27 September 2021





 MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH NORHAFIZAH BINTI MOHD NOOR

Alhamdulillah,pada hari sabtu (25 september 2021) telah berlangsungnya majlis perpisahan Ustazah Norhafizah Bt. Mohd Noor yang merupakan guru penasihat Badan dakwah dan kerohanian (helwa).Majlis berlangsung dengan lancar dan tersusun.Majlis dibantu oleh Persatuan Tingkatan 6 (PTE) yang berwibawa diketuai oleh wakil pelajar TAUFIQ MUSTAQIM BIN JEFRI .Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan daripada wakil pelajar.Seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Gpk Tingkatan 6,USTAZAH NORIMANI BINTI MD. NOOR.Dalam ucapannya,ustazah mengatakan bahawa Ustazah Norhafizah merupakan susuk tubuh yang akan dirindui selepas pemergiannya untuk sambung belajar di peringkat PHD.Hal ini merupakan satu kehilangan bagi warga sekolah As-sultan kerana Ustazah Hafizah merupakan seorang yang komited di dalam tugasannya sama ada di lapangan atau di kerja persendirian.Buktinya,ustazah memegang banyak jawatan seperti guru penasihat BADAR HELWA,bendahari koperasi sekolah dan sebagainya.majlis diteruskan dengan uzpan daripada yang diraikan Ustazah Hafiza,dalam ucapannya,beliau menyebutkan setiap satu perwatakan setiap guru tingkatan 6 yang baginya seperti abang dan adik sendiri.Majlis diakhiri dengan tayangan montaj daripada pelajar.

Semoga dengan pemergian ini tidak menjadi pemutus silaturrahim yang telah lama terjalin malah semakin menjadi pengerat yang kuat.Semoga Ustazah Norhafizah mudah mendapat ilmu dan berada dalam keadaan yang baik semasa menyambung pelajaran di peringkat PHD.


 hadist Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abi Hurairah RA:

 

 وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ

 

Artinya: Dua orang yang saling mencintai karena Allah. Mereka berkumpul dan berpisah semata-mata karena Allah.


barakallah fikum..

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...