16 Mac 2011

Berkenalan (التعارف)

Apabila meniti bait-bait nasyid yang dipopularkan semula oleh kumpulan Hijaz tiba-tiba bemain di dalam minda tentang sejauhmana kita telah mengenal teman seperjuangan kita? Benarkah sukar mencari rakan seperjuangan? Adakah kita sudah jelas dengan erti ukhuwah (persaudaraan) setelah lama kita ditarbiyah di dalam usrah?
Sama-sama kita renungkan ini :

Dunia Yang Sepi

Album : Pelita Hidup II
Munsyid : Hijjaz

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia minuteman

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Nilai persaudaraan sangat besar di dalam Islam. Rasulullah telah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansor bahkan menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi mereka yang bersaudara semata mata kerana Allah. Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertanya kepada Saidina Bilal apakah yang menyebabkan beliau dapat mendengar derap langkahnya ketika Baginda Rasulullah s.a.w dibawa melawat ke dalam syurga sewaktu Israk dan Mi'raj. Lalu Saidina Bilal menjawab iaitu mungkin amalannya yang sering memperbaharui wuduk dan bersolat sunat setiap kali selepas daripada berwuduk. Apa yang nak saya fokuskan di sini bagaimana hampirnya Rasulullah s.a.w dengan para sahabatnya dan betapa kenalnya Baginda dengan sahabat-sahabatnya sehingga beliau s.a.w dapat mengenal derap langkah sahabatnya. Tidakkah ini cukup bagi kita untuk bermuhasabah sejauhmana kita mengenali rakan seperjuangan kita? Persaudaraan yang terbina dengan ikatan hati semata-mata kerana Allah mempunyai nilai yang besar dan akan pasti membawa impak yang besar dalam kerja Islami (amal Islami) Semoga kita dapat sama-sama mengislah diri demi menjadi mujahid sejati.

 Adakah kita sudah berukhuwah kerana Allah?

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...