Ucapan Tn Hj Ariffin Omar sempena pelancaran program. Hari : Jumaat Tarikh : 6 Mac 2009 Masa : 8.00 pg Tempat : Surau al-Islah SMKASM
Hari ini telh dilancarkan secara rasminya Program Bulan Dakwah sempena bulan Maulid Rasul s.a.w yang dirasmikan oleh Tn Hj Ariffin bin Omar Pengetua SMKA Sultan Muhammad. Dalam ucapannya beliau menyeru seluruh wargaSultan bangun daripada lena untuk menghayati Sunnah yang dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w dan dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian. Beliau juga mengingatkan ketika kita sibuk mengejar kejayaan dan kecemerlangan di dunia kita juga wajib mengejar kecemerlangan untuk akhirat. As-Sunnah menjanjikan kecemerlangan dan kejayaan serta mencapai keredhaan Ilahi.
Teman-teman dan anak-anak didik yang dikasihi. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t dan saya sentiasa berdoa kepada Allah agar SMKA Sultan Muhammad sentiasa cemerlang dan mencapai kegemilangan pada tahun 2010.
Sewaktu dalam perjalanan saya ke sekolah, sempat bagi saya untuk menyudahkan ma’thurat. Sewaktu itu saya teringat kisah “Pristo” (rahib/paderi) bersama pemandunya. Pristo adalah seorang yang gigih, tugasnya siang dan malam mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Senantiasa tempatnya di rumah-rumah Allah.
Untuk memendekkan cerita, suatu hari si Pristo dan pemandunya yang setia kembali ke hadrat Allah. Apabila meninggal kedua-duanya dan setelah selesai penghisaban maka si Pristo pun dipanggil untuk memasuki syurga. Tetapi tatkala kaki mahu melangkah masuk berseru suara agar menghalang si Pristo memasuki syurga. Suara itu menyatakan kamu tidak boleh masuk ke syurga ini selagi pemandu anda belum memasukinya. Si Pristo berasa hairan lalu bertanya mengapa pemandunya yang dapat memasuki syurga ini lebih awal sedang dia yang berperanan besar bertungkus lumus bekerja dan berdakwah serta mengabdi diri kepada Allah, si pemandu hanya bertugas membawanya ke tempat yang di tuju.
Maka berseru suara membenarkan apa yang dikatakan. Sambungnya tetapi tatkala ia memandu si pemandu sering mengingatkan penumpangnya mengingati Allah, dan setiap kali dia memandu dia memandu dengan begitu laju sehingga penumpangnya berasa takut dan ketakutan itu menyebabkan para penumpang sentiasa ingat kepada tuhannya, sedang si Pristo yang sering ke sana ke mari berdakwah mengingatkan semua pendengar kepada Allah tetapi pendengarnya ramai yang tidur. Untuk itu, si pemandu lebih baik daripada si Pristo dan untuk itu si Pristo akan masuk lewat setengah hari daripada pemandunya.
Kesimpulanya pelajar-pelajar perlu sadar sewaktu guru-guru mencurah ilmu jangan anda menjadi penyebab guru-guru anda lewat untuk masuk ke syurga.
Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa bersedia apa yang akan dihadapinya dan dia perlu berusaha lebih daripada usaha yang disumbangkan oleh orang yang berjaya.
Ini merupakan salah satu darpada rentetan program anjuran BADAR SMKASM untuk tahun ini. Syabas buat pengarah program dan AJK nya bertungkus lumus untuk enjayakan progran ini.
Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Selawat dn salam buat nabi junjungan, keluarganya, sahabatnya dan para awliya’ Allah wa ba’du.
Semoga pujian yang dilontarkan kepada kita tidak kita terima seperti pujian terhadap ayam jantan, juga kita tidak menerima pujian tersebut bak angin yang bertuah sepoi-sepoi bahasa yang menghembus ke muka justeru memukaw, termenung tidak berbuat apa.
Kisahnya sama seperti seekor anjing yang kurus kering akibat sudah lama tidak menjamah makanan. Anjing itu mundar mandir di tepi sungai yang lebar mencari jalan bagaimana untuk pergi ke seberang. Hendak diseberangi terlalu dalam, hendak diredah terlalu lebar. Akhirnya setelah lelah menyusur sungai dia terjumpa sebatang pohon besar yang tumbang merentangi sungai. Terdapat padanya sebuah lubang kecil yang mampu menghubungkannya ke seberang sungai. Oleh kerana badannya yang kerus dan keding ia mampu lolos lubang tersebut dengan mudah. Sampai dia ke seberang dengan segala kudrat yang tinggal dia mencari makanan. Sungguh beruntung rupanya apa yang dihajati terlalu banyak untuk dimakan. Dia pun meratah makanan yang ditemuinya sehingga kekenyangan. Badan yang dahulunya lemah kini bertenaga, badan yang kurus kini berisi. Dia teringat akan rumahnya di seberang. Dia ingin pulang.Dia kembali ke pohon yang tumbung. Tapi sayang lubang itu terlalu kecil untuk dia lalui. Dia cuba memaksa diri hingga luka tubuh badannya namun dia tidak berjaya.
Sang anjing keluar kembali. Setiap binatang yang ditemui; buaya, ular mahupun serigala ditanyanya bagaimana boleh saya dapat kembali ke sana. Namun jawapan mereka menghampakan, sehinggalah dia bertemu seekor anjing tua (u’lama bagi anjing-anjing). Si tua menasihatinya : “Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Biarkan saja masa berlalu sehingga anda kembali seperti yang lalu barulah anda dapat pulang ke seberang”.
Jika kita hendak mengatasi orang-orang yang cemerlang kita tidak boleh duduk menopang dagu seperti si anjing yang ingin kurus kembali. Kita berusaha sepuluh kali ganda daripada usaha yang telah kita berikan sekarang.
Badan Dakwah & Kerohanian (BADAR) merupakan landasan tarbiyah buat anak-anak didik dan warga sekolah dalam memahami dan mengamalkan Din Islam yang syumul. Justeru itu perancangan yang terperinci dan teratur diperlukan agar maksud penubuhannya membekas dan mencapai sasaran yang diletakkan.
2. Matlamat
Membina generasi pelajar dan warga sekolah yang mantap dari sudut aqidah, penghayatan dan penghayatan syariah dan berakhlak mulia.
3. Objektif
3.1 Membina generasi pelajar yang berupaya membaca dan memahami al-Quran. 3.2 Melahirkan generasi pelajar yang mematuhi, memahami dan menghayati asas-asas tuntutan syariah Islamiah. 3.3 Melahirkan generasi pelajar yang mematuhi dan memahami tasawur Islam serta berupaya mengimplimentasikan di dalam kehidupan, pemikiran dan pelakuan hidup seharian. 3.4 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui dan memahami sejarah dan peradaban umat Islam dan hubungannya dengan arus peradaban manusia masa kini. 3.5 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami dan menghayati asas-asas akhlak Islam.
Assalamualaikum... Terima Kasih Kerana Melayari Blog Badar SMKASM. Tujuan Blog Ini Dibina Kerana Ingin Memperkenalkan Organisasi BADAR Yang Telah Ditubuhkan Di Sekolah Kami. Kami Berbangga Kerana, Buat Julung-julung Kalinya, Organisasi BADAR Sekolah-sekolah Di Malaysia Mempunyai Blog Mereka Yang Tersendiri.