17 Januari 2020

Majlis Pelancaran SUMUR (Berbudi Bahasa)

Alhamdulilah,syukur kepada Allah S.W.T kerana pada 17/1/2020 semua warga sekolah telah bersama-sama dalam majlis Pelancaran Program SUMUR (Berbudi Bahasa) tahun 2020 di Surau Al-Islah.Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Kahfi oleh Muhammad Amnan Bin Norsani dan Farhan Aidil Bin Faisal.Majlis diteruskan lagi dengan persembahan bertemakan berbudi bahasa daripada pelajar Tingkatan 2 Abu Bakar di bawah kelolaan Pn.  Tzarfin Eidura dan Pn. Farah Adlina.Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian daripada pengetua SMKA Sultan Muhammad ,Puan Hajah Hatina Binti Yaakob yang mempunyai perisian seperti sejarah perlaksanaan SUMUR,kaedah perlaksanaan dan nasihat kepada para pelajar.Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran yang diketuai oleh pengetua dan barisan pentadbir serta kepimpinan  Badar.
Diharapara pelajar mendapat mengamalkan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian terutamanya di dalam persekitaran sekolah dan asrama.

Lambaian Akhir Murabiah Ustazah Jumaiah Binti Omar

        Hari itu merupakan hari bersejarah buat guru dan murabbiah kita Pn Hjh Jumaiah binti Omar iaitu hari persaraan beliau. Walaupun keberadaan beliau cuma dua tahun namun banyak jasa yang beliau telah curahkan dalam memajukan sekolah khususnya kepada BADAR. Sebagai seorang senior dan banyak pengalaman beliau sangat dihormati.

    Semoga sentiasa berada di dalam rahmat Allah. Selamat bersara buat sang murabbiah. 
مع السلامة

16 Januari 2020

Tausyiah Iman, Amal dan Ihsan

Alhamdulillah,pada hari khamis (16/1/2020) telah berlangsungnya program bayan bersama mubayyin yang dijemput daripada jemaah tabligh Masjid Batu Berendam,ustaz Nurul Amri Al-Azhari.Amir saf yang bertugas ialah Ustaz Khairil Anuar Bin Salim Al-Zarqawi.Kebanyakkan para pelajar tekun mendengar bayan.
 Antara ilmu yang dikongsikan ialah setiap perkara yang berlaku dalam diri kita semuanya datang daripada Allah seperti contoh kekuatan,kepandaian,kecerdikan semuanya datang daripada kurniaan Allah.Manusia tiada kuasa,tetapi hanya Allah yang berkuasa.Diceritakan juga mengenai kisah-kisah para auliya' zeperti kisah Nabi Sulaiman,Nabi Nuh dan Nabi Muhammad S.A.W. yang mempunyai banyak tauladan dan pengajaran yang boleh diamalkan oleh para pelajar.Ramai para pelajar telah berazam dan mendaftar untuk mengikuti jemaah tabligh dalam masa yyang terdekat.
Program mingguan ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan SMKA Sultan Muhammad menjadi bumi barokah dan berkat dengan kehadiran banyak ulama' dan asatizah.

13 Januari 2020

Perhimpunan Rasmi 3 (الاجتماع الصباحي)

Ucapan Pn Hj Hatina binti Yaacob pengetua SMKA Sultan Muhammad menjurus kepada ucapan tahniah dan terima kasih kerana telah berjaya menjalankan aktiviti gotong royong perdana. 

Perkara yang kedua adalah berkaitan dengan ulasan dan teguran guru bertugas yang perlu diambil perhatian dan tindakan. 
Seterusnya beliau menyetuh berkaitan dengan barisan kepimpinan pelajar yang menjadi tunjang sekolah. Sifat-sifat kepimpinan yang perlu dizahirkan bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk semua. 
Pihak sekolah berjaya mencapai anugerah cemerlang kehadiran iaitu mencapai 95%.
Ucapan tahniah juga buat saudara Amnan bin Muhammad  Sani kerana telah menjadi johan dalam Musabaqoh Tahfiz Al-Quran Peringkat Negeri Melaka.
Pencapaian Anugerah Kehadiran Cemerlang dengan nilai 95% untuk 2019
Perkongsian ilmu bersama Bonda Hatina

10 Januari 2020

Liqa Tanzimi wa Tanfiz BADAR 2020

Syeikh Johari Salih dan Ust. Khairilanuar Salim bersama MT BADAR dan BADAR HELWA.

Ceramah : Bahaya Gejala LGBT

Sohibus Samahah Tn Hj Dahlan Bin Hj Suramin.

06 Januari 2020

Pendidik Unggul

Mesyuarat Pengurusan PAIBA dan BADAR SMKA Sultan Muhammad kali 1


       Mesyuarat pengurusan bertujuan untuk menyelarsakan sumber yang ada agar dapat diagihkan dan digunakan secara cekap dan berkesan. Selain itu ia dapat digunakan dengan berkesan sekaligus membolehkan sesebuah organisasi mencapai matlamat yang telah diletakkan. Pengurusan juga dapat mengurangkan pembaziran sesebuah organisasi dengan menjimatkan kos aktiviti serta aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan baik dan terancang. Semoga tahun 2020 akan lebih cemerlang.

Perasmian Program Pemantapan Disiplin & Sahsiah 2010

     Disiplin adalah teras kejayaan seseorang pelajar serta
menetukan kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Memandangkan disiplin dan pelajar adalah dua unsur yang saling berkait rapat, maka Unit Disiplin dibawah bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama seluruh pengurusan sekolah akan mengadakan satu program yang sangat penting melibatkan semua warga sekolah Di harapkan dengan ada program ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran dan tahap disiplin para pelajar SMKA Sultan Muhammad.

     Kemantapan disiplin pelajar memerlukan satu program yang lebih sistematik. Berakhlak dan berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin, seharusnya dititikberatkan baik dirumah mahupun di sekolah. Program telah dirasmikan oleh Tn Mohd Shukri bin Hamzah pegawai penyasatan jenayah IPD Melaka Tengah. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama PIBG SMKASM, Unit Bimbingan & Kaunseling serta Pusat Sumber Sekolah.

"Disiplin Teras Kecemerlangan" 
"We Love Sultan"

03 Januari 2020

Pelajar Cemerlang Bebas Jenayah

        Kecemerlangan individu tidak semata mata terletak pada kecemerlangan akademik, tetapi kecemerlangan akademik hanya sekadar nilai tambah bagi kejayaan hidup seseorang.
        Teras dari kecemerlangan hidup adalah hidup berdisiplin dan berperaturan. Dunia akan binasa tanpa aturan begitu juga hidup manusia akan hancur jika tanpa peraturan. Oleh itu kecemerlangan individu terletak kepada jati diri individu tersebut.

15 Julai 2016

Majlis Pelancaran Pembudayaan Bacaan Al-Quran (Surah Al-Kahfi)

15 Julai 2016 - "Marilah bersama kita jadikan amalan membaca al-Quran ini sebagai satu budaya dalam kehidupan kita."
"Saya mencadangkan bacaan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat adalah bagi menyahut saranan Rasulullah dan para ulamak yang amat menggalakkan kita membacanya. Diharapkan amalan ini akan dapat membantu kita mendepani pelbagai masalah dan cabaran masakini khususnya daripada fitnah Dajjal,".
Inilah antara intipati ucapan Yang Berbahagia Tuan Hj. Abu Bakar bin Sahari, Pengarah Pendidikan Melaka semasa melancarkan Program Pembudayaan Bacaan Al-Quran (Surah Al-kahfi) sekolah-sekolah negeri Melaka pada pagi ini.
Program ini telah dilaksanakan secara serentak di semua sekolah rendah dan menengah di negeri Melaka.
Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Pengarah Pendidikan Melaka di Surau SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka seawal jam 7.30 pagi dengan disertai Pengetua dan Guru Besar SMKA dan SABK Negeri Melaka serta semua warga SMKA Sultan Muhammad.
Hadir sama mengimarahkan majlis adalah Hj. Mohd. Rashid bin Mohd Sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan Melaka; Hj. Ahmad Hamizi bin Abu Hassan, Ketua Sektor Pendidikan Islam; En. Abdul Halim bin Abdul Malek, Pegawai PPD Melaka Tengah dan juga para pegawai SPI, JPN Melaka. — di SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam, Melaka.
https://m.facebook.com/media/set/?set=a.1224361484271215.1073742168.200301723343868&type=1&l=746d94569b
#ihsan Unit Multimedia SPI 

22 Jun 2016

Majlis Penghayatan Peristiwa Badar Kubra & Nuzul Quran

Program diserikan dengan kehadirang al-Fadhil Ustaz Fakhrul PU untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan Peristiwa Badar Kubra  (Gazwah Badar) dan penurunan Al-Quran.

Bulan Ramadhan merupakan bulan barakah yang padanya pelbagai nikmat zahir dan batin yang disediakan oleh Allah s.w.t. Di bulan ini juga begitu banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku. Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini seharusnya difahami dan dihayati oleh setiap umat Islam. Dengab menghayatinya mampu memperteguh iman dan meningkatkan usaha untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t.

17 Jun 2016

Tazkirah Ramadhan 1 Bersama Imam Muda Palestin

Majlis bermula jam 7.15 pg dengan alunan zikir-zikir munajat.
Seterusnya wakil daripada Aman Palestin telah memberikan sedikit pengenalan berkaitan latar belakang tetamu undangan. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampian tausyiah daripada tetamu undangan. 
 
Tausyiah membicarakan tantang kepentingan ilmu dalam kehidupan orang-orang yang beriman. Menuntut Ilmu adalah suatu keutamaan yang besar di dalam Islam. Setiap sesuatu perkara di dalam agama perlu kepada ilmu. Ini bermakna keberlangsungan kecemerlangan dan keagungan Islam terkait dengan sejauh mana umat Islam mengusai ilmu pengetahuan.
Isu di Palestin merupakan isu umat Islam seluruhnya. Musuh-musuh Islam telah menguasainya dengan meruntuhkan institusi masyarakat di sana. Antaranya menghapuskan budaya ilmu. Para ulama dibunuh dan dijauhkan daripada masyarakat. Ini memudahkan mereka menguasai al-Aqsa.
Oleh itu kembalilah berjihad menguasai ilmu dengan iman di dada. Allah akan mengembalikan nikmatnya yang pernah dikurniakan kepada umat ini.
 الله أكبر   الله أكبر  الله أكبر
https://m.facebook.com/badarsmkasm/albums/10154248903598088/

09 Mei 2016

Zikra Israk & Mikraj Bersama Habib Ali Zainal Abidin al-Kaf

Bumi Sultan Muhammad diberkahi dengab kunjungan daie Habib Ali Zainal Abidin al-Kaf al-Betawi. Beliau merupakan pengasas Malaysia Cinta Rasul (MCR). Kunjungan beliau ke bumi Melaka menyampaikan beliau ke bumi Sultan Muhammad.

Antara untaian nasihat yang disampaikan adalah agar kita banyak bersalawat kepada junjungan Rasulullah s.a.w.

Dua kekuatan yang mampu menyampaikan seseorang kepada yang diingini seumpama burung yang mampu terbang kemana sahaja dengan dua sayapnya. Pertama (صدق التية) niat yang tulus dan (صدق الهمة) kekuatan keazaman dan keinginan.

22 April 2016

Majlis Perpisahan Pn Hjh Yazidah Yazid

Majlis Perpisahan Pn Hjh Yazidah Yazid berpindah ke SMA Syaidah Khadijah sebagai pengetua.

Tugas beliau selaku GPK1 SMKA Sultan Muhammad akan disandang oleh Tn Hj Ghazali Yusof.

Semoga terus cemerlang di suasana yang baru...

04 April 2016

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2016

Sejak sedari awal umat Islam telah diperintahkan agar membudayakan membaca. Bahkan kitab panduan buat ini pon dinamai dengan Bacaan atau bahan yang sering dibaca berulang-ulang "القرآن".

Dengan kalimah bagi wahyu pertama "اقرأ" Allah memulakan perintahNya buat hamba-hambanya. Seolah olah mengisyaratkan akan begitu pentingnya perkara ini dalam hidup seorang Muslim Mukmin.

Buat warga SMKA Sultan Muhammad, anda adalah aset agama, anda adalah aset bangsa, anda adalah aset negara. Generasi yang bakal mewarnai masa akan datang. Pemimpin pada tahun-tahun yang mendatang. Jatuh bangun umat ini adalah ditangan anda. Berusaha sebaik dan semampu mungkin untuk memenuhkan ilmu di dada. Sudah tentu kejayaan itu kuncinya adalah membaca.

28 Mac 2016

Johan Pertandingan Festival Nasyid Jubli Emas MARA 2016

Tahniah buat Pasukan Soutul Azim SMKA Sultan Muhammad kerana telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut. Semoga terus cemerlang.

Mabruk Buat Barisan Guru Anugerah Cemerlang 2016

BADAR mengucapkan mabruk buat semua guru yang terlibat. Semoga terus gigih berjuang.

Majlis Ceramah Perdana Kelebihan Berselawat

Pada 25 Mac 2016 bersamaan hari Sabtu yang lepas pihak BADAR dengan kerjasama PIBG, PAIBA dan pengurusan Sekolah telah berjaya menganjurkan ceramah perdana berkaitan dengan Kelebihan Berselawat.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil ringkas buat Allahyarhamah ibu kepada Pn Suhana bt Tumin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sebelumnya. Seterusnya majlis diteruskan dengan Bacaan Maulid Dibaie dan Qasyidah. Kemuncak program ini ialah penyanpaian ceramah daripada penceramah undangan kita iaitu Al-Fadhil Syeikh Abdul Razak Misri. Ceramah beliau berkisar berkaitan kelebihan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Majlis diakhiri dengan Musofahah dan Selawat bersama tetamu kita.

10 Mac 2016

Lawatan Penanda Aras Imarah Surau SMK Syeksen 24 Shah Alam

Perjalanan ke SMK Syeksen 24 menaiki van KUDUS SMKA Sultan Muhammad bermula jam 8.00 pg. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Zakaria Ismail HEM SMKASM diiringi bersama Ust Tuba Nihrir dan empat orang guru PAIBA. Objektif lawatan adalah mencari rahsia ramuan kejayaan Musolla cemerlang yang pernah dinobatkan Johan Pertandingan Imarah Surau.

Setelah melihat sendiri hasil yang dipaparkan. Sememangnya tidak dildapat dinafikan di belakangnya jiwa-jiwa yang mempunyai keazaman yang tinggi, dan yang utama seorang pengetua yang berjiwa besar.

Bijak memerhati dan menganalisa setiap kekuatan dan kelemahan dilingkungannya lalu membuat kesimpulan bernas untuk digunakan buat meraih cita-cita bersama setiap warganya.

Bermula dengan niat, maksud dan tujuan, langkah diatur, kerja disusun, tugasan diagih. Setiap warga digembleng. Dengan kepercayaan bahawa setiap dari warganya punya kelebihan lalu dibiarkan mereka merekayasa, berinovasi lalu dibimbing dan dituntun. Lahirlah taman syurga yang harmoni buat seluruh warganya. Setiap warga menghargai hasilnya kerana setiap mereka punya saham dan sumbangan atas apa yang dibina. Katanya betul semuanya bukan dengan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Namun semuanya akan jadi mudah, akan jadi ringan apabila hati telah bersatu dan hati telah rela.

Syabas buat warga SMK Syeksen 24, Shah Alam. Anda semua berjaya membina sebuah warga. Membina sebuah keluarga bahagia.

09 Mac 2016

Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Peringkat SMKA Sultan Muhammad 2016

Bermula jam 7.30 pagu para pelajar bersama warga SMKA Sultan Muhammad  berkumpul di Surau Al-Islah untuk sama-sama menghadiri Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Matahari. Majlis dimulakan dengan bacaan zikir munajat dan tilawah Al-Quran.

Setelah itu al-Fadhil Ustaz Zulkifly telah memberikan serba sedikit taklimat mengenai fenomena gerhana matahari dari aspek sains setelah selesai solat sunat dhuha. Kemudia program diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan khaifiat solat sunat gerhana.

Selesai solat al-Fadhil Ustaz Zakaria GPK HEM SMKA Sultan Muhammad telah tampil untuk membacakan khutbah berkaitan dengan gerhana matahari. Diharapkan program ringkas ini mampu menyuntik kesedaran ke dalam hati kita semua akan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, dan kita semua dapat terus istiqamah dalam mengabdikan diri terhadapNya.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...