpinan BADAR yang baru dilantik untuk sesi 2010/2011.

Semoga Ukhuwah yang terjalin diantara kedua-dua sekolah ini akan menyemarakkan lagi obor Dakwah Islamiah di kedua-dua buah sekolah.Amin.
 Ucapan Tn Hj Ismail (Mudir SMTAQ) merasmikan program yang julung-julung kali diadakan.

28 Julai 2010

Nisfu Sya'ban Meriah di SMKA Sultan Muhammad


Isnin, Warga SMKA Sultan Muhammad khususnya warga Asramanya menyambut Nisfu Sya'ban dengan penuh meriah. Antara program yang dijalankankan adalah kempen puasa sunat, bacaan Ratib al-Haddad sebelum berbuka, Iftar Jamaie bagi yang berpuasa, Wirid Munajat di al-Islah Islamic Center, Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Tazkirah.
Bacaan Yasin secara berkumpulan memantapkan ukhuwah dan persaudaraan
Kempen Puasa Sunat telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di mana hampir 80% pelajar asrama berpuasa. Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin yang di jalankan turut disertai beberapa orang guru yang sudi melapangkan masa bermunajat bersama-sama pelajar di antaranya En Ghazali (GPK I), Ust Abd Hamid (GPK Hem) Ust Tuba Nihrir (GKMP PAI/BA) dan beberapa orang warden.

Diharakkan daripada program yang dibuat dapat meningkat nilai-nilai Islam di dalam diri para pelajar yang bakal menerajui masyarakat pada masa hadapan. Bertepatan dengan mafhum hadis :
 Dewan Makan Asrama penuh dengan Warga Asrama. MAcam bulan puasa.
Dari Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya berkata: “Ya Rasulullah, saya tidak pernah melihatmu berpuasa dalam satu bulan dari bulan-bulan yang ada seperti puasanmu di bulan Sya’ban.” Maka beliau bersabda: “Itulah bulan yang manusia lalai darinya antara Rajab dan Ramadhan. Dan merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul ‘alamin. Dan saya suka untuk diangkat amalan saya sedangkan saya dalam keadaan berpuasa.” (HR. Nasa’i, lihat Shahih Targhib wat Tarhib hlm. 425).

Dan dalam sebuah riwayat dari Abu Dawud No. 2076, dia berkata: “Bulan yang paling dicintai Rasulullah untuk berpuasa padanya adalah Sya’ban kemudian beliau sambung dengan Ramadhan.” (Shahih Sunan Abi Dawud 2/461)

malam Nisfu Sya'ban bukanlah seperti malam-malam yang biasa tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang perlu diperingati dan dihayati. و الله أعلم

24 Julai 2010

Imtihan Bulan Julai 2010


Bermula 26 Julai hingga 30 Julai putera puteri As-Sultan akan menduduki ujian bulan Julai. Ujian yang ke 3. Pelajar-pelajar ting 3 pula akan diuji untuk menjawab soalan Bahasa Arab pra percubaan pada 30 Julai ini iaitu pada hari Jumaat. Semoga semua putera puteri SMKA Sultan Muhammad membuat persiapan untuk menghadapi imtihan. Gabungan Doa, Usaha dan Tawakal insyalah akan membuahkan kecemerlangan dunia dan akhirat. Amin

PROGRAM KECEMERLANGANSPM 2010

Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dibawah kelolaan Sektor Pendidikan Islam Unit PIPA. Tujuan ianya diadakan adalah untuk memberi bimbingan khusus kepada pelajar-pelajar harapan yang akan menduduki SPM pada tahun ini.Sebanyak 13 buah sekolah dibawah kelolaan SPI telah menyertai Kem Kecemerlangan ini melibatkan seramai 130 orang pelajar. Guru-guru pengiring setiap sekolah turut menjayakan program ini sebagai fasilitator pembimbing. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga segala usaha yang dijalankan membuahkan hasil yang baik.


02 Julai 2010

Menyingkap tirai keindahan kesenian Islam

Pada 26 Julai 2010, telah diadakan program Malam Kesenian Islam anjuran Exco Rehlah dan Riadah BADAR.
Program itu diadakan pada waktu malam dan disertai oleh Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar.
Sekolah Menengah Tahfiz Chenderah membuat persembahan pentomen bahasa arab. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar membuat persembahan nasyid. Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad  menjayakan persembahan nazam.
Selain itu diadakan juga busana muslim bagi memberi pendedahan tentang pakaian yang bercirikan islam dengan budaya dari seluruh dunia.
Pameran Kesenian Islam juga telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar supaya agama Islam dijadikan sebagai gaya hidup mereka secara syumul.
Program ini mendapat sambutan dan berjaya dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah.