23 April 2011

NKI berprogram di Taman Tamadun Islam (TTI)

Peserta bergerak menaiki bas masing-masing
Alhamdulillah selesai usai solat suboh dan mendengar kuliah subuh yang mengupas berkenaan tentang kepentingan ilmu oleh al-Fadhil Ustaz Hasbi daripada SPI Negeri Terengganu kami membuat persiapan untuk ke TTI. Selesai sarapan kami berhimpun di dataran SMKADG untuk mendengar taklimat dan bergerak secara berkumpulan mengikut agihan bas masing-masing. Suasana nampak meriah seolah VIP yang diberi penghormatan bas-bas NKI (12 buah) telah diiringi oleh empat biji rider (pis bermotor) dan sebuah kereta peronda.
Peserta berhimpun di Dataran TTI sebelum masuk ke TTI
Perjalanan dari SMKADG ke TTI hampir 30 minit. Kami tiba di TTI lebih kurang jam 8.30 pg. Bilangan yang hampir menceceah 500 orang seumpama Pulau Tuan Man di tawan oleh para peserta NKI. Kami diberikan taklimat sekali lagi serta mendengar ucapan alu-aluan selamat datang daripada wakil TTI sebelum dipersilakan masuk untuk melihat monumen-monumen menarik yang terdapat di TTI. Berada di TTI seolah-olah berada di seluruh dunia Islam. Hampir jam 12.30 ptg kami bergerak ke Masjid Kristal untuk istirahat dan solat Zohor berjemaah.
Guru-guru pengiring bergambar dihadapan monumen Kubah Sakhrak
Selepas solat setiap orang dibakalkan makanan tengahari dan setelah itu program diteruskan dengan aktiviti explorace. Em program yang menarik...... nantikan laporannya nanti......

Lawati laman web SPI Melaka untuk album http://spimelaka.bpi.edu.my/


22 April 2011

Kuliah Suboh & Majlis Perasmian NKIK

Kuliah Suboh oleh Hagya Sofia mengenai "Akidah Teras Ketamadunan"

Exco Agama Yb. Tn. Hj. Khazan Bin Che Mat diiringi masuk ke majlis perasmian NKI Kebangsaan

Panorama majlis perasmian yang hebat dihadiri oleh YB Exco Agama dan beberapa orang VIP

Bermula Program NKI Peringkat Kebangsaan

Selepas Solat Maghrib berjemaah di surau SMKADG bersama-sama peserta yang datang dari seluruh pelusuk Malaysia bersama-sama membaca Surah Yasin dan membaca lafaz Tahlil dan doa. Selepas solat fardhu Isyak para peserta diminta berkumpul di dewan untuk menghadiri majlis Ucaptama yang di sampaikan oleh Puan Hajah Norhayati Binti Lebai Isa. Beliau telah memberikan taujihat dan motivasi agar peserta-peserta dapat menggarap isi nadwah yang mereka sertai untuk mereka praktiskan di sekolah masing-masing.
Seterusnya para serta menjalani aktiviti pemecah bekuan (ice-breaking). Peserta-peserta telah diagihkan mengikut kumpulan-kumpulan usrah sebagai persediaan untuk menjalani program-program yang akan dijalankan. Aktiviti malan tadi berakhir lebih kurang jam 1.00 pagi.

Skuad NKI as-Sultan tiba di SMKA Durian Guling

Ust Zaaba bersama guru-guru pengiring
Skuad NKI menjamu selera minum petang
Setelah penat duduk di dalam bas Skuad NKI berhenti berehat minum air petang di kedai keropok lekor Kg Kelulut, Marang. Guru pengiring beruntung di belanja Ustaz Zaaba air nyira (tuak) dan keropok goreng. Sedap balik kena singgah utk oleh-oleh.
Peserta mendafatar setelah mendengar taklimat program
Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Alhamdulillah kami tiba di SMKADG lebih kurang jam 5.00 ptg. Setelah selesai menurunkan barang-barang kami terus diminta menghadiri sesi taklimat program. Selesai sesi taklimat daripada Kem Komandan dan Ketua Unit Dakwah Negeri Terengganu barulah kami mendaftar dan dibawa ke tempat penginapan masing-masing. Program selajutnya barsambung selepas maghrib.

21 April 2011

Skuad Pelapis BADAR ke NKI Kebangsaan

Alhamdulillah seawal jam 6.30 para peserta NKI as-Sultan telah bersiap sedia untuk bertolak ke SPI di Jabata Pelajaran Bkt Baru. Skuad pelapis BADAR dengan kekuatan 10 org diiringi dua orang guru Ust Tuba Nihrir dan Ust Khairilanuar sampai di SPI pada jam 7.00 pg. Setelah mendengar taklimat perjalnan darpada Ketua Kontinjen Nageri, al-Fadhil Ust Zaaba kami pun memulakan perjalanan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Ammar Muhd Sani. Setelah itu skuad telah mendengar taklimat ringkas tentang adab perjalanan daripada Ust Khairilanuar. Skuad telah berhenti bersarapan di Hentian Bus Tangkak. Bersama-sama rombongan adalah BADAR SMKA Syarfah Rodziah dan 2 orang guru pengiringnya.
Bergambar di Perhentian Bus Tangkak minum pagi.

20 April 2011

Soutol Azim di Saringan Fastival Nasyid 2011

Firqah Soutol Azim asSultan meneruskan taqwim 2011nya dengan menyertai Saringan Fastival Nasyid tahun ini. Insyalah jika rezki akan ke pertandingan akhir yang pada 5 Mei 2011 di MITC sempena Karnival Pendidikan Nageri Malaka 2011.Sama-sama kita memberi sokongan. Teruskan perjuangan menggapai misi dan visi yang dirancang.

19 April 2011

Memilih Yang Lebih Utama

Antara Pilihan & Bimbingan
Antara 10% penilaian ko-akademik dengan 90% penilaian akademik. Dua nilai yang sering dibicarakan oleh warga pendidikan. Yang mana satu harus diutamakan. Secara mudah ligiknya pasti nilaian akademik kerana pratusnya lebih besar dan orang yang benar pertimbangannya pasti membenarkan. Tetapi mengapa sebahagian besar daripada pelajar bermati-matian untuk mengutamakan yang 10%. Adakah mereka tidak pandai menilai atau mereka tenggelam dengan keseronokan aktiviti yang hanya bernilai 10%. Mungkin juga tiada bimbingan daripada guru penasihat agar memilih yang terbaik baginya yang membolehkan pelajar tersebut mendapat nilaian 10% itu.

Tidak dinafikan memang seronok dapat menyertai aktiviti luar sekolah. Jika dilihat daripada kontranya pelajar tidak perlu menghadiri kelas pengajian mungkin sehari, dua hari malah seminggu hingga dua minggu. Seorang pelajar yang berjaya dalam pertandingan di peringkat kawasan akan meneruskan penglibatannya ke peringkat negeri dan mungkin akan ke kebangsaan. Bayangkan berapa banyak waktu yang terpaksa dikorbankan untuk latihan dan persediaan ke arah itu. Kalau pun latihan itu dibuat di waktu petang atau selepas kelas persediaan agaknya bila pelajar itu dapat menyelesaikan kerja rumah dan menglangkaji pelajaran. Secara logiknya ia agak sukar. Hanya pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi mampu menyeimbangkankan kedua-duanya. Tanpa bimbingan para guru pasti pelajar-pelajar berkenaan akan tercicir dalam pelajaran.

Golongan-golongan pelajar yang aktif ini perlu dipantau oleh pihak guru dan pengurusan agar mereka tidak ketinggalan. Sekolah yang punya nama diperingkat nasional seringkali menjadi perhatian masyarakat apabila keputusan -keputusan peperiksaan umum di isytiharkan. Strategi, gerak kerja dan usaha warga sekolah harus mendokong misi dan visi yang telah digariskan. Jika misi dan visinya dihadapkan untuk mencapai kejayaan ko-akademik maka ke arah itulah kita bergerak tetapi jika sebaliknya seharusnya kita bermuhasabah kemana harus kita bimbing anak-anak didik kita.

16 April 2011

Berita MTQ Negeri Melaka 2011

Tahniah buat wakil SMKA Sultan Muhammad yang meneruskan perjuangan ke MTQ Peringkat Negeri Melaka 2011. Khususnya buat Saudara Muhd Noor Abd Razak wakil bahagian Hafazan dan saudara Ammar bin Md. Sani. Walaupun untuk tahun ini as-Sultan hanya mendapat tempat naib johan bagi hafazan lelaki dan saguhati untuk tilawah namun pencapaian ini lebih baik daripada tahun sebelum ini.  Semoga tahun-tahun yang mendatang akan lebih baik buat as-Sultan. Pejuang-pejuang as-Sultan akan terus memberi cabaran buat masa-masa akan datang. Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat.

Usrah medium pengukuh Ukhuwah

15 April 2011 الحمد لله tahniah buat MT BADAR sesi '09/'10 kerana berjaya melaksanakan liqa' usrah pertama. Semoga tautan ukhuwah yang terjalin akan melahirkan natijah yang besar dalam meneruskan dakwah fillah.
Tautan ukhuwah yang bersandar di atas dasar akidah serta pancaran dari kasih kerana Allah (حب في الله) mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah. Ia punca kemanisan iman dan tiket untuk mendapat payungan Allah di mahsyar. Memperkukuh ukhuwah (tali persaudaraan) merupakan sunnah daripada sunnah yang unggul. Jika kita menelursuri sirah, kita akan dapati Rasulullah telah mempersaudarakan di anatara muhajirin dan ansor. Dua gandingan mantap yang dapat menarik nusrah Allah (bantuan Allah). Nilai persaudaraan yang ada menjadi cerminan buat Umat Islam sejagat sepanjang zaman. Team work yang sukses menjadi asas kukuh organisasi yang mantap dan berjaya. Mengapa tidak kita garap dan ambil pati sarinya untuk kita terapkan di dalam organisasi kita. Rangkaian Ukhuwah yang umpama satu bangunan saling mengukuhkan anatara satu sama lain. Ukhuwah  yang umpama satu badan yang saling merasai satu sama lain. Bukan seperti enau dalam belukar yang hanya berusaha untuk melepaskan pucuk masing-masing atau yang lebih teruk manusia yang tidak menghiraukan orang lain yang menganggap teman disekeliling hanya sekadar batu yang boleh diinjak untuk dia dapat naik ke atas. 
Semoga Allah memberi kesadaran kepada kita untuk meletakkan pandangan Allah sebagai keutamaan daripada pandangan-pandangan selainnya. Allah yang kekal. إِنَّ اللهَّ هُوَ الْبَاق 
 

14 April 2011

Majlis Tadarus al-Quran 2011

Minggu lalu minggu yang agak melelahkan buat BADAR. Alhamdulillah PAIBA dan anggota BADAR khususnya tingkatan 5 dapat menjalankan Program Sembelihan Peringkat Sekolah bagi tahun 2011. 3 ekor kambing yang 2 daripadanya adalah sumbangan aqiqah bagi putra alFadhil Ust Haji Dahlan al-Hafiz selain 10 ekor ayam dan 100 ekor puyuh. Sasaran pelajar yang terlibat adalah pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6. Taklimat sembelihan telah disampaikan oleh Ustaz Shamsudin Samad. Dengan kerjasama pihak pengurusan, guru-guru dan semua pihak termasuk pelajar program dapat diselesaikan lebih kurang jam 1 tengahari. 
Tautan ukhuwah nampak terzahir daripada aktiviti yang dijalankan terutama ketika memasak hasil sembelihan. Semoga program yang seumpama ini dapat kita teruskan pada masa-masa akan datang.\

Ustaz Hamdan menunjukkan skill menyembelihnya

06 April 2011

Wihdah / Uniti


Nasihat Prof. Dr Yusof Al-Qardawi kepada Gerakan Islam

  • daripada perkara-perkara cabang dan sampingan kepada usul dan menyeluruh 
  • dari percanggahan kepada persefahaman
     
  • dari aspek-aspek keterlaluan dan kekurang kepada kesederhanaan dan pertengahan.
     
  • dari bercakap-cakap dan bertengkar kepada memberi sumbangan yang besar.
     
  • dari ideal kepada realiti yakni berangan -angan tinggi kepada realiti setempat
     
  • dari fahaman kedaerahan yang sempit kepada alam sejagat (global)

04 April 2011

Off line dengan Syaitan

Jadilah golongan yang di musuhi Iblis.

1. Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam.
2. Ulama yang mengamalkan ilmunya.
3. Orang yang memahami al-Qur'an dan mengamalkan isinya.
4. Azan yang selalu mengajak kepada solat lima waktu.
5. Orang yang cintakan fakir miskin dan anak yatim.
6. Orang yang taat kepada yang hak (benar).
7. Orang yang pemurah.
8. Pemuda yang taat beribadat.
9. Orang yang menyukai kepada perkara yang halal.
10. Pemuda yang saling meyintai kerana Allah.
11. Orang yang menyenangi solat berjemaah.
12. Orang yang melazimi solat malam.
13. Orang yang tidak suka membuat perkara haram.
14. Orang yang suka memberi nasihat yang baik.
15. Orang yang selalu berwudhuk.
16. Orang yang selalu bersedekah.
17. Orang yang suka membantu para janda.
18. Orang yang selalu mengingati mati.

MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M

 Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...