Sabtu, 28 Februari 2009. SMKA Sultan Muhammad telah dikunjungi oleh rombongan daripada Ikatan Saudara Muslim Malaysia (ISMA) sempena Program Kami Bersamamu Palestin yang telah dilancarkan pada akhir Januari lalu. Di dalam program ini warga SMKA Sultan Muhammad telah diberi taklimat dengan terperinci tentang kezaliman Rejim Zionis Israel bermula dari sejarah pencerobohon mereka hinggalah kekejaman yang mereka lakukan pada saat ini, terbarunya peristiwa di Kota Gaza. Sememangnya keperitan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Gaza adalah merupakan keperitan dan kesangsaraan umat Islam seluruhnya. Terlalu banyak pengaaran yang perlu kita ambil daripada kisah benar ini. Terlalu banyak rasanya kesalahan dan kekurangan untuk umat ini perbaiki sebelum ia kembali menjuari dunia. Mungkin ini pengajaran buat kita semua agar kita sadar dari lena yang panjang. pengajaran agar kita memperkukuh tali persaudaraan, pengajaran agar kita kembali berpegang kepada tali Allah, pengajaran agar kita sadar bahawa dunia ini adalah milik Tuhan dan kita ada tugas besar iaitu menajak manusia kembali kepada Tuhan dan menjauhkan kemungkaran.
Alhamdulillah dengan kupasan yang diberikan oleh wakil ISMA iaitu Ust. Zaidi bin Jalil sedikit sebanyak dapat menyadarkan warga SMKA Sultan Muhammad untuk membuat perubahan. Pelajar-pelajar dengan penuh semangat memberi tumpuan atas pembentangan beliau dan di akhir majlis Ustaz Abd Hamid bin Ashari (HEM) dengan diiringi oleh Ustaz Abddullah bin Jantan (GKMP Pendidikan Islam & B. Arab) telah menyerahkan wang kutipan Program Kami Bersamamu Palestin kepada pihak ISMA yang juga wakil kepada AMAN Malaysia. Jumlah kutipan yang dapat diserahkan adalah sebannyak RM3360.00. Walaupun jumlahnya tidak seberapa kami mengharapkan ianya menjadi lambang bahawa warga SMKA Sultan Muhammad juga bersama-sama saudara mereka di Gaza, Palestin.
Tahniah Saf kepimpinan BADAR SMKASM kerana telah berjaya mengendalikan projek ini. Semoga Allah sentiasa membantu usaha-usaha murni anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan