06 Julai 2009
Hari Kokurikulum dan Penyampaian Anugerah SMKASM ditunda
Merujuk kepada hebahan yang telah dibuat oleh pihak JPN negeri Melaka semua sekolah-sekolah diarahkan untuk melaksanakan program Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) mengukut jadual yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu SMKA Sultan Muhammad juga telah menyahut seruan tersebut dan terpaksa menunda Program Hari Kokurikulum dan Penyampaian Anugerah yang dirancang untuk diadakan pada hari Sabtu (11 Julai 2009) ini ke minggu hadapan iaitu Sabtu (18 Julai 2009).
01 Julai 2009
Membina Jailul (Generasi) al-Quran
"bacalah denan nama tuhanmu yang menciptakan" mafhum ungkapan pertama yang daripada ungkapan pertama yang diwahyukan kepada junjungan kita Baginda Rasulullah s.a.w. Kalamullah yang menjadi petunjuk buat manusia khususnya manusia yang bertaqwa. Panduan buat si penuntut ilmu dalam memahami keajaiban ciptaan-ciptaan Allah s.w.t agar dapat dipergunakan ilmu itu untuk menjadi khalifah-Nya di bumi ini.
Justeru itu BADAR SMKA Sultan Muhammad dengan kerjasama Panitia KKQ dan Panitia Pendidikan Islam telah menyusun program tahsin al-quran bagi memperelok dan memantapkan warga as-sultan dengan Kalamullah ini. Kelas-kelas Tahsin al-Quran ini mensasarkan pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua. Dengan sokongan padu dari semua pihak termasuk PIBG dan para ibu bapa alhamdulillah ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga Allah s.w.t memberkati semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan meneruskan agenda murni pengukuh jati diri pelajar-pelajar sekolah ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Pada hari Rabu bersamaan 11 rabiul Awal 1434 hijrah @ 23 Januari 2013, pasukan Maulid Nurul Musthofa iaitu satu bahagian daripada Badan D...
-
Bacaan Al-Ma’thurat diketuai oleh Adik Amsyar Pelajar mula berkumpul jam 7.00 malam bagi bacaan memulakan al-Ma’thurat Bacaan Yasin bermula ...
-
Hari ini SMKA Sultan Muhammad telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar dari Mesir di bawah program Unesco dan Melaka World Herit...
-
Program sukarelawan Mesir hari ini. 3.30 - 4.30 Arabic language games 4.30 solat asar berjemaah 5.00 - 6.00 Arabic language games 9.00 -...
-
Tahniah buat Pasukan Soutul Azim SMKA Sultan Muhammad kerana telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut. Semoga terus cem...
-
Bumi Sultan Muhammad diberkahi dengab kunjungan daie Habib Ali Zainal Abidin al-Kaf al-Betawi. Beliau merupakan pengasas Malaysia Cinta Rasu...
-
Majlis Perpisahan Pn Hjh Yazidah Yazid berpindah ke SMA Syaidah Khadijah sebagai pengetua. Tugas beliau selaku GPK1 SMKA Sultan Muhammad ak...
-
Pada 25 Mac 2016 bersamaan hari Sabtu yang lepas pihak BADAR dengan kerjasama PIBG, PAIBA dan pengurusan Sekolah telah berjaya menganjurkan ...
-
Sejak sedari awal umat Islam telah diperintahkan agar membudayakan membaca. Bahkan kitab panduan buat ini pon dinamai dengan Bacaan atau bah...