Tahniah buat Pasukan Soutul Azim SMKA Sultan Muhammad kerana telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan tersebut. Semoga terus cemerlang.
28 Mac 2016
Johan Pertandingan Festival Nasyid Jubli Emas MARA 2016
Mabruk Buat Barisan Guru Anugerah Cemerlang 2016
Majlis Ceramah Perdana Kelebihan Berselawat
Pada 25 Mac 2016 bersamaan hari Sabtu yang lepas pihak BADAR dengan kerjasama PIBG, PAIBA dan pengurusan Sekolah telah berjaya menganjurkan ceramah perdana berkaitan dengan Kelebihan Berselawat.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil ringkas buat Allahyarhamah ibu kepada Pn Suhana bt Tumin yang telah kembali ke rahmatullah pada hari sebelumnya. Seterusnya majlis diteruskan dengan Bacaan Maulid Dibaie dan Qasyidah. Kemuncak program ini ialah penyanpaian ceramah daripada penceramah undangan kita iaitu Al-Fadhil Syeikh Abdul Razak Misri. Ceramah beliau berkisar berkaitan kelebihan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.
Majlis diakhiri dengan Musofahah dan Selawat bersama tetamu kita.
10 Mac 2016
Lawatan Penanda Aras Imarah Surau SMK Syeksen 24 Shah Alam
Perjalanan ke SMK Syeksen 24 menaiki van KUDUS SMKA Sultan Muhammad bermula jam 8.00 pg. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Zakaria Ismail HEM SMKASM diiringi bersama Ust Tuba Nihrir dan empat orang guru PAIBA. Objektif lawatan adalah mencari rahsia ramuan kejayaan Musolla cemerlang yang pernah dinobatkan Johan Pertandingan Imarah Surau.
Setelah melihat sendiri hasil yang dipaparkan. Sememangnya tidak dildapat dinafikan di belakangnya jiwa-jiwa yang mempunyai keazaman yang tinggi, dan yang utama seorang pengetua yang berjiwa besar.
Bijak memerhati dan menganalisa setiap kekuatan dan kelemahan dilingkungannya lalu membuat kesimpulan bernas untuk digunakan buat meraih cita-cita bersama setiap warganya.
Bermula dengan niat, maksud dan tujuan, langkah diatur, kerja disusun, tugasan diagih. Setiap warga digembleng. Dengan kepercayaan bahawa setiap dari warganya punya kelebihan lalu dibiarkan mereka merekayasa, berinovasi lalu dibimbing dan dituntun. Lahirlah taman syurga yang harmoni buat seluruh warganya. Setiap warga menghargai hasilnya kerana setiap mereka punya saham dan sumbangan atas apa yang dibina. Katanya betul semuanya bukan dengan percuma, ada harga yang perlu dibayar. Namun semuanya akan jadi mudah, akan jadi ringan apabila hati telah bersatu dan hati telah rela.
Syabas buat warga SMK Syeksen 24, Shah Alam. Anda semua berjaya membina sebuah warga. Membina sebuah keluarga bahagia.
09 Mac 2016
Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Peringkat SMKA Sultan Muhammad 2016
Bermula jam 7.30 pagu para pelajar bersama warga SMKA Sultan Muhammad berkumpul di Surau Al-Islah untuk sama-sama menghadiri Program Penghayatan Islam dan Solat Gerhana Matahari. Majlis dimulakan dengan bacaan zikir munajat dan tilawah Al-Quran.
Setelah itu al-Fadhil Ustaz Zulkifly telah memberikan serba sedikit taklimat mengenai fenomena gerhana matahari dari aspek sains setelah selesai solat sunat dhuha. Kemudia program diteruskan dengan taklimat ringkas berkaitan khaifiat solat sunat gerhana.
Selesai solat al-Fadhil Ustaz Zakaria GPK HEM SMKA Sultan Muhammad telah tampil untuk membacakan khutbah berkaitan dengan gerhana matahari. Diharapkan program ringkas ini mampu menyuntik kesedaran ke dalam hati kita semua akan kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, dan kita semua dapat terus istiqamah dalam mengabdikan diri terhadapNya.
26 Februari 2016
Pelancaran Program SUMUR SMKA Sultan Muhammad 2016
SUMUR singkatan daripada shahsiah unggul murid. Merupakan program yang digarap untuk melahirkan generasi pelajar yang bershahsiah tinggi. Ia merangkumi aspek spiritual (Mutadayyin), fizikal (Jati diri) emosi (Budi Bahasa) dan intelektual (Penampilam diri).
Berteraskan ibadah khususnya solat pelajar ditarbiyah untuk menyempurnakannya dengan cara yang terbaik dan sempurna. Sebaik manusia yang sempurna imannya adalah mereka yang paling sempurna akhlaknya.
Majlis telah dirasmikan oleh Kapten Wan Afandi bin Wan Mamat. Pegwai Staff 2 Agama, Kem Terendak, Melaka.
25 Februari 2016
Hari Ke-2 SMKASM Bersama Tetamu dari Mesir
Program sukarelawan Mesir hari ini.
3.30 - 4.30 Arabic language games
4.30 solat asar berjemaah
5.00 - 6.00 Arabic language games
9.00 - 10.30 mlm Arabic tuition class / assisting students with their Arabic homework.
Mohon kerjasama semua ustaz dan ustazah dpt bersama2 utk motivate pel bertutur bahasa arab dgn native speakers. Tkasih.
24 Februari 2016
Sambutan Lawatan Pelajar Mesir
Hari ini SMKA Sultan Muhammad telah menerima kunjungan daripada sekumpulan pelajar dari Mesir di bawah program Unesco dan Melaka World Heritage.
23 Februari 2016
Latihan Kebakaran Kali 1 SMKA Sultan Muhammad 2016
Tepat jam 8.45 pg loceng kecemasan dibunyikan. Semua pelajar serta guru bergegas ke padang. Setelah seluruh warga Sultan Muhammad beratur dan mengambil tempat, enam orang pelajar didapati hilang...
Sejurus selepas itu sepasukan Jabatan Pertahanan Awam hadir bersama sebuah jentera dan ambulan. Dalam beberapa minit 6 orang dapat dikesan dan diselamatkan. Ada yang dipapah dan ada juga yang diusung dengan pengusung.
Rupanya apa yang berlaku hanyalah salah saru babak dalam simulasi pengosongan bangunan ketika berlaku kebakaran.
Setelah itu seorang pegawai JPAM memberikan taklimat keselamatan dan berharap dengan ilmu yang diberikan dapat meminimumkan kecedraan sekiranya berlaku kecemasan. Tahniah buat semua yang terlibat
22 Februari 2016
Majlis Perlantikan Pengawas SMKA Sultan Muhammad 2016
Majlis perlantikan dan penyerahan watikah Kepimpinan Pelajar telah disempurnakan oleh Encik Abdul Halim bin Abdul Malek, Pegawai Pendidikan Daerah, Melaka Tengah.
Antara pesanan yang disampaikan adalah dua kelebihan kepada mereka yang dilantik menjadi pemimpin di sekolah. Pertama keyakinan diri akan terbina di dalam diri. Ini penting untuk memghadapi cabaran hidup pada masa akan datang. Kedua menurut fakta yang dikumpulkan kebarangkalian mereka yang dipernah memegang kepemimpinan pelajar mempunyai peluang yang lebih besar untuk dilantik menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Di antara pembaharuan yang dibuat untuk barisan adalah pemisahan bidang kuasa di antara pengawas sekolah dan pengawas asrama. Ini diharap dapat mengurangkan bebanan tugas para pengawas.
Diharapkan para pengawas akan cemerlang dalam menjalankan tugas.
26 Jun 2015
Tazkirah Ramadhan I
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah diatas nikmat yang diberikan. Dengan nikmat itu kita berpeluang untuk melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi kita berada di dalam bulan yang mulia ini bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan dibukakan padanya rahmat, keampunan dan maghfirah dari Allah.
Berapa ramai orang yang diuji oleh Allah dengan pelbagai musibah sehingga dia terhalang untuk melaksanakan tuntutan Allah ke atasnya. Puasa atau shoum merupakan satu ibadah yang penuh dengan perkara -perkara yang tersirat. Menyembunyikan hakikat si hamba di hadapan penciptanya. Rahsia antara Allah dan seorang mukmin. Sejauh mana seseorang hamba itu melaksanakan tuntutan puasa tanpa dilihat dan diketahui oleh orang disekelilingnya.
Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan istiqamah serta ikhlas dalam mengabdikan diri kepada Allah.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
10 April 2015
Majlis Penghayatan Peristiwa Israk wal Mikraj
Bermula jam 7.15 pagi dengan bacaan Al-Quran secara berjemaah. Bacaan telah dipimpin oleh Saudara Sazwan Md Isa dan Sdr. Umar bin Redzuan. Setelah itu program diteruskan dengan tazkirah penghayatan Israk wal Mikraj.
Antara peristiwa penting yang disampaikan adalah kepentingan menjada solat bagi setiap umat Islam. Setiap manusia dicipta bersama-sama mereka nafsu yang menuntut kepada kerosakan jika tidak dikawal. Allah telah mencipta nafsu dengan sifat yang sukar dikawal. Bersama-sama nafsu, Allah kurniakan akal. Namun akal juga semata-mata tidak mampu mengawal nafsu, bahkan nafsu yang tidak terkawal akan menggunakan akal untuk mencapai kehendaknya. Nafsu perlu dikawal dengan iman dan amal. Ditundukkan dengan banyak berpuasa dan mendekatkan diri kepada Allah. Begitu juga solat yang dapat dilaksanakan dengan sempurna pasti akan mnghalang diri dari melakukan merosakan dan kemungkaran.
Perkukuh keimanan perkemas amalan dan ikhlaskanlah hati... pasti jiwa akan mutmain (tenang) dan kambali kepada Tuhan dengan keadaan salam (selamat)
22 Ogos 2014
Majlis Yasin & Tahlil Sempena MH17 dan Sambutan Bakal Haji
Musim haji kembali lagi. Alhamdulillah salah seorang daripada guru kita telah diterima untuk menjadi tetamu Allah. Sebagai duta as-Sultan, seluruh warga SMKASM mendoakan yang terbaik dan mendapat haji yang mabrur. Amin ya rabbal a'lamin.
11 Ogos 2014
Pelancaran Bulan Bahasa, Bulan Kemerdekaan & SUMUR (Jati Diri)
24 Februari 2014
PEELANCARAN PROGRAM SUMUR 2014
03 Februari 2014
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Perhimpunan Rasmi hari ini dihadiri oleh Ketua Sektor Akademik JPNM. Beliau akan berada di sini selama 2 minggu untuk menjalankan pemantauan perjalanan sekolah.
Bersempena ops segak sewajarnya kita memakai pakaian yang kemas kerana salah satu daripada tuntutan untuk berpakaian kemas. Sesungguhnya Allah itu cantik Dia suka pada yang cantik. Sebagai pelajar muslim kita perlu menunjukkan kecergasan dan kesegakan. Nasihat yang diberikan tentang menghormati guru dan mencari keradhaan guru. Kepandaian dan kecerdikan tanpa disertakan dengan ketinggian akhlak akan menjauhkan kita daripada mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Pelajar yang cemerlang wajib memiliki akhlak yang mulia. Usaha yang digembeling perlu mengambil kira nilai ukhrawi.
Untuk mengatasi masalah pengurusan masa pelajar maka jadual pembelajaran akan dianjakkan ke sehingga 4.30 ptg. Ini diharapkan akan dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi.Pelajar-pelajar tingkatan 3 perlu bersedai dari sekarang kerana anda akan dinilai seawal bulan 4. SMKA Sultan Muhammad perlu bergerak seiring untuk mencapai band 1 pada 2015. Bermula dengan ujian 1 pada bulan 3 semua pelajar perlu mendapat A.
MAJLIS PENUTUP IHYA RAMADAN 1443 H/2022 M
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Suatu kisah pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang hebat dan warak yang mengembara. Dalam pengembaraannya dia telah diuji. Dalam perjanan...
-
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dapat menggumpulkan kita kembali setelah cuti yang lama sempena Tahun Baru Cina. Hakikat kehidupan kita...
-
Alhamdulillah pada 29/4/2022 bersamaan hari Jumaat telah berlangsungnya Majlis Penutup Ihya Ramadan bagi tahun 2022.Program ini diadakan se...
-
Bersyukur kita dengan limpah kurniaan-Nya dapat kita berada di dalam majlis ini. Mengapa kita perlu kepada pengawas? Pernah ada satu ketika...
-
Sabtu (24 Julai 2010 / 13 Sya'ban 1431) SMKA Sultan Muhammad telah menjadi tuan rumah untuk program Kem Kecemerlangan SPM 2010. Program ...
-
Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas limpah rahmatnya berada di dalam majlis ini. Program yang dijalankan ini merupakan majlis a...
-
Ini merupakan salah satu darpada rentetan program anjuran BADAR SMKASM untuk tahun ini. Syabas buat pengarah program dan AJK nya bertungkus...
-
Di situ perlunya kekuatan. Dakwah ini, akhi. Dia bermula dengan seorang pada awalnya. Sama macam pada awal-awal period dakwah Rasulullah ...
-
Inilah wajah-wajah Putera As-Sultan yang telah muncul juara dalam suasana kontroversi sempena festival Nasyid Maal Hijrah 1430H negeri Melak...
-
Petugas ISMA (merupakan bekas pelajar SMKASM) sedang menyediakan kaunter ualan buku dan bahan-bahan berkaitan Palestin. Petugas ISMA sedan...