13 Mac 2009
BADAR SMKASM DAH ADA KEDAI !
11 Mac 2009
Demam Ujian Pertama 2009
Usaha Tangga Kejayaan. Kita perlu berusaha 10 kali anda daripada orang yang telah berjaya. Sultan no.1
Laporan Program Ceramah Keperitan Gaza
Petugas ISMA sedang bertungkus lumus menyiapkan pameran untuk tatapan warga SMKA Sultan Muhammad.
SMKA SULTAN MENGGEGAR DALAM STPM 2009
06 Mac 2009
Pelancaran Bulan Dakwah 2009
Hari : Jumaat
Tarikh : 6 Mac 2009
Masa : 8.00 pg
Tempat : Surau al-Islah SMKASM
Dalam ucapannya beliau menyeru seluruh wargaSultan bangun daripada lena untuk menghayati Sunnah yang dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w dan dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga mengingatkan ketika kita sibuk mengejar kejayaan dan kecemerlangan di dunia kita juga wajib mengejar kecemerlangan untuk akhirat. As-Sunnah menjanjikan kecemerlangan dan kejayaan serta mencapai keredhaan Ilahi.
.
04 Mac 2009
Nasib Si Pristo
السلام عليكم و رحمة الله
Teman-teman dan anak-anak didik yang dikasihi. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar SMKA Sultan Muhammad sentiasa cemerlang dan mencapai kegemilangan pada tahun 2010.
Sewaktu dalam perjalanan saya ke sekolah, sempat bagi saya untuk menyudahkan ma’thurat. Sewaktu itu saya teringat kisah “Pristo” (rahib/paderi) bersama pemandunya. Pristo adalah seorang yang gigih, tugasnya siang dan malam mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Senantiasa tempatnya di rumah-rumah Allah.
Untuk memendekkan cerita, suatu hari si Pristo dan pemandunya yang setia kembali ke hadrat Allah. Apabila meninggal kedua-duanya dan setelah selesai penghisaban maka si Pristo pun dipanggil untuk memasuki syurga. Tetapi tatkala kaki mahu melangkah masuk berseru suara agar menghalang si Pristo memasuki syurga. Suara itu menyatakan kamu tidak boleh masuk ke syurga ini selagi pemandu anda belum memasukinya. Si Pristo berasa hairan lalu bertanya mengapa pemandunya yang dapat memasuki syurga ini lebih awal sedang dia yang berperanan besar bertungkus lumus bekerja dan berdakwah serta mengabdi diri kepada Allah, si pemandu hanya bertugas membawanya ke tempat yang di tuju.
Maka berseru suara membenarkan apa yang dikatakan. Sambungnya tetapi tatkala ia memandu si pemandu sering mengingatkan penumpangnya mengingati Allah, dan setiap kali dia memandu dia memandu dengan begitu laju sehingga penumpangnya berasa takut dan ketakutan itu menyebabkan para penumpang sentiasa ingat kepada tuhannya, sedang si Pristo yang sering ke
Kesimpulanya pelajar-pelajar perlu sadar sewaktu guru-guru mencurah ilmu jangan anda menjadi penyebab guru-guru anda lewat untuk masuk ke syurga.
Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersedia apa yang akan dihadapinya dan dia perlu berusaha lebih daripada usaha yang disumbangkan oleh orang yang berjaya.
(Adabtasi ucapan Tn Hj Ariffin Omar 2 Mac 2009)27 Februari 2009
Program Ceramah Untukmu Gaza
17 Februari 2009
Sekelumit kisah buat renungan
Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Selawat dn salam buat nabi junjungan, keluarganya, sahabatnya dan para awliya’ Allah wa ba’du.
Semoga pujian yang dilontarkan kepada kita tidak kita terima seperti pujian terhadap ayam jantan, juga kita tidak menerima pujian tersebut bak angin yang bertuah sepoi-sepoi bahasa yang menghembus ke muka justeru memukaw, termenung tidak berbuat apa.
Kisahnya sama seperti seekor anjing yang kurus kering akibat sudah lama tidak menjamah makanan. Anjing itu mundar mandir di tepi sungai yang lebar mencari jalan bagaimana untuk pergi ke seberang. Hendak diseberangi terlalu dalam, hendak diredah terlalu lebar. Akhirnya setelah lelah menyusur sungai dia terjumpa sebatang pohon besar yang tumbang merentangi sungai. Terdapat padanya sebuah lubang kecil yang mampu menghubungkannya ke seberang sungai. Oleh kerana badannya yang kerus dan keding ia mampu lolos lubang tersebut dengan mudah. Sampai dia ke seberang dengan segala kudrat yang tinggal dia mencari makanan. Sungguh beruntung rupanya apa yang dihajati terlalu banyak untuk dimakan. Dia pun meratah makanan yang ditemuinya sehingga kekenyangan. Badan yang dahulunya lemah kini bertenaga, badan yang kurus kini berisi. Dia teringat akan rumahnya di seberang. Dia ingin pulang.Dia kembali ke pohon yang tumbung. Tapi sayang lubang itu terlalu kecil untuk dia lalui. Dia
Sang anjing keluar kembali. Setiap binatang yang ditemui; buaya, ular mahupun serigala ditanyanya bagaimana boleh saya dapat kembali ke
Jika kita hendak mengatasi orang-orang yang cemerlang kita tidak boleh duduk menopang dagu seperti si anjing yang ingin kurus kembali. Kita berusaha sepuluh kali ganda daripada usaha yang telah kita berikan sekarang.
(di adaptasi daripada ucapan Tn Hj Ariffin Omar : Ijtima’ Usbui’ 16/02/09)
29 Januari 2009
2009 bersama BADAR SMKA Sultan Muhammad
BIL | AKTIVITI | PERLAKSANAAN | TINDAKAN |
1. | Sambutan hari Kebesaran Islam | | |
Maal Hijrah | 16 Januari 2009 | - Mohd Mizam bin Osman | |
Hari A’syura | | - Mohd Mizam bin Osman | |
Maulid Rasul | 13 Mac 2009 | - Muhd Syawal bin Abdul Rasol | |
Israk & Mikraj | 21 Julai 2009 | - Nor Imani binti Md Nor | |
Nisfu Sa’ban | 7 Ogos 2009 | - Aida Mastura binti Kassim | |
Ihya Ramadham | 21 Ogos 2009 | - Noredah binti Ibrahim | |
Nuzul al-Quran | 7 September 2009 | ||
2. | Minggu Penghayatan Islam | 1 - 2 Ogos 2009 | - Hasbullah bin Abd Majid |
Kuiz & Pertandingan | - Zahara binti Mustaffa | ||
Perkahwinan | - Zalina binti Majid | ||
Amali Haji | - Mohammad Hamdan bin Harun | ||
Sembelihan | - Zulkipli bin Embong | ||
Samak | |||
Solat Jenazah | - Suhaimi bin Ghazali | ||
Solat dalam Peperangan (Khauf) | - Abd Hamid bin Ashari | ||
3. | Seminar Ilmu | 7 - 8 Mac 2009 | - Abdullah bin Jantan |
Mua’malah Islam | |||
Pendidikan | |||
Motivasi | |||
4. | Tamrin Qiyadi Nuqaba’ | 16 - 18 Januari 2009 | - Khairilanuar bin Salim |
5. | Majlis Khatam al-Quran & Takrim Huffaz al-Quran | 17 September 2009 | - Mohd Khuzaini bin Rozali |
6. | Solat Hajat, Bacaan Yasin & Kismis Doa | 3 September 2009 | - Shamsudin bin Samat |
7. | Malam Kesenian Islam | 2 Ogos 2009 | - Noraini binti Ismail |
8. | Rehlah Ilmiah | 20-22 Feb / 10-12 Julai / 6-7 Nov | - Khairul Izzah binti Arom |
9. | Ijtima’ Para Daie | 6 - 8 Februari 2009 | - Khairilanuar bin Salim |
27 Januari 2009
PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430 H & PELANCARAN TABUNG PALESTIN ….AS-SULTAN BERSAMAMU PALESTIN
15/01/2009 Khamis : 6.45 ptg
- Bacaan ma’thurat dan al-azkar
- Solat maghrib berjemaah. (Tn Imam / Pengetua)
- Bacaan Yasin ( Ust KhairilAnwar Salim)
- Solat Isya’ Berjemaah (Tn Imam / Ustaz Mizam Osman)
- Solat Hajat Untuk Palestin ( Tn Imam / Ustaz Mizam Osman)
- Tazkirah ” Yahudi Laknatullah” (Ust Mizam Osman)
- Jamuan ringan
16 / 01 / 2009 Jumaat : 7.15 pagi
- Bacaan al-Quran beramai-ramai
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Tn Pengetua serta melancarkan Tabung Untuk Mu Palestin
- Ceramah Maal-Hijrah : Pn Hjh Salbiah bt Omar
- Kutipan derma dari pelajar , guru dan staf SMKASM
- Bersurai.
TEMPAT : Surau al-Islah, SMKA Sultan Muhammad
SEKITAR PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430
Bacaan Al-Ma’thurat diketuai oleh Adik Amsyar
Pelajar mula berkumpul jam 7.00 malam bagi bacaan memulakan al-Ma’thurat
Bacaan Yasin bermula selepas solat magrib
Solat hajat. Untuk mu…..Palestin
Bacaan doa Palestin daripada ustaz Khailanuar
Ustaz Mizam bersemangat dalam tazkirahnya yang berjudul “Yahudi Laknatullah”
Tn Hj Ariffin Omar (pengetua) telah melancarkan Tabung Untuk mu Palestin . As-Sultan Bersama mu.
Sebahagian guru wanita yang bersama dalam ceramah Maal Hijrah 1430.
Mama SMKA Sultan Muhammad, Pn Hajjah Salbiah Omar sedang memberikan ceramah
Pengetua dan GPK 1 turut hadir dalam sesi ceramah Maal Hijrah 1430h
Warga As- Sultan
prihatin….menyumbang atas nama Palestin
01 Januari 2009
Pengenalan Badan Dakwah & Kerohanian
Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) merupakan landasan tarbiyah buat anak-anak didik dan warga sekolah dalam memahami dan mengamalkan Din Islam yang syumul. Justeru itu perancangan yang terperinci dan teratur diperlukan agar maksud penubuhannya membekas dan mencapai sasaran yang diletakkan.
2. Matlamat
Membina generasi pelajar dan warga sekolah yang mantap dari sudut aqidah, penghayatan dan penghayatan syariah dan berakhlak mulia.
3. Objektif
3.1 Membina generasi pelajar yang berupaya membaca dan memahami al-Quran.
3.2 Melahirkan generasi pelajar yang mematuhi, memahami dan menghayati asas-asas tuntutan syariah Islamiah.
3.3 Melahirkan generasi pelajar yang mematuhi dan memahami tasawur Islam serta berupaya mengimplimentasikan di dalam kehidupan, pemikiran dan pelakuan hidup seharian.
3.4 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui dan memahami sejarah dan peradaban umat Islam dan hubungannya dengan arus peradaban manusia masa kini.
3.5 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami dan menghayati asas-asas akhlak Islam.
17 November 2008
Selamat Datang
Terima Kasih Kerana Melayari Blog Badar SMKASM. Tujuan Blog Ini Dibina Kerana Ingin Memperkenalkan Organisasi BADAR Yang Telah Ditubuhkan Di Sekolah Kami. Kami Berbangga Kerana, Buat Julung-julung Kalinya, Organisasi BADAR Sekolah-sekolah Di Malaysia Mempunyai Blog Mereka Yang Tersendiri.
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Peserta bergerak menaiki bas masing-masing Alhamdulillah selesai usai solat suboh dan mendengar kuliah subuh yang mengupas berkenaan tent...
-
Usrah merupakan komponen kecil dalam sesebuah komuniti. Teras bagi sesebuah usrah yang berjaya adalah naqib yang berkualiti dan berperanan. ...
-
Program Kismis Doa yang dijalankan di Pusat Islam Al-Islah SMKASM. Program Solat Hajat yang dijalankan di Masjid Nur Sa'adah. Pa...
-
Majlis Penutup Ihya'Ramadhan Perdana 2012/1433. Bermula seawal jam 5.00 ptg dengan solat Asar berjemaah, bacaan selawat & qasidah d...
-
Alhamdulilah,syukur kepada Allah S.W.T kerana pada 17/1/2020 semua warga sekolah telah bersama-sama dalam majlis Pelancaran Program SUMUR (B...
-
Di bawah pimpinan baru PAIBA guru-guru PAIBA telah memulakan sesi baru 1431H dengan program Usrah. Usrah pertama guru-guru PAIBA telah dii...
-
Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ...
-
Apabila merenung hadis Rasulullah s.a.w iaitu mafhumnya: " tidak bersyukur seseorang kepada Allah mereka yang tidak berterima kasih kep...
-
Alhamdulillah,pada hari khamis (16/1/2020) telah berlangsungnya program bayan bersama mubayyin yang dijemput daripada jemaah tabligh Masjid ...