06 Julai 2009
Hari Kokurikulum dan Penyampaian Anugerah SMKASM ditunda
01 Julai 2009
Membina Jailul (Generasi) al-Quran
"bacalah denan nama tuhanmu yang menciptakan" mafhum ungkapan pertama yang daripada ungkapan pertama yang diwahyukan kepada junjungan kita Baginda Rasulullah s.a.w. Kalamullah yang menjadi petunjuk buat manusia khususnya manusia yang bertaqwa. Panduan buat si penuntut ilmu dalam memahami keajaiban ciptaan-ciptaan Allah s.w.t agar dapat dipergunakan ilmu itu untuk menjadi khalifah-Nya di bumi ini.
27 Jun 2009
Program Menggilap Permata Ayah Bonda
Pelajar-pelajar menunggu ibu bapa masing-masing untuk berbincang dengan guru barkaitan dengan pencapaian akademik dan syakhsiah mereka.
(Hadis Riwayat at-Tabrani)
SMKA Sultan Muhammad pada hari ini telah dikunjungi oleh ibu bapa pelejar-pelajar untuk mendapatkan laporan terkini mengenai perkembangan anak-anak mereka. Program yang bermula seawal jam 9.30 pg ini telah dimulakan dengan taklimat kepada para pelajar dan seterusnya perjumpaan di antara ibu bapa dan guru. Secara umumnya sambutan daripada pihak ibu bapa sangat baik. Walaubagaimanapun masih ada lagi segolongan ibu bapa yang menguzurkan diri daripada menghadiri majlis yang seumpama ini. Ini mungkin berpunca daripada kesibukan mereka atau maklumat yang tidak mereka terima daripada anak-anak mereka. Walaubagaimanapun diharapkan kekurangan yang terdapat di dalam program ini dapat di perbaiki pada asa akan datang kerana gandingan kerjasama di antara pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan cemerlang dunia dan akhirat.
24 Jun 2009
Pengurusan Diri dan Pengurusan Maal (Harta)
Minggu ini dua program besar telah dilancarkan, Program Syakhsiah Unggul (Penampilan Diri) dan Minggu Koperasi. Kedua-dua program ini bertujuan untuk mentarbiyah diri belajar agar lahir sebagai insan berakhlak mulia dan berbudi luhur.
Pengurusan diri merupakan asas kepada pembentukan diri seseorang kerana daripada penampilan yang bersopan akan terjemahlah tindakan dan pengamalan yang luhur. Begitu juga nilai-nilai kerjasama (koperasi), amanah dan bijak mengurus harta merupakan merupakan kemahiran asas yang perlu ada bagi seseorang untuk menjadi seorang peminpin yang hebat.
Dua program ini yang dianjurkan oleh dua institusi penting sekolah iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Koperasi SMKASM akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk disertai.
Tahniah bagi semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, semoga Sultan Muhammad terus ceria dengan pelbagai aktiviti menarik.
Karnival Sukan Asrama
Karnival dimulakan seawal am 8.30 pagi dengan acara perbarisan dan perasmian. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Melaka Tn Hj Isa bin Abu. Untuk karnival kali ini banyak acara dipertandingkan antaranya acara sukan, in door game, nyanyian lagu-lagu patriotik dan sebagainya.
Karnival ini telah disertai oleh sekolah-sekolah berasrama seluruh negeri Melaka. Diharapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini hubungan silaturrahim antara warga asrama seluruh negeri Melaka dapat diertkan disamping dapat bertukar-tukar idea untuk memajukan asama masing-masing. Tahniah bagi yang menang selamat berusaha bagi kali yang akan datang bagi yang tidak berjaya. Salam perjuangan dari BADAR SMKASM.
Liqa' Nuqabak
Pada 20 dan 21 Jun lalu, Sabtu dn Ahad, BADAR telah mengadakan program Liqa' Nuqabak untuk kali 1 bagi penbggal ini. Aktiviti yang dijalankan alhamdulillah berjalan dengan lancar.Semua ahli jawatankuasa yang terlibat menjalankan tugas mereka dengan baik. Program ini telah dibantu oleh tenaga para fasilitator dari X student SMSM, UTEM dan UTM.
Wwalaupun program ini agak ringkas tetapi ianya padat dengan program dan maklumat serta isi.
Sebagai suatu penambah baikan kami berharap program atau aktiviti seperti ini perlu dilanjutkan tempoh masanya supaya lebih banyak aktiviti dapat diisi.Aturcara yang dijalankan haruslah diatur dengan lebih teliti. Walaubagaimanapun tahniah buat semua dan terima kasih bagi semua yang terlibat menjayakan program ini.
21 Mei 2009
Demam Peperiksaan di SMKASM
Bagi putera-putera as-Sultan yang lain jangan pula menjawab dengan sambil lewa. Anggaplah ini sebagai kayu pengukur sejauh mana penguasaan kita terhadap ilmu pengetahuan yang telah kita timba sejak awal tahun ini. Siapa yang berusaha pasti mereka akan mengecap apa yang mereka usahakan insya Allah taala. Buat putera-putera as-Sultan buatlah sehabis baik, all the beast.
Ujian yang datang mematangkan kita dan mengjar kita untuk lebih memahami erti kehidupan. Yang terlebih utama iman di dada, terus beramal dan ikhlas di dalam berjuang. Balasan dan hasil yang paling bermakna datang dari Allah yang Maha Kaya..... Renungan buat pejuang-pejuang agama.
20 Mei 2009
Kerisauan Yang Menyelesaikan Kekusutan
Daripada Abdullah bin Masud r.a (beliau) telah berkata : “Aku telah mendengar nabimu bersabda : Barang siapa yang menjadikan kerisauannya pada kerisauan yang satu, (iaitu) kerisauan (kehidupan) akhiratnya Allah akan mencukupkan kerisauan dunianya. Barang siapa yang kerisauannya dipenuhi dengan (kerisauan tentang) hal-hal kedunian, Allah s.w.t tidak akan menghiraukannya walaupun dia bagaimana keadaannya ia dalam kebinasaan."
(Sunan Ibnu Majah)
Kerisauan mereka terhadap kehidupan dunia ini menjadikan manusia bermati-matian mengejar nama, pangkat, harta dan kedudukan sehingga sanggup menginjak injak saudara sendiri dan meniti di atas perit jerih orang lain untuk menempa namanya agar dilihat dan dipuja. Apabila kezaliman telah berleluasa maka timbullah masalah-masalah yang akhirnya menghantui kehidupannya.
Kerisauan yang sebenar yang perlu ada pada diri kita hanyalah kerisauan yang satu iaitu kerisauan tentang kehidupan kita di akhirat, negeri yang kekal abadi. Kerisauan yang sebegini yang akan menjernihkan hati dan mampu menumbuhkan benih-benih mahmudah (sifat-sifat murni) yang akhirnya akan terpancar daripadanya keimanan dan amal-amal kebaikan.
Kekacauan disekeliling kita adalah lahir dari hati kita yang terlalu mengejar ganjaran dunia tanpa kita menghiraukan dan mementingkan aspek-aspek keimanan dan amalan. Benarlah apa yang telah disabdakan...... Islam can solve the problem.
19 Mei 2009
Qanaah Ubat Hati Yang Memberontak
Kebersihan jiwalah ubatnya. Usaha kearah itu perlu dibuat untuk membendung penyakit-penyakit yang sedang menular. Selagi tiada siraman nur kalam-kalam suci dan amalan-amalan rohani pada jiwa-jiwa ini selagi itulah kita akan berhadapan dengan ancaman pemberontakan manusia-manusia berpenyakit hati.
Persembahan pelajar-pelajar persembahan yang menghiburkan.
Selepas rehat program disambung dengan acara dewan. Acara dimualakan dengan kemasukan warga yang diraikan iaitu guru-guru ke dalam dewan bersama pengiring masing-masing setelah itu disusuli dengan kemasukan Sultan Melaka. Sorak sorai penonton menggamatkan suasana dewan. Persembahan demi persembahan ditontonkan oleh setiap pelajar mengikut tingkatan masing-masing untuk menghiburkan para penonton yang hadir. Setelah 2 jam berlalu program yang meriah itu diakhiri dengan pemotongan pulut kuning oleh Tn Pengetua bersama guru-guru. Majlis seterusnya ditangguhkan dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan jamuan.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga ia mampu menjadi mangkin penghubung kasih antara pelajar dan guru.
07 Mei 2009
Tidakkah kita fikirkan!
Manusia tela dikurniakan akal untuk berfikir, walaubagaimanapun menurut kajian sebijak-bijak manusia dia hanya menggunakan 11% daripada otak yang dikurniakan itu. Keadaan akal dan jasmani berbeza jasmani yang digerakkan, semakin banyak digunakan semakin penat dan letih, tetapi minda yang digunakan semakin ia digunakan semakin hebat dan kuat minda tersebut.
Manusia septutnya berada dalam keadaan senantisa mengingat Allah s.w.t ini dibuktikan dengan ayat 190 dan 191 surah Ali Imran.
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka.
Di dalam ayat ini menurut Rasulullah celakalah mereka yang membaca ayat-ayat ini tetapi tidak mengambil pengajaran daripada ayat-ayat tersebut.
Samada kita sedar atau tidak kita senantiasa diingatkan dengan pencipta kita dengan kehadiran ciptaan-ciptaanNya di sekeliling kita. Bagi yang berfikir akan hadir di hatinya kehebatan ciptaan Allah pada udara yang bergerak, pada matahari yang bersinar tanpa henti, bumi yang berputar yang putarannya hamper 30 km sesaat tanpa penat, siang dan malam yang silih berganti yang pergantian keduanya memberi pengharapan kepada hidup seorang insan. Tidakkah kita fikirkan! Amat lemah pemikiran manusia untuk menghutung segala ciptaan Tuhannya.
Untuk apa kita di sini? Kemana kita akan pergi? Apa yang sepatutnya kita lakukan dan apa perlu kita cari?
Jawapannya semua terkandung didalam kitab suci (Al-Quran) dan Sunnah Nabawi. Ambillah kedua-duanya sebagai panduan dan hasinya janji Allah anda tidak akan sesat selama-lamanya walau di mana kita berada.
05 Mei 2009
Jika Anda Tidak Malu Buatlah Sekehendak Hatimu
Maksiat yang kita lakukan akan menghilangkan sifat malu pada diri kita sedangkan sifat malu adalah antara unsur yang menghidupkan hati dan punca segala kebaikan. Kita boleh katakan hilangnya sifat malu ini bererti lenyapnya segala kebaikan. Rasulullah s.a.w menyatakan perkara ini :
اَلْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلَّهُ
“Sifat malu itu asas segala kebaikan”
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
Juga Nabi telah bersabda: “Malu itu tidak hadir kecuali untuk kebaikan”
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ الْأُولَى إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ
Baginda bersabda lagi: “sesungguhnya daripada apa yang telah diperolehi oleh manusia dari kata-kata kenabian yang pertama (terdahulu), “jika engkau tidak malu lakukanlah sesuatu sekehendak hatimu.” (sunan Abi Daud)
Hadis-hadis di atas memberikan dua pengertian, pertama ia mengandungi ancaman siksa daripada Allah. Iaitu sesiapa yang tidak mempunyai sifat malu akan melakukan apa sahaja perbuatan keji sedangkan antara sifat yang mampu menegah seseorang daripada terjebak ke dalam melakukan maksiat adalah sifat malu.
Kedua, mana-mana perbutan baik yang dituntut kita lakukan janganlah kita malu untuk melakukan, contohnya belajar, sedangkan perbutan yang maksiat sepatutnya kita malu melaksanakan perlulah kita tinggalkan.
Kesimpulannya dosa dan maksiat akan melemahkan sifat malu pada diri seseorang bahkan mampu membinasakan sifat itu secara mutlak. Lebih dahsyat lagi apabila sifat ini telah binasa, maka tidak bermanfaat lagilah teguran walaupun teguran itu datang dari sumber yang hak (benar). Segala teguran akan menjadi sia-sia. Pada tahap ini tiada lagi kebaikan yang boleh diharapkan daripada peribadi seumpama ini.
04 Mei 2009
Kejayaanku atau Kejayaan Kita
01 Mei 2009
Berita as-Sultan
Pada 1 Mei 2009 seramai hampir 20 orang pelajar dan beberapa orang guru pula akan pergi berkhemah di Pahang. Pada 3 Mei 2009 pasukan nasyid Shoutul Azim pula akan menyertai Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan di Melaka Mall. Tahniah buat semua yang gigih menaikkan nama sekolah. Harap-harap semua warga SMKASM dapat sama-sama mendoakan kejayaan setiap aktiviti yang dijalankan. Para pentadbir, guru-guru luang-luangkanlah masa anda. Sokongan anda merupakan hadiah yang tidak ternilai.
Hidup Menabur Manfaat
27 April 2009
PERIT JERIH ERTI PERJUANGAN
Kesimpulannya setiap perkara amar makruf nahi mungkar yang kita perjuangkan tempias yang akan kita terima ialah ugutan , dipulau , tidak disukai , ditawarkan dengan kemewahan , hilang pangkat dan sebagainya. namun jika Sirah Rasulullah S.A.W dijadikan panduan dimana Rasulullah S.A.W dalam perjuangannya menegakkan Kalimah Allah telah ditawarkan dengan pangkat , ditawarkan dengan harta serta ditawarkan dengan wanita cantik. Lebih hebat daripada itu baginda pernah di pulau , di hina , di fitnah serta yang lebih mencabar ialah baginda yang digelar Al-Amin ini pernah diugut untuk dibunuh.
Fahimilah erti perjuangan. Tiada contoh selain perjuangan Rasulullah dan para Sahabat baginda. Jika kita berundur dalam perjuangan 1000 maksiat akan bermaharajalela. Jika kita berputus asa dalam memahami erti perjuangan 1000 bala bencana akan menimpa kita. oleh itu bangunkan Saff perjuangan yang jitu. Isikan nurani dengan amal yang berterusan. Jangan mudah putus asa. Jadikan Allah dan Rasulullah sebagai jaminan kualiti kita dalam perjuangan Amar Makruf & nahi Mungkar. berusaha menyebarkan dakwah islam ini agar semua cuping telinga warga SMKASM mendengar risalah ini. Gunakan pelbagai cara agar variasi perjuangan ini mewarnai bumi As-Sutan yang dicintai. Jangan berundur dengan kemungkaran. Jangan gentar dengan hukuman. Jadikan ini sebagai satu cara Allah menguji Iman para pejuang agama Allah. Ingat Imam Hanafi dalam perjuangannya dipenjara, Imam Nawawi dalam perjuangan di bunuh, Imam Hassan al-Banna dalam perjuangannya dibunuh dan Imam Sayyid Qutb dalam perjuangannya digantung sampai mati. Semoga Allah memberkati roh mereka.....Amin Ya Rabbal Alamin.
16 April 2009
Kegembiraan dan Kesedihan
Minggu lepas warga SMKA Sultan Muhammad diberitakan dengan dua perkara. Sebuah berita gembira dan sebuah berita duka. Usth Noredah bte Ibrahim salah seorang guru BADAR telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata dan alhamdulillah kedua-duanya selamat, manakala Usth Anisah bte Ali juga guru BADAR dan merupakan pemangku ketua bidang PAI/BA kita telah diuji dengan kehilangan ayahadanya yang tercinta. Semoga Allah memberi ketabahan kepada beliau. al-Fatihah.
13 April 2009
Menyemarakkan Bulan Maulid
Apa yang perlu kita lakukan!
12 April 2009
Jamuan Makan Beradab Asrama kali 1 SMKASM
Setelah itu semua warga asrama bergerak ke dewan makan asrama untuk jamuan. Menu pada kali ini ialah Nasi Beriani. Alhamdulillah secara umumnya program berjalan dengan lancar walaubagaimanapun terdapat sedikit masalah di bahagian air minuman di mana sebahagian pelajar tidak dapat merasai air bandung yang disediakan. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, segala kekurangan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.
08 April 2009
Masa menghambat kita.
Salam mahabbah buat semua. Masa adalah kehidupan. Ada yang diberi masa 60 tahun ada yang 70 tahun ada yang panjang dan ada yang singkat. Sering kita dengar ungkapan "masa mencemburui kita" tetapi begitulah hakikat kehidupan ini keta harus mengejar masa atau setidak tidaknya berjalan seiringmasa.
Benar apa yang difirmankan oleh Allah s.w.t "Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam keadaan yang rugi, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Justeru itu kita sebagai mukmin yang mendokong kalam suci ini harus meletakkan diri kita selari dengan apa yang digariskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran.
Ya Allah tiada upaya hamba-hamba Mu yang lemah ini melaikan dengan bantuan dan keizinan daripada Mu. Janganlah kau biarkan kami walaupun dalam sekelip mata.
اَللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَ شُكْرِكَ وَ حُسْنَ عِبَادَتِكَ
اَللَّهُمَّ لاَ تَكِلْنَا أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ
Lawatan BADAR ke Madrasah Miftahul Ulum.
Dengan kerjasama semu pihak antaranya pihak pentadbiran yang memberi kelulusan segera, pihak pengerusan Asrama, PIBG SMKASM, guru-guru, perserta rombongan dan tak dilupakan pihak Maahad Miftahul Ulum, Sri Petaling sendiri program yang kami rancang dapat dijalankan.
Peserta rombongan ini adalah seramai 25 orang, dua diantaranya adalah guru pengiring. Antara yang menyertai rombongan ini adalah sebahagian daripada exco BADAR, para naqib dan diiringi oleh Tn Hj Abdurrzzaq dan Ustaz Khairilanuar.
Di sana kami didedahkan dengan input-input baru khususnya keutamaan dakwah dan cara menjalankan dkwah infiradiah yang berkesan. Kami juga berkesempatan melihat seasana pembelajaran di maahad tersebut serta beberapa aktiviti pelajar yang dijalankan di sana secara terus.
Kami merasakan suasana ilmu yang wujud di maahad itu serta keindahan akhlak pelajar-pelajarnya yang begitu menghormati guru-guru mereka. Pelajar-pelajar di sana juga dididik untuk memuliakan ilmu serta bersifat tawaduk. Ini tergambar dengan keadaan mereka yang sangat-sangat memuliakan tetamu dan tekun di dalam pembelajaran mereka. Kami mendapat layanan yang begitu istimewa daripada pihak maahad dan hubungan yang terjalin antara kami dan pelajar-pelajar maahad itu sangat mesra.
Kami berharap input-input baik yang kami perolehi disana dapat kami terjemahkan dalam kehidupan seharian di SMKA Sultan Muhammad. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
25 Mac 2009
Penghargaan di atas penghargaan
Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."
Ketika Sakaratul Maut
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Apa yang dapat digambarkan daripada kisah ini setiap manusia sebenarnya mempunyai peluang untuk dihargai dan dihormati.Setiap orang mempunyai peluang tersebut. Sekurang-kurangnya di waktu dia diijab kabulkan.
Untuk itu seharusnya pelajar-pelajar yang berada di bumi as-Sultan ini mampu berusaha untuk mereka dihargai dan dihormati dengan berusaha mengejar kecemerlangan. Kita perlu berusaha 10 kali ganda daripada mereka yang telah berjaya.
Mesyuarat Agong PIBG SMKASM 2009
24 Mac 2009
Selamat Berjuang
Munsyid : Brothers
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
23 Mac 2009
BADAR SMKASM Kehilangan Pemimpin
Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang STPM 2008
Hari ini dua orang tokoh pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM 2008 yang lepas diraikan oleh pihak sekolah. Jika selalunya perhimpunan rasmi mingguan diadakan di dataran, hari ini ia dijalankan di dalam Dewan SMKA Sultan Muhammad. Bermula dari pintu pagar sekolah dua orang tokoh ini(Saudari Maisya dan Saudara Luqman Hakim) diiringi Ust Abd Hamid, beberapa orang guru dan pasukan kompang SMKA Sultan Muhammad telah dibawa ke Dewan SMKASM terus menaiki pentas utama. Di dalam majlis yang bersejarah ini kedua-dua tokoh tersebut telah diberikan peluang menyampaikan ucapan setelah penyerahan sijil penghargaan Jabatan Pelajaran Melaka dan sekolah oleh Tn Pengetua. Antara yang dapat disimpulkan dalam ucapan kedua-dua tokoh tersebut ialah kepentingan menjaga adab-adab menuntut ilmu, taat kepada ibubapa dan guru, menjaga kesucian hati dan menjaga hak Allah serta iltizam dengan amal agama. Semoga ianya mapu menyuntik semangat juang putera-putera as-Sultan untuk mencapai kecemerlangan.
18 Mac 2009
KUMPULAN NASYID "KONTROVERSI" WAKILI MELAKA KE FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
Inilah wajah-wajah Putera As-Sultan yang telah muncul juara dalam suasana kontroversi sempena festival Nasyid Maal Hijrah 1430H negeri Melaka. Seperti tidak dapat menerima keadilan dan ketelusan daripada 8 orang hakim, kontroversi pun bermula. Allah maha berkuasa atas segalanya. Putera As-Sultan dibawah bimbingan Ustazah Noraini Ismail dan Ustaz Khairilanuar Salim terus dipacu untuk terus mencapai kegemilangan di peringkat Kebangsaan Festival Nasyid 2009. Badar SMKASM mendoakan agar kumpulan Soutul Azim berusaha lebih gigih .
13 Mac 2009
BADAR SMKASM DAH ADA KEDAI !
11 Mac 2009
Demam Ujian Pertama 2009
Usaha Tangga Kejayaan. Kita perlu berusaha 10 kali anda daripada orang yang telah berjaya. Sultan no.1
Laporan Program Ceramah Keperitan Gaza
Petugas ISMA sedang bertungkus lumus menyiapkan pameran untuk tatapan warga SMKA Sultan Muhammad.
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Suatu kisah pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang hebat dan warak yang mengembara. Dalam pengembaraannya dia telah diuji. Dalam perjanan...
-
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina. Hakikat kehidupan kita...
-
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini. Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika...
-
Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ...
-
Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas limpah rahmatnya berada di dalam majlis ini. Program yang dijalankan ini merupakan majlis a...
-
Ini merupakan salah satu darpada rentetan program anjuran BADAR SMKASM untuk tahun ini. Syabas buat pengarah program dan AJK nya bertungkus...
-
Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah ...
-
Inilah wajah-wajah Putera As-Sultan yang telah muncul juara dalam suasana kontroversi sempena festival Nasyid Maal Hijrah 1430H negeri Melak...
-
Petugas ISMA (merupakan bekas pelajar SMKASM) sedang menyediakan kaunter ualan buku dan bahan-bahan berkaitan Palestin. Petugas ISMA sedan...