07 Mac 2022

SESI LIVE PRESIDEN BADAR 2021/2022 BERSAMA KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM(SPI)

 SESI LIVE PRESIDEN BADAR 2021/2022 BERSAMA KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM(SPI)

Tanggal 13 Febuari 2022 menjadi salah satu tarikh bersejarah bagi para pelajar SMKA Sultan Muhammad khususnya setiap ahli BADAR apabila telah diberi peluang dan penghargaan untuk menghantar wakil pelajar (presiden badar),RIFQI ADHAM BIN ROSHAIZAD,untuk bersama-sama bertukar pendapat dan berkongsi ilmu di dalam sesi live secara maya iaitu program SEMARAK AL-QURAN anjuran sektor pendidikan islam jabatan Pendidikan Negeri Melaka.Tajuk yang dikupas adalah Nikmat Ilmu di Dalam Kehidupa.Semoga perkongsian ilmu ini menjadi asbab kemenjadian murid di SMKA Sultan Muhammad dan menjadi pemangkin kemenjadian sahsiah pelajar.







MESYUARAT BULANAN MAJLIS TERTINGGI BADAR FEBUARI 2022

 MESYUARAT BULANAN MAJLIS TERTINGGI BADAR FEBUARI 2022



Walaupun berada di kediaman rumah masing-masing,tugas hakiki seorang pelajar bergelar majlis tertinggi badar tidak akan dilupakan,Mesyuarat bulanan merupakan medium di mana setiap majlis tertingi badar akan berbincang mengenai pengurusan dan penganjuran setiap aktiviti badar.Mesyuarat pada kali ini agak berbeza dengan sebelum ini kerana turut dihadiri oleh barisan majlis tertinggi Badan Pengawas sekolah dan asrama bagi bersama -sama berkongsi idea,pengalaman dan sumbangan fikiran bagi memajukan lagi sahsiah setiap pelajar SMKA Sultan Muhammad.

Tarikh:28 Febuari 2022 

Hari:isnin

Perkara dibincangkan:

-pengurusan dorm majlis tertinggi (dorm A9 dan A10)

-pengurusan bulan ramadhan

-pengurusan dana pembelian hadrah baharu

-halatuju badar 2022-2025

-dan hal-hal umum yg lain

PENGALAMAN PELAJAR DI PUSAT KUARANTIN MEGA (PPV) MITC MELAKA

PENGALAMAN PELAJAR DI PUSAT KUARANTIN MEGA (PPV) MITC MELAKA

Pada 21 Januari 2022,Bumi keramat as-sultan dikejutkan dengan berita kes pelajar positif pertama di SMKA Sultan Muhammad.hal ini telah mendorong pihak sekolah untuk mengarahkan supaya semua pelajar asrama menjalani kuarantin di asrama  dan golongan pelajar yang disahkan positif akan dikuarantin di bilik khas dan dihantar ke Pusat Kuarantin Mega (PPV) MITC Melaka.Pelbagai pengorbanan dan sumbangan tenaga telah dicurahkan oleh murabbi As-sultan dalam menjaga kebajikan pelajar terutamanya barisan warden dan PK HEM.Tuntasnya,para pelajar mendapat pengalaman berharga sepanjang menjalani kuarantin di PPV MITC ini khususnya mengenai langkah untuk mengendali kesihatan dan cara mengurus diri tanpa kehadiran keluarga secara langsung.







 





RINGKASAN TAUSIYAH TUAN GURU USTAZ HAJI MUHAMMAD HATTA SYAMSUL ARIFFIN BIN HJ. ABDUL RAHIM

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

4 OGOS 2021 (26 ZULHIJJAH 1442)

 

1.       Zaman sekarang zaman yang penuh dengan ketakutan

2.       Kerana setiap hari kita dengar orang terekat kita,ahli keluarga kita berdepan kematian akibat virus korona ini.

3.       Ustaz mengesyorkan agar semua melakukan solat  jenazah ghaib untuk syuhada’ korona.

4.       Dan waktu terbaik untuk kita buat solat jenazah ghaib ini bagusnya selepas isyak.

5.       Kita yakin siapa yang meninggal dunia kerana covid ini adalah syahid.

6.       Jika setiap malam kita solat jenazah ghaib,mesti di antara setiap jenazah ini terdapatnya wali allah,habaib.maka,dengan ini juga mendatangkan kebaikan kepada kita.

7.       Persamaan majlis kita (malam ini) dengan majlis Habib Sholeh bin Hassan Al-Bahr adalah majlis ini adalah majlis selawat.insya allah serba sedikit bukan tidak dapat menyamai majlis habib soleh al bahr,tapi mungki serba sedikit ada berkahnya.

8.       Ini Habib Sholeh Bin  hassan Al-Bahr,ada suatu kisah semasa beliau dalam perjalanan haji,syeikh Abdul Rahman (musnid yaman) datang bertemu siydil habib sholeh bin hassan al-bahr,lalu syeikh bertanyakan bagaimana cara solatnya para wali?,maka,baginda habib mengarang sebuah kitab mengenainya dan kitab itu disebarkan kepada para ulama.Maka,semua ulama-ulama berasa kagum dan tercengang karangan Habib sholeh Bin Hassan Al-bahr.

9.       Bagus apa yang dilakukan oleh khuddam al habaib ini apabila melakukan majlis semasa ramai yang sedang lalai.

10.   Jika di waktu kebiasaaan,(bukan pkp),jika ada jamuan baru semua mahu hadir majlis ilmu,jika tidak sedikit Jemaah.

11.   Setiap wali allah ada karomah masing masing.tak semua wali karomahnya sama.

12.   Hari ini setiap hari ramai yang meninggal dalam keadaan karomah,kerana kovid ini,maqamnya hamper sama dengan seperti wali wali allah,maka amalkanlah solat sunat jenaah ghaib.

13.   Oleh itu,pada waktu beginilah (zaman semua orang stress),dengan bersolawatlah dapat mendamaikan qalbu(hati).

14.   Mengingati orang orang soleh / wali allah akan membuatkan bercucuran rahmat rahmat allah.

15.   Mudah mudahan dengan berkah sayiduna rasulillah kita semua dapat menerima berkahnya.AMIN YA ROBBAL ALAMIN

 

SYUKRAN,SEMOGA MEMBERI MANFAAT






lujnah penerbitan dan publisiti,badar 2022 published

RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH OMAR KHOLAS MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE 28 JULAI 2021 (18 ZULHIJJAH 1442)

RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH OMAR KHOLAS

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

28 JULAI 2021 (18 ZULHIJJAH 1442)

 

1.       Kita ini bukanlah kumplan manusia pertama yang hidup di atas muka bumi ini,berapa ramai yang sudah hidup di atas bumi ini (contohnya melaka ini) yang sudah meninggal dunia.mereka juga melakukan perkara asas sama seperti kita makan,minum,tidur

2.       Semuanya akan mati juga.maka hendaklah kamu semua

·         Bertakwa kepada Allah

·         Bermuhasabah

3.       Maka,apakah makna takwa?menjadi orang bertakwa bukan hanya bersedeqah kepada fakir miskin,membaca quran berjuzuk juzuk

4.       Definisi takwa yang sebenar adalah melakukan yang wajib,meningalkan yang haram (inilah ciri orang yang bertaqwa)

5.       Taqwa pula memerlukan ilmu.ulama itu mengatakan ilmu itu ialah fardhu ain.

6.       Melalui ilmu fardhu ain,seseorang itu mengetahui cara menentukan waktu solat,membaca al fatihah dgn makhraj yang betul.dibahaskan juga mengenai dosa dosa (agar mukallaf menjauhi nya.

7.       Tajuk yang saya (syeikh) pilih pada malam ini adalah ilmu yang perlu dibawa ke akhirat,(ilmu fardhu ain)

8.       Ramai yang memikirkan politik,hal semasa tetapi TIDAK MEMIKIRKAN MENGENAI KSIHATAN ROHANI MASING MASING.

9.       Melalui ilmu farhu ain ini juga,kita akan berasa sentiasa ingin bertaubat.Antara rukun taubat ialah  ……..1)bertaubat dengan bersungguh sungguh…2)menyesali perbuatan…..3)berazam tidak mengulaginya lagi

10.   Aqidah adalah asas,manakala ilmu fardhu ain pula merupakan permulaannya.

11.   Ilmu fardhu ain adalah peringkat pertama dalam pembelajaran

12.   Maka,cara ulama terdahulu yang mengutamakan ilmu fardhu ain sebelum mengajar ilmu lain (seperti mufti haji kholil,mufti melaka yg pertama) mesti kita ikuti cara mereka.

 

SYUKRAN,SEMOGA MEMBERI MANFAAT

lujnah multimedia dan penerbitan,2022 publiched


RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH OMAR KHOLAS MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE 21 JULAI 2021 (12 ZULHIJJAH 1442)

 

RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH OMAR KHOLAS

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

21 JULAI 2021 (12 ZULHIJJAH 1442)

 

1.       Akhlak Nabi Muhammad S.A.W. adala akhlak yang paling agung.

2.       Bertuahnya kita dilahirkan di dalam umat sebaik baik nabi.

3.       Setiap hari kita ingat nabi kita.

4.       Maka,Rasulullah yang mengajar kepada umat ini akidah yang benar.

5.       Pada hari ini,kita akan berbincang mengenai RUPA PARAS RASULULLAH S.A.W.

·         Mafhum hadis;barang siapa yang melihat rasulullah secara asli di dalam mimpi,maka dia akan masuk syurga.

·         Ini adalah keuntungan besar bagi dia,kerana mendapat jaminan nabi masuk ke syurga.

·         Maka jika seseorang ingin mengetahui rupa paras asli rasulullah,maka hendaklah dia belajar rupa paras Rasulullah S.A.W.

Ø  Nabi bukan terlalu tinggi dan bukan pendek,ketingiannya sederhana(cenderung kepada tinggi)

Ø  Warna kulitnya putih bercampur kemerahan.

Ø  Anak matanya baginda luas,warna putih dalamnya,sangat putih,dan ada garisan halus warna merah,biji matanya sangat hitam.Maka,apabila ciri ciri ini disatukan,akan membentuk mata yang sangat indah.

Ø  Dahi baginda luas.

Ø  Rambutnya hitam,Panjang,tidak kerinting,tidak terlalu lurus

Ø  Janggutnya tebal dan hitam

Ø  Giginya sangat cantic tersusun

Ø  Lehernya putih

Ø  Antara dua bahunya lebar

Ø  Sendinya,dua lutut dan sikunya,besar(menunjukkan kekuatan nabi yang diibaratkan seperti 40 lelaki)

Ø  Tapak tangannya sangat lembut.

Ø  Baunya sangat wangi,harum walaupun tanpa mnggunakan minyak wangi.

Ø  Dada dan perutnya separas,perutnya tidak buncit (hal ini kerana jika dalam hari nabi tidak berpuasa,baginda hanya makan  kali sehari)

Ø  Tapak kakinya tidak rata,terdapat lekuk yang menunjukkan kaki yang kuat

Ø  Tumitnya mempunyai  isi yang sikit

6.       Maka,sesiapa yang dapat melihat semua sifat ini ,beruntunglah kamu kerana telah mendapat jaminan nabi akan dimasukkan ke dalam syurga.

7.       Yang mahu keselamatan di dunia dan di akhirat,ikutilah rasulullah,

8.       Perkara yang paling utama ikutan nabi yang perlu kita ikui adalah aqidah.

9.       Kerana Rasulullah bermula berdakwah kepada penduduk Mekah dengan mengutamakan ajaran aqidah(mengenal allah).

10.   Ini jugalah adalah cara ulama melaka terdahulu dalam menyebarkan agama islam di negara ini.

11.   Semoga allah memudahkan urusan ulama kita untuk teruskan menyebar aqidah ahli sunnah wal jamaah.

 

RINGKASAN TAUSIYAH HABIB MUSTHOFA AL-HADDAR BERSAMA SAYYID ARSYID SAYYID YASIN MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE 11 OGOS 2021 (3 MUHARRAM 1443)

 



RINGKASAN TAUSIYAH HABIB MUSTHOFA AL-HADDAR BERSAMA SAYYID ARSYID SAYYID YASIN

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

11 OGOS 2021 (3 MUHARRAM 1443)

 

1.       Jadi sempena hijrah ini,jadi waktu ini adalah waktu yang allah berikan kepada kita yang perlu kita berarkan dan agungkan kerana ini antara waktu utama dalam islam.

2.       Maka nerkata Habib Ali Abu Bakar Al-mashyur,kita perlu besarkan hari kebesaran islam,maka diantara siapa yang tidak mengagungkan hari kebesaran islam,maka dia tergulung dalam kulungan yang tidak baik (fasiq)

3.       Jadi hari hijrah ini adalah hari yang besar kerana dalam hijrah ini mengangkat panji agama menjadikan agama islam kuat dan berkembang melalui penghijrahan nabi dari kota mekah ke Madinah

4.       Maka hijah ini menjadi titk tolak penyebaran islam sehingga ke Yathrib,maghribi dengan punca hijrahnya ke Madinah.

5.       Adapun hijrah ini yang mencetuskan permulaan Tarikh ini adalah saidina Umar Al-Khatab

6.       Maka,ada sesetengah manusia mengatakan menyambut sambutan maal hijrah ini ini adalah bidaah hanya kerana nabi tidak lakukan.

7.       Sedangkan pabila ditanya kpd mereka ,mereka pula tidak mampu mempertahankan dan membalas hujah mereka tanpa asas yang kukuh.

8.       Mengikut takrifan ulama’,khulafa Ar Rasyidin itu 30 tahun selepas kewafatan baginda Nabi S.A.W,maka ini termasuk baki 6 bulan pemerintahan Saidina Hassan

9.       Sebenarnya saidina hassan Berjaya memberhentikan banyak pertumpahan darah.Antaranya perbalahan antara puak muawiyah dan penyokong saidina hassan,.sehinggakam saidina hassan dengan relanya meletakkan jawatan pemimpin utamanya pada ketika itu walaupon beliau mempunyai sokongan yang lebih,semata mata untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah yang banyak.

10.   Maka,habib ingin menyimpulkan kalamnya,maka apabila berlaku masalah,jadi kita sebagai umat islam mestilah memilih cara penyelesaian daripada cara islam.di dalam crita saidina haan yang diceritakan oleh habib tadi,maka dapat kita mengambil iktibar .walaupun banyak yang mecaci,melontarkan tohmahan kpd saidina hassan,beliau tetap mengutamakan islam.

11.   Dan habib mendoakan sempena tahun baru ini supaya diangkat bala,diberikan kesejahteraan kepada kita,menerima khabar yang baik sahaja.

12.   Dan akhirnya siydil habib juga mendoakan supaya Allahyarham Ustaz said,madasah tauhid,pokok mangga ditempatkan di tempat orang yang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.

 

SYUKRAN,SEMOGA MEMBERI MANFAAT

lujnah multimedia dan publisiti ,2022 published

 



RINGKASAN TAUSIYAH HABIB ABDUL RAHMAN AL ATTAS

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

18 OGOS 2021 (10 MUHARRAM 1442)

 

1.       Mudah mudahan di hari Asyura allah menerima taubat kita sebagaimana Allah menerima taubatnya Nabi adam.

2.       Sesungguhnya dengan baginda Nabi S.A.W kita menumpang,dipermudahkan perjalanan bertemu Allah.

3.       Insya allah esok banyak peristiwa berkaitan Hari Asyura

4.       Antaranya adalah peristiwa pembunuhan Saidina Husin (cucu rasulullah)

5.       Apabila saidina Hussain lahir,kelihatan malaikat jibrail bersedih,lalu Nabi Muhammad terus bertanya kepadanya mengapa beliau bersedih,maka dijawab malaikat Jibril bahawa Saidina hussin akan dibunuh di Kabbalah.

6.       Mengikut pendapat ulama’,Nabi S.A.W boleh sahaja mendoakan supaya saidina hussin diselamatkan kerana doa baginda pasti makbul.tetapi,baginda tidak mahu melakukannya kerana jika dikabulkan,syafaat Rasulillah akan turun kepada saidina husin.maka.kerana sayang akan umatnya,baginda sanggup mengorbankan cucunya untuk menggunakan syafaatnya kepada umatnya yang dikasihi di hari akhirat nnti.

7.       Nabi saying kepada cucunya sehingga sanggup korbankan nyawa cucunya untuk kerahmatan kpd umatnya.

8.       Ini kasih sayang nabi kepada umatnya,maka bagaimana kitab oleh tidak mahu berselawat kepada nabi Muhammad.

9.       Jadi hadamkan diri kita untuk mengisi hari asyura ini seperti menolong anak yatim,yg penting niat kita ikhlas ingin menolong anak yatim.

 

SYUKRAN...SEMOGA MEMBERI MANFAAT


lujnah multimedia dan penerbitan,2022 published


 



MAULID AD DIBA’IE ONLINE 14 JULAI 2021 (4 ZULHIJJAH 1442)

RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH MAHMUD AL WASOBI

 

 

1.       Kita mohon supaya Allah s.w.t. semua yang berada di dalam majlis ini duduk di atas mimbar Bersama nabi Muhammad S.A.W

2.       Ada suatu kisah dimana saidatina aisyah r.a. sedang menjahit baju di dalam gelap (kerana beliau mahir menjahit sehingga mampu melakukannya di dalam gelap) ,selepas itu,jarum yang digunakan saidatina aisyah terjatuh.di dalam kegelapan tersebut sukar untuk beliau mencari jarum tersebut.lalu,Rasulullah memasuki bilik tersebut dan akibat keberkahan cahaya daripada rasulullah,maka saidina aisyah menjumpai jarum trsebut.

3.       Cahaya dari muka rasulullah S.A.W. mengalahkan cahaya daripada lampu

4.       Iktibar daripada majlis ini,kita kuatkanlah lagi kecintaan kita kepada rasulullah

5.       Berkata imam al haddad,tanda kita cinta rasulullah adalah kita mengikut rasulullah,kita ikut adab rasulullah,kita ikut doa rasulullah

6.       Jika kita cinta nabi tapi tidak mengikut sunnah nabi,perlulah kita memuhasabah diri

7.       Kita ikut dan amalkan syamail rasulullah di rumah kita

8.       Sekarang kita sudah masuk ke bulan zulhijjah,jadi sehingga 9 zulhijjah (hari arafah) sunnah untuk kita lakukan banyak amal,seperti bepuasa 10 hari zulhijjah (balasannya seperti kita berpuasa setahun hanya pada 1 hari)

9.       Habib mendoakan kita supaya semua sekali dimasukkan dalam golongan yang dimuliakan

 

SYUKRAN..SEMOGA MENDAPAT MANFAAT


Lujnah multimedia dan penerbitan badar,2022 published


24 Disember 2021

RINGKASAN TAUSIAH MAULID ONLINE MAULID AD DIBA’IE (HABIB ALI ZAINAL ABIDIN AL MADIHIJ) 7/7/2021 26 ZULKAEDAH 1442

 





1.       Kita harapkan semua selawat yang kita sudah baca sebentar tadi agar menjadi penguat kita kepada mahabbah rasulullah s.a.w

2.       Sekarang ini kita diuji wabak diseluruh dunia,ini adalah sebuah cobaan,jadi salah satu hikmahnya :

3.       Banyak saudara kita lebih menjaga imun(vaksin), tetapi banyak orang islam yang tertipu dengnnya sehingga tidak menjaga iman.

4.       Ramai yg tidak menjaga imanya kepada Allah S.W.T.

5.       Ramai yang sudah divaksin berasa tenang sehingga melupakan allah,tetapi lupakah yang memberi penyakit itu ALLAH,yang memberi kesihatan itu pon ALLAH.

6.       Sehingga ada yang rasa telalu aman selepas mendapat vaksin,sehingga melupakan alllah ,tidak bergantung lagi kpd allah.

7.       Sibukkan hal diri kita kepada perkara yang memberi tabungan yang banyak semasa kita menghadap allah

8.       Nabi Ibrahim a.s. berkata ‘apabila aku sakit,yang menyihatkan adalah Allah’

9.       Kesembuhan kepada segala penyakit adalah nabi Muhammad.

10.   Jangan percaya kepada makhluk

11.   Iman kita semakin nipis dengan cara kita terlalu mempercayai doctor,ubat lalu mengetepikan allah dan menyebabkan imannya hilang.

12.   Tanda kita mencintai NABI MUHAMMAD adalah dengan kita mencintai syiarnya,dan salah satu syiarnya adalah ‘mengagungkan hari/bulan mulia di dalam islam)

13.   Tidak lama lai kita akan masuk kepada 1 zulhijjah (11 julai)

14.   Zulhijjah adalah salah stu daripada 4 bulan  yang diharamkan oleh allah dari berbuat maksiat/allah mngagungkan bulan ini.

15.   Mengamalkan lah amalan soleh di dalam 10 awal zulhijjah.(antaranya puasa sunat/puasa hari arafah)

16.   Kelebihan puasa hari arafah adalah diampunkan dosa 1 tahun sebelum dan yg akan datang.

17.   Dianjurkan berzikir pada hari arafah

18.   Biasakan diri kita juga untuk menghitung tanggal islam (calendar islam)

19.   Kesannya,kita akan membiasakan diri kita dngan hari kebesaran islam.

20.   Habib di akhir tausiyah mengharapkan kita mengamalkan/perbanyakkan amalan di 10 awal zulhijjah…..

 

SYUKRAN,MOHON DISEBARKAN

13 Disember 2021

MINGGU PENGHAYATAN DAN KESENIAN ISLAM 2021

 Alhamdulillah,setinggi kesyukuran terhadap ilahi kerana pada tahun 2021 ini,sekali lagi pihak badar berjaya menganjurkan program minggu penghayatan dan kesenian islam bagi tahun 2021.

program ini bertujuan untuk memantapkan lagi sahsiah unggul setiap pelajar selaras dengan modul SUMUR.Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti

1.pertandingan mewarna dan menghias capal

2.pertandingan penulisan islamik

3.pertandingan lakonan islamik

4.pertandingan maulid dan qasidah

5.pertandingan daie muda


Nama

Tingkatan

Tajuk

Angka Giliran

Muhammad Faris Hakimie bin Firdaus

2 Abu Bakar

Solat berjemaah pengikat hati

1

Muhammad Zaki bin Amran

2 Huffaz

Malu perisai iman

2

Muhammad Syahmi bin Fadzleey

1 Umar

Maruah diri cerminan diri

3

Ammar Razin bin Muhammad

1 Huffaz

Ibu bapa membuka jalan ke syurga

4

Muhammad Adam Hafizuddin bin Norhisham

2 Usman

Mungkar dicegah hidup berkat

5

Adriel Iskandar bin Asrull

2 Ali

Sunnah Rasulullah ikutan umat

6

Muhammad Danial bin Afdiman

1 Abu Bakar

Maruah diri cerminan diri

7

Muhammad Faris bin Mohd Azmi

1 Ali

Jihad dalam Islam

8

Muhammad Fakhrull Hakimi bin Abdullah

1 Harun

Jihad dalam Islam

9

Ammar Raziqin

2 Harun

Mungkar dicegah hidup berkat

10

Muhammad Hafiz Naim bin Norzamref

2 Umar

Malu perisai iman

11

 

Tahniah diucapkan kepada para pemenang,semoga kita berjumpa lagi di masa hadapan..

LINK YOUTUBE MAJLIS PENUTUP MINGGU PENGHAYATAN DAN KESENIAN ISLAM

Link video dan gimik penutup

https://youtu.be/x5NG4eIQHVE


link 5 finalis terbaik pertandingan mewarna dan menghias capal

https://youtu.be/TeDFAm2ZkAQ


link 5 finalis terbaik pertandingan penulisan islamik

https://youtu.be/sBtyyTmRaqs


6 finalis terbaik pertandingan daie muda

https://youtu.be/YOcciCFnOHI


johan pertandingan lakonan islamik

https://youtu.be/UGz_0VIYj5A


naib johan pertandingan lakonan islamik

https://youtu.be/yoM3Wxvwc1U


tempat ke 3 pertandingan lakonan islamik

https://youtu.be/i1KXuKi8F0c























MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...