08 Mac 2013

Tamrin Nuqaba Peringkat Asrama 2013


Pada 8, 9 dan 10 Mac 2013, telah dijalankan program tamrin nuqaba peringkat asrama SMKA Sultan Muhammad Melaka yang dianjurkan oleh BAdan Dakwah dan Kerohanian(BADAR) dan juga SPUS. Kem ini adalah lanjutan daripada kursus yang pernah diadakanb sebelum ini pada tahun ini.

Program ini telah dijalankan di Pusat Kokurikulum Lanchang Melaka ini telah disertai oleh para naqib yang telah dilantik oleh pihak pengurusan BADAR di bawah Lujnah Usrah. Secara keseluruhannya, Ketua Koordinator bagi program ini adalah saudara Muhamamd Zaid bin Hj. Roslan manakala ketua fasilitator adalah saudara Muhamamd Syazwan bin Mokhtar dan juga saudara Ahmad Nur Amsyar bin Azman sebagai ketua Urusetia.

Hari Pertama -8 Mac 2013
Para nuqaba telah tiba di Kem Lanchang Melaka pada jam 4.00 petang. seterusnya para pelajar diberikan  taklimat program oleh Jurulatih di situ. seterusnya para pelajar telah diberikan kumpulan masing-masing dan seterusnya para pelajar telah bergerak untuk mendirikan khemah masing-masing dan juga menguruskan keperluan masing-masing.
Seterusnya para pelajar telah melakukan solat asar secara berjamaah di surau. Pada jam 6.30 petang, para pelajar telah segera mandi dan membersihkan badan dan seterusnya solat maghrib. Slot pertama dimulakan dengan aktiviti tazkirah maghrib oleh saudara Muhammad Hasif bin Md Kamar selaku Naib Presiden BADAR dan juga mewakili rumah biru. Namun begitu, semasa program pertama sedang dijalankan para pelajar telah dikejutkan dengan hujan lebat yang mula mencurah-curah tanpa henti. Para pelajar tingkatan 6 telah membantu para urusetia untuk mengalihkan barang-barang para naqib ke tempat yang lebih selamat

"Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 6 tersebut"

Seterusnya, para pelajar telah bergerak untuk aktiviti pertama iaitu "Tidak Kenal Maka Taaruf". Para fasilitator telah memperkenalkan diri masing-masing dalam slot ini dimana para fasilitator dan juga urusetia adalah terdiri daripada bekas -bekas pelajar SMKA Sultan Muhamamd sendiri. 

Aktiviti seterusnya adalah "Modul Usrah 1" dan juga "Modul Usrah 2 " di mana para nuqaba telah didedahkan dengan kaedah-kaedah usrah serta kepentingannya dan juga kepentingan untuk memahami setiap ahli usrah anda. Seterusnya para nuqaba juga telah didedahkan dengan Latihan Dalam Kumpulan  (LDK)yang telah diketuai oleh fasilitator masing-masing. 

Tidak dilupakan juga pada malam tersebut, Pengetua SMKA Sultan Muhammad, Tn.Hj. Muhd Hairi bin Tamam telah turit sama hadir bagi meberikan semangat kepada para nuqaba dari SMKASM ini mengenai kepentingan mereka terhadap usrah dan juga kerohanian setiap pelajar. Di samping itu, tuan pengetua juga turut merasmikan pembukaan program tersebut.

Program akhir adalah para nuqaba telah membaca bersama-sama surah Al-Mulk dan kemudiannya para pelajar dibenarkan untuk mengemaskan barang masing-masing dan juga tidur. Namun begitu, para nuqaba akan diberikan tugas untuk sentri malam secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh urusetia .


Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...