31 Januari 2020

CERAMAH PERDANA : SHEIKH ZAINUL ASRI (TAUHID DAN CINTA YANG SEBENAR)

1. Mengapa murid dipanggil murid? Kerana ia ingin menuntut kepada Allah.
2. Arradah bermaksud, mahu atau berkehendak
3. Murid ialah orang yang nak kepada Allah.
4. Semua pengajian kita hendaklah hanya kepada Allah sahaja.
5. Semua perkara menjadi sia sia jika dilakukan tidak kepada/kerana Allah.
6. Sebab manusia memisahkan antara dunia dengan akhirat adalah kerana daripada ucapan alhamdulillah itu sendiri yang tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh yang Maha Esa
7. Man jadda wajada. Siapa yang berusaha dia berjaya.
8. Jangankah kita leka ketika menuntut ilmu agar tidak ketinggalan.
9. Ilmu itu mestilah ditulis agar ia sentiasa diingati.
10. Ilmun itu seperti binatang buruan, maka ikatlah binatang buruan itu dengan elok.
11. Jangan tulis apa apa ilmu dengan warna merah kerana ia merupakan warna yang digunakan oleh malaikat untuk mencatat keburukan.
12. Matlamat kita hanyalah kepada Allah sahaja, bukan benda benda lain.
13. Tuhan kita ialah Esa. Bermaksud ia adalah tunggal dantiada dua.
14. Agama disisi Allah ialah Islam.
15. Yang kita nafikan dalam kalimah "lailahailallah" ialah tiada tuhan serupa dengan Allah.
16. Janganlah kita tinggalkan solat.
17. Sesungguhnya tuhan itu tidak berada di sesuatu tempat. Jika ia berada di suatu tempat maka ia adalah makhluk. Maka, Allah bukan makhluk.
18. Makhluk sentiasa bergerak dan sentiasa diam. Manakala, Allah pula tidak bergerak mahupun diam. Kerana Dia adalah Tuhan yang maha tinggi ilmunya.
19. Allah adalah pencipta, manakala kita manusia adalah makhluk dan kita dicipta oleh Allah.
20. Untuk memahami ilmu tasauf ia mesti dirasai oleh hati dengan lebih mendalam.
21. Ilmu tauhid ini mestilah nazar. Nazar bermaksud melihat sambil berfikir. Ia juga merupakan ilmu penghayatan.
22. Semua orang boleh mengakatakan Allah, tetapi ramai yang tidak merasai perkataan Allah itu didalam hatinya.
23. Sifat Allah adalah mulia, maka kita sebagai manusia hendaklah mengatakan bahawa diri kita ini tidak mulia. Begitu juga pujian terhadap Allah yang lain.
24. Manusia adalah fakir terhadap Allah. Semua yang kita lakukan hanyalah kepada Allah sahaja dan milik Allah.
25. Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia ada balasannya mahupun baik atau buruk.
26. Apabila menyebut "lailahailallah" mestilah disebut dengan mulut dan dirasai dengan hati agar ia tidak menjadi sia sia.
27. Setiap makhkuk mestilah mengenali Allah agar perasaan cinta terhadap Tuhan itu hadir dalam diri seseorang mahkluk.
28. Bukan musibah sesiapa yang kehilangan kekasih, tetapi musibah kepada sesiapa yang kehilangan Allah.
29. Jikz kita ingin cinta kepada Allah, hendaklah kita kenal Allah dahulu, jika ingin mengenal Allah, hendaklah kita mengaji atau menuntut ilmu dahulu.
30. Jika ingin khusyuk dalam solat fardhu, hendaklah ditunaikan sekali solat sunat.
31. Siapa yang menjaga solat sunat, maka solat fardhu juga akan terjaga.
32. Kesimpulannya, ilmu itu mestilah diamalkan. Jika kita amalkan ilmu itu maka kita akan mendapat ilmu yang lebih lagi dan jauh lebih mendalam.

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...