04 Mac 2009

Nasib Si Pristo



السلام عليكم و رحمة الله


Teman-teman dan anak-anak didik yang dikasihi. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar SMKA Sultan Muhammad sentiasa cemerlang dan mencapai kegemilangan pada tahun 2010.

Sewaktu dalam perjalanan saya ke sekolah, sempat bagi saya untuk menyudahkan ma’thurat. Sewaktu itu saya teringat kisah “Pristo” (rahib/paderi) bersama pemandunya. Pristo adalah seorang yang gigih, tugasnya siang dan malam mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Senantiasa tempatnya di rumah-rumah Allah.

Untuk memendekkan cerita, suatu hari si Pristo dan pemandunya yang setia kembali ke hadrat Allah. Apabila meninggal kedua-duanya dan setelah selesai penghisaban maka si Pristo pun dipanggil untuk memasuki syurga. Tetapi tatkala kaki mahu melangkah masuk berseru suara agar menghalang si Pristo memasuki syurga. Suara itu menyatakan kamu tidak boleh masuk ke syurga ini selagi pemandu anda belum memasukinya. Si Pristo berasa hairan lalu bertanya mengapa pemandunya yang dapat memasuki syurga ini lebih awal sedang dia yang berperanan besar bertungkus lumus bekerja dan berdakwah serta mengabdi diri kepada Allah, si pemandu hanya bertugas membawanya ke tempat yang di tuju.

Maka berseru suara membenarkan apa yang dikatakan. Sambungnya tetapi tatkala ia memandu si pemandu sering mengingatkan penumpangnya mengingati Allah, dan setiap kali dia memandu dia memandu dengan begitu laju sehingga penumpangnya berasa takut dan ketakutan itu menyebabkan para penumpang sentiasa ingat kepada tuhannya, sedang si Pristo yang sering ke sana ke mari berdakwah mengingatkan semua pendengar kepada Allah tetapi pendengarnya ramai yang tidur. Untuk itu, si pemandu lebih baik daripada si Pristo dan untuk itu si Pristo akan masuk lewat setengah hari daripada pemandunya.

Kesimpulanya pelajar-pelajar perlu sadar sewaktu guru-guru mencurah ilmu jangan anda menjadi penyebab guru-guru anda lewat untuk masuk ke syurga.

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersedia apa yang akan dihadapinya dan dia perlu berusaha lebih daripada usaha yang disumbangkan oleh orang yang berjaya.

(Adabtasi ucapan Tn Hj Ariffin Omar 2 Mac 2009)

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...