16 April 2009

Kegembiraan dan Kesedihan

Kegembiraan dan kesedihan dua perkara yang sering dialami oleh manusia. Ia bersilih ganti di dalam hidup manusia. Begitulah rumlah kehidupan yang harus di harungi oleh setiap insan. Jika kita telah untuk menerima nikmat pertemuan, seharusnya kita juga bersedia untuk menerima ujian perpisahan. Jika kita telah bersedia untuk menerima imbuhan kita juga harus bersedia mengalami susutan. Jika kita gembira melihat kesempurnaan kita harus bersedia menghadapi kekurangan dan kecacatan. Begitulah imbangan kehidupan dunia yang sementara ini.
Minggu lepas warga SMKA Sultan Muhammad diberitakan dengan dua perkara. Sebuah berita gembira dan sebuah berita duka. Usth Noredah bte Ibrahim salah seorang guru BADAR telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata dan alhamdulillah kedua-duanya selamat, manakala Usth Anisah bte Ali juga guru BADAR dan merupakan pemangku ketua bidang PAI/BA kita telah diuji dengan kehilangan ayahadanya yang tercinta. Semoga Allah memberi ketabahan kepada beliau. al-Fatihah.
"Sesungguhnya setiap sesuatu milik Allah (datang dari Allah), dan kepadaNya jua segalanya akan kembali"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. wrbt..
Buat Ustazah Anisah diharap tabah menghadapi ujian Allah. Didoakan agar almarhum ayahda ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga

Buat Ustazah Noredah..alhamdulillah bertambah lagi umat Muhammad saw. Moga didikan yang diberikan akan menjadikan anak itu pejuang di jalan Allah.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...