Hari ini SMKA Sultan Muhammad telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar dari Mesir di bawah program Unesco dan Melaka World Heritage.
24 Februari 2016
Sambutan Lawatan Pelajar Mesir
23 Februari 2016
Latihan Kebakaran Kali 1 SMKA Sultan Muhammad 2016
Tepat jam 8.45 pg loceng kecemasan dibunyikan. Semua pelajar serta guru bergegas ke padang. Setelah seluruh warga Sultan Muhammad beratur dan mengambil tempat, enam orang pelajar didapati hilang...
Sejurus selepas itu sepasukan Jabatan Pertahanan Awam hadir bersama sebuah jentera dan ambulan. Dalam beberapa minit 6 orang dapat dikesan dan diselamatkan. Ada yang dipapah dan ada juga yang diusung dengan pengusung.
Rupanya apa yang berlaku hanyalah salah saru babak dalam simulasi pengosongan bangunan ketika berlaku kebakaran.
Setelah itu seorang pegawai JPAM memberikan taklimat keselamatan dan berharap dengan ilmu yang diberikan dapat meminimumkan kecedraan sekiranya berlaku kecemasan. Tahniah buat semua yang terlibat
22 Februari 2016
Majlis Perlantikan Pengawas SMKA Sultan Muhammad 2016
Majlis perlantikan dan penyerahan watikah Kepimpinan Pelajar telah disempurnakan oleh Encik Abdul Halim bin Abdul Malek, Pegawai Pendidikan Daerah, Melaka Tengah.
Antara pesanan yang disampaikan adalah dua kelebihan kepada mereka yang dilantik menjadi pemimpin di sekolah. Pertama keyakinan diri akan terbina di dalam diri. Ini penting untuk memghadapi cabaran hidup pada masa akan datang. Kedua menurut fakta yang dikumpulkan kebarangkalian mereka yang dipernah memegang kepemimpinan pelajar mempunyai peluang yang lebih besar untuk dilantik menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Di antara pembaharuan yang dibuat untuk barisan adalah pemisahan bidang kuasa di antara pengawas sekolah dan pengawas asrama. Ini diharap dapat mengurangkan bebanan tugas para pengawas.
Diharapkan para pengawas akan cemerlang dalam menjalankan tugas.
26 Jun 2015
Tazkirah Ramadhan I
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah diatas nikmat yang diberikan. Dengan nikmat itu kita berpeluang untuk melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi kita berada di dalam bulan yang mulia ini bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan dibukakan padanya rahmat, keampunan dan maghfirah dari Allah.
Berapa ramai orang yang diuji oleh Allah dengan pelbagai musibah sehingga dia terhalang untuk melaksanakan tuntutan Allah ke atasnya. Puasa atau shoum merupakan satu ibadah yang penuh dengan perkara -perkara yang tersirat. Menyembunyikan hakikat si hamba di hadapan penciptanya. Rahsia antara Allah dan seorang mukmin. Sejauh mana seseorang hamba itu melaksanakan tuntutan puasa tanpa dilihat dan diketahui oleh orang disekelilingnya.
Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan istiqamah serta ikhlas dalam mengabdikan diri kepada Allah.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
10 April 2015
Majlis Penghayatan Peristiwa Israk wal Mikraj
Bermula jam 7.15 pagi dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah. Bacaan telah dipimpin oleh Saudara Sazwan Md Isa dan Sdr. Umar bin Redzuan. Setelah itu program diteruskan dengan tazkirah penghayatan Israk wal Mikraj.
Antara peristiwa penting yang disampaikan adalah kepentingan menjada solat bagi setiap umat Islam. Setiap manusia dicipta bersama-sama mereka nafsu yang menuntut kepada kerosakan jika tidak dikawal. Allah telah mencipta nafsu dengan sifat yang sukar dikawal. Bersama-sama nafsu, Allah kurniakan akal. Namun akal juga semata-mata tidak mampu mengawal nafsu, bahkan nafsu yang tidak terkawal akan menggunakan akal untuk mencapai kehendaknya. Nafsu perlu dikawal dengan iman dan amal. Ditundukkan dengan banyak berpuasa dan mendekatkan diri kepada Allah. Begitu juga solat yang dapat dilaksanakan dengan sempurna pasti akan mnghalang diri dari melakukan merosakan dan kemungkaran.
Perkukuh keimanan perkemas amalan dan ikhlaskanlah hati... pasti jiwa akan mutmain (tenang) dan kambali kepada Tuhan dengan keadaan salam (selamat)
22 Ogos 2014
Majlis Yasin & Tahlil Sempena MH17 dan Sambutan Bakal Haji
Musim haji kembali lagi. Alhamdulillah salah seorang daripada guru kita telah diterima untuk menjadi tetamu Allah. Sebagai duta as-Sultan, seluruh warga SMKASM mendoakan yang terbaik dan mendapat haji yang mabrur. Amin ya rabbal a'lamin.
11 Ogos 2014
Pelancaran Bulan Bahasa, Bulan Kemerdekaan & SUMUR (Jati Diri)
24 Februari 2014
PEELANCARAN PROGRAM SUMUR 2014
03 Februari 2014
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Perhimpunan Rasmi hari ini dihadiri oleh Ketua Sektor Akademik JPNM. Beliau akan berada di sini selama 2 minggu untuk menjalankan pemantauan perjalanan sekolah.
Bersempena ops segak sewajarnya kita memakai pakaian yang kemas kerana salah satu daripada tuntutan untuk berpakaian kemas. Sesungguhnya Allah itu cantik Dia suka pada yang cantik. Sebagai pelajar muslim kita perlu menunjukkan kecergasan dan kesegakan. Nasihat yang diberikan tentang menghormati guru dan mencari keradhaan guru. Kepandaian dan kecerdikan tanpa disertakan dengan ketinggian akhlak akan menjauhkan kita daripada mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Pelajar yang cemerlang wajib memiliki akhlak yang mulia. Usaha yang digembeling perlu mengambil kira nilai ukhrawi.
Untuk mengatasi masalah pengurusan masa pelajar maka jadual pembelajaran akan dianjakkan ke sehingga 4.30 ptg. Ini diharapkan akan dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi.Pelajar-pelajar tingkatan 3 perlu bersedai dari sekarang kerana anda akan dinilai seawal bulan 4. SMKA Sultan Muhammad perlu bergerak seiring untuk mencapai band 1 pada 2015. Bermula dengan ujian 1 pada bulan 3 semua pelajar perlu mendapat A.
17 Januari 2014
Sambutan Maulid Rasul 1433 H SMKA Sultan Muhammad
Kehebatan dan ketokohan Baginda Rasulullah s.a.w diakui oleh kawan dan lawan. Melalui susur galurnya yang mulia bermula dari abal anbiya (bapa para nabi) Nabi Ibrahim a.s. Salah seorang nabi ulul azmi. Beliau mewarisi kesabaran dan kegigihan serta keimanan datuknya nabi Allah Ibrahim a.s dan nabi Allah Ismail a.s. Mereka adalah golongan yang telah mengorbankan jiwa dan raga mereka kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w dikurniakan dengan khazanah yang besar yang menjadi kunci kejayaan dunia dan akhirat iaitu Al-Quran al-Azim. Al-Quran kalam Allah, senjata yang ampuh untuk mengharungi segala panca roba dan ujian yang melanda. Siapa yang berserah diri kepada Allah s.w.t dan berpegang teguh pada talinya (syariatnya) pasti tidak akan hanyut dibawa arus dan binasa dipukul badai fitnah.
Kekuatan roh yang berpunca daripada keimanan harus diusahakan dan perkokohkan. Usaha keimanan perlu melalui kaedah yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Iaitu mempraktikkan Al-Quran semampunya dalam kehidupan. Fikiran, lisan, pandangan, pendengaran dan hati perlu dihalakan kearah mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w dan memperaktikkan Al-Quran.
Kita perlu hidupkan dalam jiwa kita dengan mengalirkan kekuatan keimanan ini. Kekuatan inilah yang menjadi teras utama kejayaan generasi awal Islam yang mampu menyebarkan kesejahteraan Islam ke seluruh dunia.
Sekarang bukan lagi zaman untuk sekadar kita mendengar cerita dan berbicara, tetapi zaman kebangkitan dengan membuktikan Islam dalam praktis kehidupan. Ayuh bangkit sebagai generasi masa hadapan yang cemerlang.
Berkata Syaidina Umar al-Khattab r.a : "Hendaklah kamu dengan sifat sidqu (berlaku jujur), sesungguhnya sangkaan buruk seseorang daripada kamu akan membinasakanmu, sedangkan dengan kejujuran itu kamu akan selamat".
10 Januari 2014
PROGRAM MyUsrah Kali Pertama
Ukhuwah di dalam usrah berteraskan ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah). Jalinan ukhuwah ini akan melahirkan attaa'wun (kerjasama) semata-mata kerana Allah s.w.t dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.
08 Januari 2014
PERJUMPAAN NAQIB BERSAMA MURABBI
Mungkin persoalan ini akan melahirkan pelbagai jawapan. Mungkin kerana keturusan dan mungkin juga kerana tiba-tiba. Tidak kurang juga yang beralasan kerana Islam merupakan agama rasmi kerajaan yang memberikan keistimewaan kepada penganutnya.
Namun jika kita lihat kepada jawapan-jawapan tersebut, kita akan dapati semua jawapan tersebut hanya sekadar faktor-faktor luaran yang sangat rapuh. Mungkin sahaja apabila seorang muslim yang seperti ini akan goyah imannya apabila faktor luaran ini berubah. Sewajarnya seseorang itu menganut Islam bersumber daripada faktor dalaman yang bertunjangkan kepada kefahaman dan penghayatan yang mengkar di dalam hati.
Keimanan serta islamnya seseorang itu wajib didasari oleh sumber yang benar serta jelas. Sama ada bersumber dari dalil aqli dan naqli.
Keislaman secara taqlid (mengikut membabi buta tanpa faham) tidak menjamin seseorang untuk selamat daripada kesesatan. Selain daripada itu kefahaman berkaitan kesesatan sesuatu ajaran dan aliran juga perlu difahami dengan jelas supaya ajaran-ajaran tersebut dapat dihindari.
Kehidupan yang berteraskan kefahaman dan penghayatan yang jelas akan mendorong seseorang itu hidup berpedoman dan menjadi insan yang kamil, seimbang kehidupannya duniawi dan ukhrawi.
Melihat Islam sebagai cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia perlu dilihat daripada pelbagai sudut. Bukti-bukti serta dalil perlu dihayati dengan baik. Dengan penghayatan tersebut akan melahirkan amalan-amalan baik serta akhlak yang mahmudah. ISLAM adalah cara hidup bukan sekadar teori dan maklumat.
06 Januari 2014
Pelancaran Program Tafaqquh Fiddin 2014
Pengajian berkisar berkaitan sifat-sifat terpuji dan taqwa serta kegerunan kepada Allah s.w.t. Semoga jiwa para penuntut terbina dengan akhlak hasanah yang menjadi teras kecemerlangan dunia dan akhirat.
09 November 2013
KURSUS PARA NUQABAK 2013 KALI 2
06 November 2013
MAJLIS JAMUAN MAULID NURUL MUSTOFA 2013
Kumpulan Maulid Nurul Mustofa merupakan cabang seni bagi Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR). Ia cenderong kepada mengembangkan kecintaan kepada Allah dan Rasul melalui qasyidah dan puji-pujian.
Perjuangan dalam menegakkan syiar Islam merupakan usaha yang tidak pernah kanal lelah. Para mujahid menggunakan segenap cara untuk menegakkan Islam.
Semoga dengan keikhlasan kita untuk membantu agama Allah s.w.t akan mendapat keredhaan dan bantuan-Nya. Tahniah buat Nurul Mustofa.
01 November 2013
JAMUAN BADAR HELWA 2013
Jamuan Akhir Tahun Badar Helwa 2013 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 01 November 2013 yang telah dilaksanakan oleh ahli helwa yang baru bagi tahun ini. Majlis ini diadakan untuk mengeratkan ukhwah pelajar perempuan dengan guru-guru SMKASM. Selain itu, majlis ini diadakan bagi menghargai jasa pihak yang telah memberi kerjasama kepada badar Helwa. Semoga majlis ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun agar badar Helwa terus kukuh dan dapat membina sahsiah pelajar muslimat di SMKASM. InshaAllah. Diharapkan warga SMKASM dapat mendoakan kejayaan kami bersama.
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Diantara keterpaksaan dan keikhlasan menuntut ilmu. Dua pertembungan yang perlu dihadapi oleh seseorang yang bergelar pelajar. Sehar...
-
RUMUSAN AKTIVITI BADAR 2021 -dari segi keberjayaan dilaksanakan atau tidak berjaya dilaksanakan. -faktor utama terdapatnya aktiviti yang ti...
-
Hari ini dua orang tokoh pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2008 yang lepas diraikan oleh pihak sekolah. Jika s...
-
Hari seterusnya ini dimulakan dengan aktviti qiamullail. Para nuqaba telah dikejutkan seawal jam 4.30 pagi dan seterusnya bersiap untu...
-
Daripada Abdullah bin Masud r.a (beliau) telah berkata : “ Aku telah mendengar nabimu bersabda : Barang siapa yang menjadikan kerisauannya p...
-
Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini. Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika...
-
Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ...
-
Alhamdulillah,pada hari khamis (16/1/2020) telah berlangsungnya program bayan bersama mubayyin yang dijemput daripada jemaah tabligh Masjid ...
-
Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat...
-
Perjalanan ke SMK Syeksen 24 menaiki van KUDUS SMKA Sultan Muhammad bermula jam 8.00 pg. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Zakaria Ismail HEM SM...