22 Mac 2011

Kenapa sibuk nak kena catat?

السلام عليكم و رحمة
Sesi pempelajaran penggal pertama bersambung dan bermula dengan langkah yang cantik. Minggu ni dilancarkan Program Budaya Mencatat. Semua pelajar diwajibkan memiliki buku catatan. Mereka dikehendaki mencatat setiap isi penting yang mereka dapat samada daripada kelas-kelas tafaquh atau daripada mana-mana program ceramah dan ucapan

Kenapa Mesti Catat?
Oleh kerana sifat ingatan manusia itu sangat terbatas, satu-satunya cara untuk mengekalkan idea-idea hebat dan maklumat-maklumat penting ialah merekodnya. Banyak cara yang boleh kita gunakan dan paling mudah serta jimat kos ialah TULIS atau Mencatat.

Ibnu Batutah, penulis karya agong “Rehlah Ibnu Batutah" tidak pernah menyangka catatan pelayarannya yang panjang mampu menjadi sebuah karya yang agong. Menjadi rujukan para ilmuan. Bukan sahaja oleh para pengembara tetapi ilmuan dalam pelbagai bidang antaranya merangkumi geografi, kemasyarakatan, politik, pengurusan dan kerohanian.

Billi Lim, penulis buku “BERANI GAGAL’ menggunakan cara ini sekian lama. Dia mencatat semua ideanya di dalam buku 555. Itulah hartanya yang paling berharga sampai Billi berkata, “Rumah saya terbakar saya tak sedih, saya boleh bina semula. Tapi kalau buku-buku catatan idea saya ni terbakar, hidup saya musnah..!!”
Para sahabat Rasulullah r.a yang pandai menulis dilantik menjadi pencatat wahyu.
Mereka mempunyai kududukan istimewa di sisi Rasulullah s.a.w
Budaya mencatat ini tersangat-sangat kritikal dalam masyarakat kita. Bukan tak ada idea, kita cuma malas mencatat. Kita lebih suka mencatat rutin kerja harian daripada mencatat idea-idea baru. Idea yang lebih berharga daripada segunung emas lenyap di telan masa.

Mulai hari ini,  catatkan hikmah-hikmah, informasi, maklumat dan idea-idea yang memenuhi minda anda. Jadikan budaya mencatat sebahagian daripada hidup anda.

Saya percaya, salah satu idea,maklumat, informasi atau hikmah yang anda catat itu bakal mengubah hidup anda buat selama-lamanya. Insya Allah..Sapa tahu, satu hari nanti karya (catatan) anda akan menjadi rujukan para ilmuan seperti pencatat-pencatat agong yang silam.
 

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...