1.0 PENDAHULUAN
Ramadhan adalah bulan yang
Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda.
Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk
mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat
ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran
dalam penghayatan Ramadhan.
Seseorang murid itu wajib
menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini bakal
diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
Adalah amat diharapkan supaya
program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam
pelbagai aspek serta mencapai objektifobjektif yang di rancang.
2.0 MATLAMAT
Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1443H ini dijalankan adalah
untuk:
2
.1 Melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah
Pendidikan Kebangsaan..
2.2
Memupuk semangat setia kawan dan
berpasukan serta melahirkan insan yang berketrampilan dan mempunyai disiplin
yang tinggi.
2.3
Meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap individu.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai
keyakinan diri.
3.2 Melahirkan individu yang berupaya untuk mengeluarkan
idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta
mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
3.5 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu
menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan