Daripada Abdullah bin Masud r.a (beliau) telah berkata : “Aku telah mendengar nabimu bersabda : Barang siapa yang menjadikan kerisauannya pada kerisauan yang satu, (iaitu) kerisauan (kehidupan) akhiratnya Allah akan mencukupkan kerisauan dunianya. Barang siapa yang kerisauannya dipenuhi dengan (kerisauan tentang) hal-hal kedunian, Allah s.w.t tidak akan menghiraukannya walaupun dia bagaimana keadaannya ia dalam kebinasaan."
(Sunan Ibnu Majah)
Kerisauan mereka terhadap kehidupan dunia ini menjadikan manusia bermati-matian mengejar nama, pangkat, harta dan kedudukan sehingga sanggup menginjak injak saudara sendiri dan meniti di atas perit jerih orang lain untuk menempa namanya agar dilihat dan dipuja. Apabila kezaliman telah berleluasa maka timbullah masalah-masalah yang akhirnya menghantui kehidupannya.
Kerisauan yang sebenar yang perlu ada pada diri kita hanyalah kerisauan yang satu iaitu kerisauan tentang kehidupan kita di akhirat, negeri yang kekal abadi. Kerisauan yang sebegini yang akan menjernihkan hati dan mampu menumbuhkan benih-benih mahmudah (sifat-sifat murni) yang akhirnya akan terpancar daripadanya keimanan dan amal-amal kebaikan.
Kekacauan disekeliling kita adalah lahir dari hati kita yang terlalu mengejar ganjaran dunia tanpa kita menghiraukan dan mementingkan aspek-aspek keimanan dan amalan. Benarlah apa yang telah disabdakan...... Islam can solve the problem.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan