24 Februari 2014

PEELANCARAN PROGRAM SUMUR 2014

     
     Shahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan program yang dicetuskan untuk mempertingkatkan dan mengukur pencapaian sahsiah pelajar di sekolah, khususnya sekolah-sekolah SMKA dan SABK di seluruh negara.
      Antara program yang dijalankan untuk pemantapan sahsiah pelajar SMKA Sultan Muhammad telah merancang dan melaksanakan pelbagai program sebagai program sokongan bagi memenuhi objektif yang digariskan di dalam SUMUR. Keseimbangan kecemerlangan pelbagai kecerdasan merupakan asas kejayaan setiap individu. Ia perlu dibangunkan secara berperingkat dan berterusan.
     Sewaktu merasmikan majlis ini Tn Ahmad Hamizi bin Abu Hassan menyentuh tentang syukur. Antaranya tahniah buat anak-anak tingkatan 1 kerana dalam ribuan yang memohon hanya 150 orang sahaja yang layak diterima. Harapan ibu bapa menghantar ke SMKA adalah untuk menjamin pendidikan agama anak-anak mereka. Semoga para pelajar yang telah dipilih akan menggunakan peluang yang terbaik ini untuk membina sahsiah unggul seperti yang diharapkan oleh Islam. Antara platformnya adalah Program SUMUR ini.
     Ini merupakan trakmark SMKS dan SABK. Pelajar-pelajar di kedua jenis sekokah ini diharap akan menjadi peneraju kepada yang lain di dalam bidak ini sama ada teori mahupun praktikal. Dengan usia SUMUR di sekolah ini yang sudah menjangkau 4 tahun sudah pastinya program yang dirancang dan dijalankan mampu melahirkan generasi yang diharapkan. Ini selari dengan apa yang dikehentaki oleh Allah s.w.t dan Rasul - Nya. Manusia sebagai makhluk Allah yang terbaik seperti yang dinyatakan di dalam Surah At-Tin. Allah telah menjadikan manusia dengan fizikal yang hebat berbanfing dengan makhluk yang lain. Sebagai pelajar gunakan fizikal yang hebat itu untuk mencapai kecemerlangan. Keduanya Allah menjadikan akal sebagai salah satu unsur kehebatan manusia. Menurut kajian orang yang paling hebat di dalam dunia sekarang ini pun baru menggunakan beberapa pratus daripada akalnya bagaimana kalau ianya digunakan sepenuhnya. Jangan kita gunakan akal yang hebat ini untuk menjana kecemerlangan dalam kehidupan kita. Tidak disia-siakan dan dirosakkan dengan anasir-anasir negatif.
     Seterusnya sebagai makhluk yang hebat Allah telah membekalkan manusia dengan nafsu. Nafsu atau keinginan ini sebenarnya kekuatan buat manusia. Namun kecenderungannya menurut Allah lebih kepada keburukan. Maka ia perlu dikawal dengan baik.
    Kekuatan luaran pula buat kita adalah ilmu. Ini merupakan unsur luaran yang perlu dicari dan diusahakan sehingga kita menjadi seorang yang berilmu. Sama ada dengan membaca atau dengan berguru atau sebagainya. Unsur yang lain pula adalah iman. Seseorang itu Islam namun tiada jaminan dia beriman. Iman atau keyakinan yang jitu ini perlu diusahakan dan dicari melalui cara-cara yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w.
    Dengan menggarapkan setiap kekuatan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ini kita akan lahir sebagai insan yang rabbani  dan bersahsiah unggul. Berbudi bahasa, beragama, berketrampilan dan mempunyai jati diri tinggi menjadi bekalan sebagai pemimpin, murabbi dan mursyid kepada  masyarakat di sekitarnya.
    Harapan Sektor Pendidikan Islam semoga sekolah ini berjaya untuk mencapai objektifnya untuk mencapai band 1 pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...