27 September 2021

 TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENGHARUMKAN NAMA AS-SULTAN!!





Alhamdulillah dengan segala izin dan inayahnya ,kita dapat melihat pelbagai pencapaian warga ekolah khususnya daripada kalangan ahli badar yang telah menyumbangkan keringat di dalam petandingan yang disertainya.Berikut merupakan antara pencapaian yang telah dicapai oleh pelajar:

1.RIFQI ADHAM BIN ROSHAIZAD (JOHAN KUIZ KEMERDEKAAN JAIM 2021)
2,MUHAMMAD ASYRAF BIN AZRA'IE (JOHAN E-TARANNUM SEKOLAH MENENGAH LELAKI)
3,AHMAD ZARIF MUKHLIS BIN MUHD FADZIL (JOHAN NYANYIAN SOLO ISLAMIK SEKOLAH MENENGAH)

semoga pencapaian ini mampu menaikkan lagi nama sekolah dan mampu membanggakan nama islam di peringkat yang lebih tinggi.

Pada adat kebiasaannya, apabila seseorang menerima hadiah, buah tangan dan selainnya, ungkapan yang sering digunakan sebagai balasan dan tanda berbesar hati adalah 'terima kasih' dan yang seumpamanya. Dengan ucapan ringkas seperti terima kasih itu mencerminkan ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Maksudnya : ''Tidak bersyukur kepada Allah seorang yang tidak bersyukur (berterima kasih) kepada manusia.''

(Hadits riwayat Abu Daud)

Apabila seseorang telah melakukan suatu kebaikan dan memberi pertolongan, maka sewajarnya kita membalasnya dengan balasan yang setimpal. Bagaimanapun jika itu (balasan yang setimpal) tidak mampu dilakukan dan dilaksanakan, maka sebaiknya kita doakan pemberi berkenaan dengan doa yang baik sehinggalah kita merasakan doa kita itu telah dapat membalas perbuatan dan pertolongan baik tersebut.

Telah diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid Radhiallahu 'anhu bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

Maksudnya : ''Sesiapa yang dibuat kebaikan kepadanya, maka katakanlah kepada orang yang membuat kebaikan itu : ''Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.'' Sesungguhnya ucapan demikian itu adalah sebaik-baik pujian (ucapan).''

(Hadis riwayat Ibnu Hibban)



Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...