07 Mac 2022

RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH OMAR KHOLAS MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE 21 JULAI 2021 (12 ZULHIJJAH 1442)

 

RINGKASAN TAUSIYAH SYEIKH OMAR KHOLAS

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

21 JULAI 2021 (12 ZULHIJJAH 1442)

 

1.       Akhlak Nabi Muhammad S.A.W. adala akhlak yang paling agung.

2.       Bertuahnya kita dilahirkan di dalam umat sebaik baik nabi.

3.       Setiap hari kita ingat nabi kita.

4.       Maka,Rasulullah yang mengajar kepada umat ini akidah yang benar.

5.       Pada hari ini,kita akan berbincang mengenai RUPA PARAS RASULULLAH S.A.W.

·         Mafhum hadis;barang siapa yang melihat rasulullah secara asli di dalam mimpi,maka dia akan masuk syurga.

·         Ini adalah keuntungan besar bagi dia,kerana mendapat jaminan nabi masuk ke syurga.

·         Maka jika seseorang ingin mengetahui rupa paras asli rasulullah,maka hendaklah dia belajar rupa paras Rasulullah S.A.W.

Ø  Nabi bukan terlalu tinggi dan bukan pendek,ketingiannya sederhana(cenderung kepada tinggi)

Ø  Warna kulitnya putih bercampur kemerahan.

Ø  Anak matanya baginda luas,warna putih dalamnya,sangat putih,dan ada garisan halus warna merah,biji matanya sangat hitam.Maka,apabila ciri ciri ini disatukan,akan membentuk mata yang sangat indah.

Ø  Dahi baginda luas.

Ø  Rambutnya hitam,Panjang,tidak kerinting,tidak terlalu lurus

Ø  Janggutnya tebal dan hitam

Ø  Giginya sangat cantic tersusun

Ø  Lehernya putih

Ø  Antara dua bahunya lebar

Ø  Sendinya,dua lutut dan sikunya,besar(menunjukkan kekuatan nabi yang diibaratkan seperti 40 lelaki)

Ø  Tapak tangannya sangat lembut.

Ø  Baunya sangat wangi,harum walaupun tanpa mnggunakan minyak wangi.

Ø  Dada dan perutnya separas,perutnya tidak buncit (hal ini kerana jika dalam hari nabi tidak berpuasa,baginda hanya makan  kali sehari)

Ø  Tapak kakinya tidak rata,terdapat lekuk yang menunjukkan kaki yang kuat

Ø  Tumitnya mempunyai  isi yang sikit

6.       Maka,sesiapa yang dapat melihat semua sifat ini ,beruntunglah kamu kerana telah mendapat jaminan nabi akan dimasukkan ke dalam syurga.

7.       Yang mahu keselamatan di dunia dan di akhirat,ikutilah rasulullah,

8.       Perkara yang paling utama ikutan nabi yang perlu kita ikui adalah aqidah.

9.       Kerana Rasulullah bermula berdakwah kepada penduduk Mekah dengan mengutamakan ajaran aqidah(mengenal allah).

10.   Ini jugalah adalah cara ulama melaka terdahulu dalam menyebarkan agama islam di negara ini.

11.   Semoga allah memudahkan urusan ulama kita untuk teruskan menyebar aqidah ahli sunnah wal jamaah.

 

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...