27 April 2009

PERIT JERIH ERTI PERJUANGAN

Dalam memberikan maksud perjuangan banyak cerdik pandai telah mengungkapkan. Ada yang berkata "kalau takut dipukul ombak, jangan berumah ditepi pantai" Ada juga yang mengatakan "Jika takut dengan ugutan jangan sebut pasal perjuangan" Ada juga yang menyebut "Kepuasan dalam perjuangan ialah melihat perubahan di hadapan mata".
Kesimpulannya setiap perkara amar makruf nahi mungkar yang kita perjuangkan tempias yang akan kita terima ialah ugutan , dipulau , tidak disukai , ditawarkan dengan kemewahan , hilang pangkat dan sebagainya. namun jika Sirah Rasulullah S.A.W dijadikan panduan dimana Rasulullah S.A.W dalam perjuangannya menegakkan Kalimah Allah telah ditawarkan dengan pangkat , ditawarkan dengan harta serta ditawarkan dengan wanita cantik. Lebih hebat daripada itu baginda pernah di pulau , di hina , di fitnah serta yang lebih mencabar ialah baginda yang digelar Al-Amin ini pernah diugut untuk dibunuh.
Fahimilah erti perjuangan. Tiada contoh selain perjuangan Rasulullah dan para Sahabat baginda. Jika kita berundur dalam perjuangan 1000 maksiat akan bermaharajalela. Jika kita berputus asa dalam memahami erti perjuangan 1000 bala bencana akan menimpa kita. oleh itu bangunkan Saff perjuangan yang jitu. Isikan nurani dengan amal yang berterusan. Jangan mudah putus asa. Jadikan Allah dan Rasulullah sebagai jaminan kualiti kita dalam perjuangan Amar Makruf & nahi Mungkar. berusaha menyebarkan dakwah islam ini agar semua cuping telinga warga SMKASM mendengar risalah ini. Gunakan pelbagai cara agar variasi perjuangan ini mewarnai bumi As-Sutan yang dicintai. Jangan berundur dengan kemungkaran. Jangan gentar dengan hukuman. Jadikan ini sebagai satu cara Allah menguji Iman para pejuang agama Allah. Ingat Imam Hanafi dalam perjuangannya dipenjara, Imam Nawawi dalam perjuangan di bunuh, Imam Hassan al-Banna dalam perjuangannya dibunuh dan Imam Sayyid Qutb dalam perjuangannya digantung sampai mati. Semoga Allah memberkati roh mereka.....Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...