07 Mac 2022

 





RINGKASAN TAUSIYAH TUAN GURU USTAZ HAJI MUHAMMAD HATTA SYAMSUL ARIFFIN BIN HJ. ABDUL RAHIM

MAJLIS BACAAN MAULID AD DIBA’IE ONLINE

4 OGOS 2021 (26 ZULHIJJAH 1442)

 

1.       Zaman sekarang zaman yang penuh dengan ketakutan

2.       Kerana setiap hari kita dengar orang terekat kita,ahli keluarga kita berdepan kematian akibat virus korona ini.

3.       Ustaz mengesyorkan agar semua melakukan solat  jenazah ghaib untuk syuhada’ korona.

4.       Dan waktu terbaik untuk kita buat solat jenazah ghaib ini bagusnya selepas isyak.

5.       Kita yakin siapa yang meninggal dunia kerana covid ini adalah syahid.

6.       Jika setiap malam kita solat jenazah ghaib,mesti di antara setiap jenazah ini terdapatnya wali allah,habaib.maka,dengan ini juga mendatangkan kebaikan kepada kita.

7.       Persamaan majlis kita (malam ini) dengan majlis Habib Sholeh bin Hassan Al-Bahr adalah majlis ini adalah majlis selawat.insya allah serba sedikit bukan tidak dapat menyamai majlis habib soleh al bahr,tapi mungki serba sedikit ada berkahnya.

8.       Ini Habib Sholeh Bin  hassan Al-Bahr,ada suatu kisah semasa beliau dalam perjalanan haji,syeikh Abdul Rahman (musnid yaman) datang bertemu siydil habib sholeh bin hassan al-bahr,lalu syeikh bertanyakan bagaimana cara solatnya para wali?,maka,baginda habib mengarang sebuah kitab mengenainya dan kitab itu disebarkan kepada para ulama.Maka,semua ulama-ulama berasa kagum dan tercengang karangan Habib sholeh Bin Hassan Al-bahr.

9.       Bagus apa yang dilakukan oleh khuddam al habaib ini apabila melakukan majlis semasa ramai yang sedang lalai.

10.   Jika di waktu kebiasaaan,(bukan pkp),jika ada jamuan baru semua mahu hadir majlis ilmu,jika tidak sedikit Jemaah.

11.   Setiap wali allah ada karomah masing masing.tak semua wali karomahnya sama.

12.   Hari ini setiap hari ramai yang meninggal dalam keadaan karomah,kerana kovid ini,maqamnya hamper sama dengan seperti wali wali allah,maka amalkanlah solat sunat jenaah ghaib.

13.   Oleh itu,pada waktu beginilah (zaman semua orang stress),dengan bersolawatlah dapat mendamaikan qalbu(hati).

14.   Mengingati orang orang soleh / wali allah akan membuatkan bercucuran rahmat rahmat allah.

15.   Mudah mudahan dengan berkah sayiduna rasulillah kita semua dapat menerima berkahnya.AMIN YA ROBBAL ALAMIN

 

SYUKRAN,SEMOGA MEMBERI MANFAAT






lujnah penerbitan dan publisiti,badar 2022 published

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...