25 Mac 2011

Kejayaan Hakiki vs Kegagalan Hakiki!

Alhamdulillah lafaz agong yang menyusul selepas basmalah (singkatan bagi بسم الله الرحمن الرحيم) di dalam surah pembuka al-Quranil-Karim (Surah al-Fatihah). Dia-lah yang mengatur segala yang tercipta. Tersimpul di dalam lafaz Rabil a'lamin (pemelihara/pengatur semesta alam). Janji kejayaan buat yang taat dan kebinasaan buat yang ingkar dan maksiat. Tiada daya dan upaya buat seorang hamba untuk mengelak daripada dua ketentuan ini.
Kadang-kadang kita alpa pesan Allah dan rasul-Nya. Allah menilai manusia bukan dari paras rupa, harta atau kuasa (kedudukan) tapi nilai taqwa dan akhlak mulia. Jika nilai kejayaan manusia pada harta pasti merana si papa. Jika dilihat dari kecantikan paras rupa pasti kecewa mereka yang cacat wajahnya. Jika dilihat dari kebijakannya pasti rasa terhina si dungu akalnya. Tapi Allah Maha Adil, memadai bagi siapa yang taat perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya untuk berjaya.
Kejayaan dunia adalah gambaran kejayaan akhirat. Bayangkan kerana terlalu gembira seseorang tidak dapat menahan aliran air mata. Kerana terlalu gembira dengan kejayaan dunia seseorang hilang kewarasan akalnya. Kerana terlalu gembira ada yang tersasul bicara. Semuanya berlaku secara tidak sengaja dek kerana terlalu gembira. Alangkah bagaimana jika kejayaan itu adalah kejayaan yang diisytiharkan Allah s.w.t di akhirat kelak. Pasti kegembiraan yang mengatasi segala kegembiraan. Tapi jika sebaliknya pasti kedukacitaan yang tidak dapat digambarkan hanya saja sebagai peringatan Allah merakamkan cerita si gagal (di akhirat) dengan ungkapan "ya laitani kuntu turaba" (Ya Allah alangkah baik jika aku tidak dibangkitkan (hanya sekadar tanah))
 Memilih di antara dua jalan

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...