30 September 2021




MINIT MESYUARAT PERBINCANGAN USRAH BADAR 2021

MINIT MESYUARAT

AJK BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR) KALI 4/2021

 

Tarikh : 27/9/2021

Masa : 3.00 petang

Tempat : Rumah masing-masing (Google Meet)

 

Kehadiran:

1.     Ust. Shamsudin bin Samat

2.     Ust. Mohd Nizam bin Mokhtar

3.     Rifqi Adham bin Roshaizad

4.     Syahmi bin Shaari

5.     Muhammad Naufal bin Narzlee

6.     Muhammad Sufi Wafir bin Yusni

7.     Muhamad Irfan bin Shahidan

8.     Muhammad Fakhrul Razzi bin Mohd Nasir

9.     Muhammad Alif Najmi bin Mohd Farid

10.        Firmansyah Arif bin Sunari

11.        Ammar Shafi bin Mohd Shariffdin

12.        Adriel Iskandar bin Asrull

13.        Muhammad Zaki bin Amran

14.        Muhammad Irfan bin Nur Idham

15.        Muhammad Adham bin Azhar

16.        Muhammad Yussuf bin Walid

17.        Muhammad Faris Zafran bin Mohd Naharli

18.        Muhammad Danish Fathurrahman bin Mohd Rasidi

19.        Muhammad Danial bin Zainal

20.        Muhammad Riedzuan Danish bin Mokhtar

21.        Muhammad Zaim Mirza bin Musimartin

22.        Muhammad Firdaus

23.        Muhammad Naufal Iqbal bin Mohd Na-nzuan

24.        Muuammad Muqriz bin Shamsor

25.        Muhammad Aidzil bin Amran

26.        Rifaie Hariri bin Mohd Amir

27.        Luqman Nur Hakim bin Abdul Halim

28.        Nur Afiqah Amanina binti Mohd Kasim

29.        Nur Alyaa Nadhirah binti Muhammad

30.        Ilyani Nur Bt Abdul Salam

31.        Najwatul Husna

32.        Nur Insyirah Hayati binti Kasim

33.        Nurul Adilah binti Adzha

34.        Nurul Nabilah Bt kamal

35.        Siti Sumaiyyah

 

 

BIL

Perkara

Tindakan

1.

Ucapan Aluan Pengerusi

 

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan terima kasih kepada AJK yang hadir ke dalam mesyuarat pada petang itu.

 

Beliau juga mengalukan bacaan doa pimpinan saudara Fakhrul Razzi

Makluman

2.

Ucapan Ustaz Mohd Nizam bin Mokhtar (Setiausaha Usrah)

 

Mengucapkan terima kasih kepada naqib dan naqibah yang berjaya hadir ke mesyuarat pada petang itu walaupun secara atas talian.

 

Beliau berharap agar program Usrah ini akan berjalan lancar pada tahun 2021 dan tahun-tahun yang akan datan. Selain itu, beliau berharap agar semua naqib dan naqibah dapat memberikan kerjasama yang terbaik untuk menjayakan program ini. Akhir sekali, dapat memimpin para pelajar di dalam kumpulan usrah supaya menjadi bakat kepimpinan yang lebih syumul pada masa akan datang.

Makluman

3.

Proses Persediaan Naqib dan Naqibah

 

 

Sebelum

·        Membuat kumpulan telegram bersama kelas usrah masing-masing (menghubungi guru kelas setiap tingkatan.

·        Menetapkan link google meet (melantik ahli yang bertanggungjawab untuk memegang pautan)

·        Mengambil bahan usrah di kumpulan telegram. Bahan akan diberikan sehari sebelum

 

Semasa

·        Tepat jam 7.00 pagi Naqib akan memulakan usrah dengan bacaan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir dari surah al kahfi (Naqib yang akan mengetuai bacaan surah al kahfi)

·        Setiap 2 minggu sekali akan diadakan tasmik bacaan ahli usrah (5 minit)

·        Sesi usrah bermula mengikut bahan dan tema yang digunakan pada hari tersebut.

·        Sesi usrah tamat pada jam 7.50 pagi

 

Selepas

·        Naqib akan memberikan soalan berdasarkan topik pada hari tersebut menggunakan quizizz atau google form

·        Berikan tugasan menghafal surah utama al-quran (tidak terlalu memaksa ahli usrah).

·        Membuat laporan ringkas di telegram naqib dan naqibah.

 

 

 

Makluman

4.

Peraturan Asas Usrah

 

Naqib dan Naqibah

1.     Naqib hendaklah bersedia dari awal dan menghayati isi daripada bahan yang telah disediakan

2.     Membuka kamera semasa google meet dan menunjukkan sifat kepimpinan

3.     Memastikan semua ahli usrah mengetahui objektif dan dan matlamat utama usrah

4.     Merangka perjalanan usrah atau mencari pengisian yang boleh menarik minat ahli usrah

5.     Membimbing dan mengenal setiap ahli usrah secara mendalam

6.     Memberi peluang kepada setiap ahli usrah untuk menyerlah dan memberikan refleks

7.     Memastikan borang penilaian individu, borang hafazan individu dan laporan disiapkan

8.     Memberikan kerjasama kepada Majlis Tertinggi BADAR dan Para Murabbi

9.     Sentiasa menjaga tutur bicara semasa usrah dan kepada semua murabbi sekolah. Pihak penurusan tidak berkompromi kepada naqib/naqibah yang tidak menjaga adab.

10.Menepati masa

11.Mengingatkan para ahli usrah bahawa markah penilaian individu untuk tokoh mutadayyin diambil semasa sesi usrah.

 

Ahli Usrah

1.     Menepati waktu yang ditetapkan

2.     Membuka kamera semasa sesi usrah melalui google meet

3.     Menjaga tutur bicara dan adab kepada naqib/naqibah semasa sesi usrah.

4.     Mengikuti segala arahan naqib/naqibah berkenaan sesi usrah

5.     Sentiasa menyerlah dan menjadi pelajar yang aktif

6.     Melakukan tugas yang telah diberikan (hafazan dan kuiz)

7.     Memaklumkan kepada naqib dan naqibah jika mempunyai sebarang masalah

 

 

5.

LAIN-LAIN HAL

 

Bahan akan diberikan pada hari khamis di telegram naqib/naqibah.

Bahan berdasarkan Buku Sukatan Usrah BADAR, dari pihak BADAR dan PAIBA

Makluman

 

Disediakan oleh,                                                                                                  Disemak oleh,

 

……………………………………….                                                                                 ……….....................................

(Muhammad Sufi Wafir bin Yusni)                                                                   (Rifqi Adham Bin Roshaizad)

Setiausaha agung.                                                                                                Presiden

Badan Dakwah dan Kerohanian 2021/2022                                                    Badan Dakwah dan Kerohanian 2021/2022


 

Tiada ulasan:

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...